Oct 16, 2009

Ceritera Kami ; Panglima Gadis Moden



PANGLIMA GADIS MODEN
by :Puteri Ibest 2009

             Pada zaman dahulu,wujud seorang raja yang memerintah sebuah negeri di kayangan dengan adil dan saksama. Negeri itu diberi nama Integrity Icon. Raja di negeri itu mempunyai 6 orang panglima yang sangat setia dan taat kepada baginda. Penduduknya kira-kira 200 orang sahaja. Kawasan negeri itu agak sempit dan terhad. Namun,penduduk-penduduknya sering bekerjasama antara satu sama lain.
Pada suatu hari,raja menitahkan seorang dayang untuk memanggil keenam-enam orang panglima untuk masuk menghadap . Maka,kesemua panglima itupun masuk ke balai menghadap.

“Ampun tuanku..Apakah hajat tuanku menitahkan patik berenam di sini?” Tanya panglima pertama. “Semalam beta punya mimpi buruk..” Baginda memulakan titahnya.
“Mimpi buruk apakah itu,tuanku?”  Tanya si panglima kedua pula.
“Beta bermimpi bahawa negeri kita ini akan dilanda musibah yang dahsyat jika kita tidak pantas bertindak. Mahukah panglima berenam melaksanakan satu misi demi menyelamatkan negeri ini?”
 “Sudah tentu kami akan melaksanakannya,tuanku. Tapi,tugas apakah yang harus patik laksanakan?”

“Kalian semua harus mencari enam ilmu yang berlainan yang apabila digabungkan akan membentuk ilmu IMTIAZ. Untuk itu kalian harus turun ke bumi. 
Kalian cuma diberi tempoh selama 3 bulan untuk menyelesaikan misi ini. Jika tidak,musibah akan melanda.” Terang sang raja dengan panjang lebar.
“Menjunjung perintah tuanku!” seru panglima berenam.


     *      *      *      *      *

              Keesokan harinya, tika sang suria mula terbit di ufuk timur, berangkatlah keenam-enam panglima untuk turun ke bumi. Tugas telah dibahagikan sama rata kepada mereka berenam.
Panglima pertama yang bernama panglima Afeqah ditugaskan ke negeri Kedah untuk mencari ilmu Itqan(kesungguhan). 
Panglima kedua iaitu panglima Syazwani akan mencari ilmu Mahabbah(kasih sayang) di negeri Johor. 
Ilmu Taqwa(taat kepada Allah) akan dicari oleh panglima ketiga, panglima Aminah di ibu kota yang penuh sesak iaitu Bandaraya Kuala Lumpur. 
Panglima Firdausah akan mencari ilmu Istiqamah(berterusan) di negeri Melaka yang turut dikenali sebagai Bandaraya Bersejarah.
Panglima Salma a.k.a. Sally ditugaskan ke negeri Selangor untuk mencari ilmu Akhlak(sahsiah diri) manakala ilmu terakhir yang harus dicari ialah ilmu Zaamah(kepimpinan) yang akan dicari oleh panglima Ariffah di negeri Terengganu.

Maka bermulalah pengembaraan panglima berenam demi melaksanakan misi negeri yang disanjungi.


