Sep 5, 2010

Bingkisan hati seorang da'ie


Aku seorang da'ie..
Betapa berat amanahku
Akanku jalankannya dengan ikhlas
Betapa besar tanggungjawabku
Akanku lakukannya lillahi ta'ala

Aku seorang da'ie..
Pembimbing mad'u ke arah jalan yang benar
Mentarbiah hati dan jiwa insan
Menyebarkan dakwah agama Islam
Demi mengejar keredhaan Tuhan

Aku seorang da'ie
Ada kalanya aku dipersenda
katanya,"kau ingat kau tu baik sangat ke?"
Ada kalanya aku disindir
katanya,"macamlah kau tak pernah buat ape yang kami buat.."
Ada kalanya aku dicerca
katanya,"jangan nak berlakon dan jadi pelakon sangat..."
Peristiwa demi peristiwa yang membuatkanku bersedih durja
Mematahkan semangat kental seorang satria
Membuatkanku hampir berpaling dari-Nya..

Aku seorang da'ie
Ada kalanya ada yang menentangku
kerana mereka sendiri berasa mereka tidak perlu lagi dibimbing
Ada kalanya ada yang memulauku
kerana mereka berasa aku hanya pintar berbahasa
Pernahku bertanya kepada diriku sendiri,
Apakah tidak layak untukku menjadi seorang da'ie?
Mengapakah begitu getir perjuangan yang harusku hadapi?
Bagaimanakah caranya agar aku dapat membisikkan kebenaran ke dalam hati mereka?





Dan.....

Ada suara yang menyedarkanku dari kealpaan yang berpanjangan..

"Kemudian jika mereka membantah engkau (Muhammad) katakanlah, 'aku berserah diri kepada Allah dan demikian pula orang-orang yang mengikutiku.' Dan katakanlah pula kepada orang-orang yang telah memberi kitab dan kepada orang-orang yang buta huruf, 'sudahkah kamu masuk Islam?' Jika mereka masuk Islam, bererti mereka telah mendapat petunjuk tapi jika mereka berpaling, maka kewajibanmu hanyalah menyampaikan, Dan Allah Maha Melihat hamba-hambanya.."
[Ali-Imran;20]


Sedangkan Rasulullah s.a.w. sendiri tidak berjaya menyeru kaumnya secara menyeluruh inikan lagi aku hanya seorang insan biasa yang lemah lagi hina di sisi-Nya.
Perjuangan Rasulullah dan para sahabat baginda jauh lebih pahit dipenuhi onak yang berliku. RAsulullah s.a.w. pernah dilontarkan batu di kepala baginda, dibaling najis, isterinya Sayyidatina 'Aisyah difitnah, malah ada yang ingin membunuh baginda.
Namun, adakah baginda pernah mengeluh?
Baginda tidak pernah berputus asa.
Baginda sentiasa berbaik sangka kepada Allah.
Allah tidak zalim. Manusialah yang menzalimi diri mereka sendiri.

Dan kini...

Aku seorang da'ie
Aku hanyalah penyeru bukan pemberi hidayah,
sesungguhnya hidayah itu milik Allah untuk dicampakkan ke dalam hati-hati yang terpilih..

"Allahumma Ya Muqallib al-qulub..
Tsabbit qulubana 'ala diinik wa tho'atik..."



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Transparent Teal Star