Jun 6, 2009

Manusia & Prasangka





Ada sangkaan baik, ada sangkaan buruk
Orang beribadah disangka RIAK

Orang relaks disangka MALAS
Orang berbaju baru disangka MENUNJUK
Orang berbaju buruk disangka ZUHUD

Orang makan banyak disangka PELAHAP
Orang makan sikit disangka DIET
Orang senyum disangka MENGEJEK
Orang masam disangka MERAJUK

Orang bermuzakarah disangka MENGUMPAT
Orang diam disangka MENYENDIRI
Orang menawan disangka pakai SUSUK
Orang tampak ceria disangka MEMBELA

Manalah tahu yang diam itu kerana BERZIKIR kepada-Nya
Manalah tahu yang senyum itu kerana BERSEDEKAH
Manalah tahu yang menawan itu kerana bersih HATI dan MINDAnya
Manalah tahu yang ceria itu kerana CERGAS dan CERDASnya

Jauhi sikap suka bersangka-sangka
Kerana ia bakal memusnahkan UKHUWAH
Seperti musnahnya KAYU dimakan API

Satu perkara yang kita lihat, 
bermacam-macam kesimpulan yang dapat kita buat
Semuanya bergantung bagaimana cara kita MENTAFSIRNYA


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Transparent Teal Star