                                           *      *      *      *      *

              Panglima Afeqah tiba di sebuah sawah padi yang luas terbentang di negeri Kedah. Tanpa disedarinya, dia kini berpakaian hip hop ala-ala minah saleh celup. Dilihatnya beberapa orang pekerja sedang leka dengan pekerjaan yang mereka lakukan. Setelah jemu memerhati,panglima Afeqah mendekati seorang perempuan yang umurnya kira-kira sudah lebih separuh abad lalu menyapanya dengan soalan yang hampir 5 minit bermain di benak fikirannya.
Tuan hamba,bolehkah patik tumpang bertanya?” nampaknya, panglima Afeqah masih menggunakan bahasa istananya.
“Nak tanya apa,cu? Tanyalah,” jawab nenek tersebut. 
“Apakah spesis tanaman ini?” Tanyanya sambil menunjukkan salah satu jarinya ke arah padi yang kekuningan. 
“Awatnya? Hang tak tau ka? Yang hang dok makan nasi tiga kali sehari tu lagu mana?” Kenyataan si nenek membuatkan si panglima menjadi bertambah pelik bin bingung. Melihat keadaan panglima Afeqah yang seperti orang asing itu,lalu si nenek menjawab, 
“itu padi,cu. Yang hang dok makan nasi tu, nilah dia. Nasi berasal daripada padi-padi ni.” Jelasnya lagi.
“Kalau begitu,bolehkah patik membantu nenek mengerjakan padi-padi ini?” tawar panglima Afeqah. “Paseipa yang tak bolehnya? Mai sini. Tok sahlah dok berpatik-patik dengan nenek ni. Nenek dah tua. Bukannya raja.” Pinta nenek tersebut.

Itulah yang dikerjakan oleh panglima Afeqah sepanjang tempoh yang diberikan. Hasilnya,padi yang diusahakannya telah membuahkan hasil yang lumayan. Dengan bermodalkan wang yang diperolehi hasil tanaman padinya itu digunakan untuk membeli satu alat yang boleh digunakan ketika letih bekerja di bawah terik matahari iaitu ‘Portable Air-Cooler’ yang menggambarkan panglima Afeqah telah berjaya melaksanakan misinya dalam mencari ilmu Itqan.


                                           *      *      *      *      *

                Panglima Syawani tiba dengan pakaian lengkap seorang jururawat di hadapan Rumah Warga Emas Alzheimer yang terletak di Segamat,Johor. Dia mula menapak ke arah pintu masuk lalu menuju ke arah orang-orang tua tersebut. Dia memandang mereka dengan pangangan yang kosong. Pandangan yang tidak memberi apa-apa makna. Lalu,datanglah seorang jururawat yang bertugas di situ seraya berkata, “Woi, kau ni sape eh? Tak pernah pun aku nampak kau kat sini sebelum ni. Ape kes? Tapi aku tengok bukan main kemas lagi uniform kau ni. Baguslah. Ringan kerja aku. Ape lagi yang kau pandang tu,hah?”
“Maaf,tuan hamba ini siapa ya? Apa yang harus patik lakukan?” Masih bingung si panglima.
“Kau ni sihat ke tak? Ape kes nak berbahasa patik-patik pulak ngan aku ni? Kau tanya nak buat apa kan ? Nama pun Rumah Warga Emas takkan nak buat perbarisan kat sini ?Tu ha! Nampak  tak makcik yang duduk atas kerusi roda kat depan sana tu? Haa.. sekarang,kau pergi layan dia. Dahlah. Buang masa aku je layan orang macam kau ni…” kata jururawat itu lagi dan terus berlalu pergi.

Panglima Syazwani menurut sahaja apa yang dikatakan oleh jururawat tadi. Dia menghampiri warga emas yang dimaksudkan itu lalu melakukan apa yang patut dilakukannya. Panglima Syazwani merawat warga emas itu dengan baik. Selepas hampir 2 bulan setengah dirawat oleh panglima Syazwani, warga emas itu meninggal dunia. Sebelum meninggal,dia sempat mewasiatkan sebatang berus gigi kepunyaannya yang dikenali dengan panggilan ‘Ezy Brush’. Berus gigi itu bukan sekadar berus gigi biasa,berus gigi itu telah tersedia ubat gigi di dalamnya. Sangat unik. Apa yang telah terjadi telah menunjukkan bahawa ilmu Mahabbah telah berjaya dimiliki oleh panglima Syazwani.


