Aug 4, 2011

Ihya' Ramadan

بسم الله الرحمن الرحيم

Sekian lama tinta menyepi,
kini kembali menghiasi sanubari.
semoga apa yang dicoretkan dinilai sebagai ibadah di sisi-Nya.


Marhaban ya Ramadan~
Alhamdulillah. Seinfiniti kesyukuran dipanjatkan kepada-Nya yang masih meminjamkan kita kehidupan di dunia ini
untuk sama-sama merasai nikmat-Nya yang melimpah ruah pada bulan yang penuh keberkatan ini.

Bagaimana kualiti puasa kita pada tahun ini?
Apakah yang telah/sedang/akan kita lakukan untuk meningkatkan kualiti Ramadan kita?
Atau adakah Ramadan kita tahun ini masih berada di takuk yang sama?

Abu Hurairah telah berkata bahawa aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda tentang Ramadan yang bermaksud,
"sesiapa yang mendirikan nya(Ramadan) penuh keimanan dan keikhlasan nescaya diampunkan baginya dosa yang telah lalu."

[HR Bukhari Muslim, Tirmizi, Abu Daud, Nasai'e, Malik, Ahmad dan Baihaqi]


Ramai di antara kita yang puasa hanya sekadar puasa.
Tidak makan dan tidak minum. Dalam erti kata lain, menahan diri daripada lapar dan dahaga.
Cukup sekadar itu sahajakah namanya puasa?


Menahan diri di sini bukanlah seperti kefahaman umum iaitu tidak makan dan tidak minum, malah menahan seluruh jasad kita daripada melakukan kemungkaran di sisi Allah.

Mulut kita haruslah membicarakan perkara2 yang bermanfaat.
Tidak bercakap kasar.
Tudak mengumpat, mencela dan sebagainya.
Gunakan lisan kita untuk bertasbih dan bertahmid memuji-Nya.

Telinga kita haruslah mendengarkan perkara yang baik2 sahaja.
Pandangan mata dipelihara sebaik mungkin daripada memandang perkara maksiat.
Kaki memainkan peranan untuk tidak membawa kita ke tempat yang boleh mendatangkan fitnah. Sebaliknya membawa kita ke tempat2 ibadah.
Dan semua itu bergantung pada hati kita.
Hias ia dengan iman agar dapat memacu ke arah jalan kebenaran.

Saya teringat salah satu soalan PAI dalam trial baru2 ni.
Berikan DUA amalan negatif yang dapat dilihat di masjid berdekatan anda.
Dengan serta merta saya mengisi ruangan jawapan :
(i) masjid/musolla dijadikan tempat lepak
(ii) membicarakan hal-hal keduniaan


Sememangnya itulah fenomena yang berlaku dalam kalangan umat Islam sendiri.
Apakah kita tidak punya perasaan malu melakukan kemungkaran di rumah Allah..?

"Sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada manusia yang lain."

Jika kita tidak mampu untuk memberi manfaat sekali pun,
janganlah sampai kita mendatangkan mudarat kepada orang lain.

Kita khalifah di muka bumi Allah yang dikurniakan akal untuk membezakan
perkara yang haq dan batil.
Gunakan pertimbangan akal sihat kita berpandukan hati yang diikat keimanan yang teguh untuk kita sama-sama merebut peluang yang tersisa.

10 hari pertama di bulan Ramadan dijanjikan rahmah
10 hari di pertengahan dijanjikan barakah
10 hari terakhir di dijanjikan maghfirah

Subhanallah.
".........sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji."

Hidupkan Ramadan kita dengan mengalunkan dan mentadabbur surat cinta Ilahi.
Carilah bonus dengan mengerjakan solat sunat tarawih.
Serikan satu pertiga malam dengan taqarrub billah, qiamullail.

Allah telah mengurniakan kita dengan nikmat kesenangan di dunia dalam pelbagai aspek.
Dia telah memberikan kita Ramadan sebagai medan tarbiyah untuk menjadi lebih baik,
maka selayaknya kita sebagai seorang hamba, ambil lah segala peluang keemasan yang hari bersama bulan yang penuh kemuliaan ini.
Istiqamah dalah segala urusan.

Semoga kita berhasil menemukan malam al-qadr yang dijanjikan pahala berlipat ganda.
Selamat menjalani proses tarbiyah li taqarrub billah.
Salam Ramadan kareem.

Mari Islah diri.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Transparent Teal Star