Nov 24, 2009

Adakah ANDA bersedia ?




Bersediakah anda 
 
jika saat ini secara tiba-tiba penglihatan anda kabur dan terus menjadi gelap dan tidak dpt melihat apa2 lagi utk selama-lamanya? 
Hilangnya satu nikmat yang Allah anugerahkan kepada hamba-Nya.
Betapa sepasang mata yang cantik milik anda itu kini tidak dapat berfungsi lagi.
Anda sudah tidak dapat menikmati betapa indahnya pemandangan alam ini.
Anda sudah tidak dapat menatap dan mengamati
wajah-wajah insan yang anda sayangi.


Bersediakah anda 

jika detik ini secara tiba-tiba bunyi-bunyian yang berkumandang di telinga anda mulai sayup-sayup kedengaran dan kemudian bunyi itu terus lenyap 
dan anda tidak dapat mendengar apa-apa lagi? 
Sepasang telinga di sebelah kanan dan kiri anda kini
tidak dapat berfungsi untuk anda lagi.
Tiada lagi bunyi burung-burung yang berkicauan merdu di pagi hari.
Anda sudah tidak dapat mendengar lagu-lagu dan gemersik irama kesukaan anda.
Anda sudah tidak dapat mendengar suara insan- insan yang anda sayangi.

Bersediakah anda 
 
jika saat ini juga secara tiba-tiba suara anda menjadi serak dan terus tersekat di kerongkong lalu anda menjadi seorang yang bisu.
Mulut anda seolah-olah terkunci, kotak suara tidak berfungsi.
suara anda yang merdu itu tidak kedengaran lagi walau cuma sepatah perkataan.
Kini, anda sudah tidak dapat bergurau senda, bergelak ketawa bersama rakan-rakan anda.
Anda sudah tidak dapat melantunkan ayat-ayat suci Al-Quran melainkan dengan hanya melantunkannya di dalam hati.
Anda sudah tidak mampu berkata-kata dengan insan-insan yang anda sayangi.

 
Bersediakah anda 
 
jika saat ini tidak anda sangka,
 malaikat maut datang menjemput anda dengan mencabut nyawa anda yang berharga itu? Lalu, nyawa anda melayang dan terus terpisah dari jasadnya.
Kini, anda sudah pun melangkah pergi meninggalkan dunia yang fana ini
dan tidak mungkin akan kembali.
Segalanya terhenti saat nyawa anda melayang,
hanya tangisan yang akan kedengaran yang mungkin menangisi pemergian anda ke alam sana.
Dan tiada lagi insan-insan yang anda sayangi.
 

Setelah keranda diletakkan di dalam liang lahad,
 batu nisan tercacak di kedua-dua hujung makam anda, 
tatkala kedengaran alunan suara2 yang sayu melantunkan Surah Yaasin, 
dan sebaik sahaja tetamu melangkah pergi.
datanglah Munkar dan Nakir menjalankan tugas.
Saat itu tidak ada sesiapa lagi yang mampu menghulurkan bantuan hanyalah amalan yang bakal menentukan.
 
Bersediakah anda ?
 
Bersediakah kita ???

 
Oleh itu, 
luangkanlah masa anda untuk merenung kembali
setiap amalan yang kita lakukan setiap hari.
Gunakanlah kedua-dua belah mata anda untuk melihat sesuatu yang baik.
Manfaatkan sepasang telinga anda untuk mendengar perbicaraan yang berguna.
Gunakan suara anda untuk menuturkan perkara yang berfaedah dan tidak sia-sia.
Serta, 
hargailah setiap detik masa yang begitu pantas berlalu dengan jihad dalam menggapai mardhotillah yang hakiki sebelum ajal datang menjemput.

Husnul khatimah hendaknya,
aamiin!



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Transparent Teal Star