                                        *      *      *      *      *

                   Berbeza pula penceritaannya dengan kisah si panglima ketiga iaitu panglima Aminah. Panglima Aminah dicampakkan di tengah-tengah kota metropolitan yang penuh sesak di Bandaraya Kuala Lumpur. Panglima Aminah melangkah ke arah sebuah pusat hiburan yang beroperasi pada setiap tengah malam. Dia mengambil tempat di satu penjuru yang agak jauh dari kesesakan orang ramai yang dibuai mabuk lambak.
“Hey,apesal duk sorang-sorang kat sini? Tak syoklah. Jom kita lepak kat depan sana tu. Diorang siap buat hang out malam ni” ajak seorang jejaka sambil menunjuk ke satu arah. 
Panglima Aminah mengikutnya. Mereka duduk di sebuah meja bulat bersama beberapa orang remaja yang lain. “Nah,ambik ni. Kita minum dulu ....” jejaka itu menghulurkan segelas arak kepadanya.
Panglima Aminah menyambutnya dengan baik. “Bismillahirrahmanirrahim..” lafaznya.
 Ketika gelas berisi arak itu hampir menyentuh bibirnya,dia beristighfar, “Astaghfirullahal’azim…! Apa ni ? Apa yang kalian semua bagi aku minum ni ?” panglima Aminah meluru ke luar dari pusat hiburan tersebut. Semua yang ada di situ saling berpandangan. Hairan.

Berhubung dengan kejadian itu,panglima Aminah telah mencipta satu alat yang berupaya menyedarkan seseorang daripada kesesatan iaitu ‘Shocking Shower’
Dengan terciptanya alat tersebut,maka telah berjayalah panglima Aminah dalam misinya mencari ilmu Takwa.


                                         *      *      *      *      *


                  Pelayan restoran. Itulah tugas yang harus dijalankan bagi panglima Firdausah. Dia cuba untuk menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik. Namun, ternyata percubaannya tidak berjaya. 
Setiap kali dia membawa dulang yang dipenuhi dengan hidangan-hidangan yang akan dihidangkan kepada para pelanggan,dulangnya akan terjatuh sekaligus mengakibatkan hidangan yang dibawanya tertumpah di atas lantai.
“Hei, kau ni pandai buat kerja ke tak? Tangan cap itik betul lah kau ni! Kalau dah tau tak pandai nak buat kerja, baik jangan kerja kat sini. Buat malu je..” sindir salah seorang pelayan yang turut bekerja di restoran itu. Biarpun sering diejek, panglima Firdausah tetap menjalankan tugasnya dengan berterusan sehingga tempoh yang ditetapkan.

Berkat sifat yang ditunjukkan,pengurus restoran tersebut telah berbesar hati memberi cenderamata kepada panglima Firdausah iaituSpining Table’. Setelah berpenat lelah, akhirnya dia berjaya memiliki ilmu Istiqamah yang dicari-cari selama ini.


                                           *      *      *      *      *


                  Panglima Salma tiba dengan penampilan yang menawan dengan mengenakan baju kurung.
Dia diberi tugas untuk menjadi guru pembimbing sukarela di sebuah sekolah rendah yang menempatkan murid-murid yang mempunyai masalah disiplin di Telok Panglima Garang,Selangor. Tugasnya adalah untuk membimbing murid-murid tersebut agar menjadi lebih berdisiplin dan berakhlak mulia.  

Berbagai-bagai usaha telah dilakukannya untuk membentuk sahsiah peribadi mereka namun ternyata semua itu hanyalah sia-sia ibarat mencurah air ke daun keladi. Malah murid-murid itu semakin nakal pula jadinya. Dia tetap meneruskan ikhtiar dalam membendung masalah disiplin murid-murid tersebut tanpa rasa jemu.

Semasa sambutan Hari Guru,tanpa diduga, murid-muridnya itu telah berubah dan menghadiahinya satu hadiah yang istimewa iaitu ‘Proses Asetik Batteri’ yang menghubungkan terus dengan system solar. Panglima Salma sangat terharu kerana dia telah berjaya memiliki ilmu Akhlak.


