Jun 22, 2011

Kembali kepadaNya

BismiLlah.
Salamun 'alaik.


Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran kehadrat Ilahi atas keluasan limpahan kasih sayangNya, masih lagi ditetapkan rohani dan jasmani untuk terus berada dalam kehidupan insan,
sebagai seorang Islam dan beriman kepadaNya.
Semoga setiap perkataan yang terzahir diterimaNya sebagai sebahagian dari amal soleh yang mampu dijadikan secebis bekalan di akhirat kelak.

Buat pembaca yang dirahmati Allah, yang sedang membaca post ini,
Al-fatihah buat nenda saya yang telah kembali kepadaNya pada pagi Selasa yang lalu (21 Jun).

Tatkala rakan2 berada di kelas untuk memulakan sesi pembelajaran pada hari tersebut,
saya dipanggil mudir ke ruangannya dan diminta untuk pulang segera
ke rumah bapa saudara saya di Kuala Terengganu
dan berkumpul bersama ahli keluarga yang lainnya untuk menatap wajah nenda
buat kali yang terakhir.



Ujian datang menghujan.
Memang. Ujian itu fitrah dalam kehidupan insan.

"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa............................."
[Al-Baqarah;155]

Pemergian nenda saya telah berjaya membuatkan saya lebih
membuka mata, hati dan minda saya untuk mencari hikmah di sebalik
mengapa Allah menyuruh agar hamba-hambaNya di atas muka bumi ini untuk sentiasa mengingati mati.

Apabila matinya seorang anak Adam itu,
maka terputuslah segala apa yang ada di dunia ini dengannya kecuali
amalannya saat dia masih bernyawa.
Hanya itulah bekalan yang akan kita bawa untuk bertemu Rabbul Jalil.

Dengan mengingati mati, kita akan bertanya kepada diri kita,

apakah amalan2 kita di dunia ini sudah cukup untuk dibuat bekal ke akhirat sana?
Di saat kita sudah tidak punya sesiapa, hanya sendirian melayari alam barzakh.
Menunggu tibanya detik untuk dikumpulkan di padang mahsyar, masih lagi sendirian.
Kemudian akan dihisab di hadapan Allah,
ditimbang di neraca Al-Mizan.


"Pada hari itu kamu akan dihadapkan (kepada Tuhanmu), dan tidak ada sesuatu pun dari kamu yang tersembunyi (bagi Allah). Adapun orang yang kitabnya diberikan di tangan kanannya, maka dia berkata, 'ambillah bacalah kitabku (ini)'. Sesungguhnya aku yakin, bahawa (suatu saat) aku akan menerima perhitungan terhadap diriku."
[al-Haqqah;18-20]


dan seterusnya akan melalui titian siratulmustaqim.

Seperti apakah nanti kita semasa melalui titian itu?
Adakah akan berjaya mengecap nikmat di syurga seberang atau kecundang
di dalam neraka di pertengahan laluan?

Tidakkah anda mahu berbuat sesuatu untuk mem'booking' tiket anda di syurga sana?


Dengan adanya pemikiran seperti itu bermakna anda masih belum terlambat.
Apabila kita ingat mati, kita akan ingat semua yang akan terjadi kepada kita
selepas ajal menjemput.

Dan untuk itu kita inginkan husnul khatimah serta membawa bekalan yang secukupnya
dan secara tidak langsung minda akan berfikir untuk
mempertingkatkan akidah dan ibadah kepadaNya.
Secara tidak langsung, kita akan mengaplikasikannya dalam kehidupan.

Masya-Allah.
Luasnya kasih sayang Allah buat kita.
Allah Maha Bijaksana mengatur sedemikian kerana sayangkan hamba-hambaNya
Apakah pula yang kita lakukan sebagai tanda kasih sayang
seorang hamba kepada Penciptanya?

Saya tinggalkan anda dengan persoalan itu untuk sama2 kita fikirkan jawapannya.

Mari Islah diri.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Transparent Teal Star