                                            *      *      *      *      *


                   Lengkap berpakaian ala-ala sempoi, panglima Ariffah tiba di sebuah tasik ciptaan manusia yang serba indah di negeri Terengganu. Tiba-tiba,dia terdengar suara tangisan seorang wanita yang berada tidak jauh dari tempatnya berdiri sekarang. 
Panglima Ariffah,mendekati wanita tersebut lalu menyapanya dengan sopan,
"mengapakah tuan hamba meratap ?"tanyanya.
“Isk...iskk...isk...anak saya hilang..isk.. isk...saya tak tahu nak cari kat mana lagi dah....isk..” jawab wanita itu sambil tersedu-sedan. 
Panglima Ariffah berasa kasihan melihat keadaan wanita itu.
“Kalau begitu,izinkan patik membantu tuan hamba mencari anak tuan hamba..” Wanita itu mengangguk lemah.
Mereka memulakan pencarian mereka di kawasan tasik dan persekitarannya. 

Sebagai seorang manusia,kita berhak membantu manusia lain yang berada dalam kesusahan, fikir panglima Ariffah. 
Dipendekkan cerita, akhirnya panglima Ariffah berjaya menemukan anak perempuan wanita tersebut pada hari yang ke-59 pencariannya dalam keadaan selamat tanpa sebarang cacat cela. Wanita itu sangat berterima kasih atas jasa baik panglima Ariffah yang telah menunjukkan sikap seorang pemimpin yang bertanggungjawab terhadap masyarakat di sekelilingnya. Maka,tercetuslah idea si panglima Ariffah untuk mewujudkan satu alat yang berupaya untuk mengesan sesuatu barang yang hilang. Alat itu dinamakan ‘Zitnder’
Kini,panglima Ariffah telah pun berjaya melaksanakan misinya untuk memiliki ilmu terakhir iaitu ilmu Zaamah.


                                        *      *      *      *      *


                 Keenam-enam orang panglima itu pun pulang ke kayangan dengan senang hati setelah berjaya melaksanakan titah raja mereka.

Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke istana,mereka terus melangkah ke balai menghadap untuk menghadap raja mereka. 
“Ampun tuanku. Panglima berenam telah menyelesaikan perancangan tuanku demi kesejahteraan negeri Integrity Icon.” Ujar panglima Afeqah setelah mengangkat sembah. 
“Bagus. Tahniah dan syabas kepada panglima berenam. Sekarang,mari kita gabungkan keenam-enam ilmu tersebut. Ayuh,ikut beta ke menara..” titah sang raja dengan lapang dada.

Keenam-enam orang panglima itu pun mengekori langkah sang raja menaiki tangga ke menara istana. Sebaik tiba di menara istana,masing-masing mengeluarkan serta mengangkat alat yang mewakilkan ilmu yang diperolehi dengan setinggi mungkin. Maka,terpancarlah enam cahaya yang berbeza yang datangnya dari keenam-enam alat tersebut. Dalam jangka masa beberapa saat,enam cahaya itu bergabung dan warnanya berubah kepada warna maroon lalu membentuk sebuah benteng halimunan yang teguh.
Maka,berjayalah mereka dalam melaksanakan misi untuk menggabungkan keenam-enam ilmu yang dicari di bumi iaitu Itqan, Mahabbah, Taqwa, Iatiqamah, Akhlak dan Zaamah yang apabila digabungkan akan terbentuknya perkataan IMTIAZ yang bermaksud ‘cemerlang’.


imtiaz Besut
SCHOOL OF EXCELLENCE
Idea asal : Afaf Syahira
Credit to : Ketua Firqah & Produk SEM 2009
22 Ogos 2009 
bersamaan 1 Ramadhan 1430H
"kerana kami sayang Ibest"


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Transparent Teal Star