Nov 27, 2011

Jauh


Bismillah.


Semakin hari, semakin jauh dari-Nya.
Ya Allah! Ku mohon kekuatan.
Sungguh.
Dalam meneruskan perjalanan hidup ini,
Allah hadiahkan sebuah perjuangan yang kadangkala malah mungkin sentiasa
menggoda iman kita.
Ujian datang dalam pelbagai bentuk tanpa kita duga.
Namun, itulah kehidupan.

"Takkan terhidu harum mewangi, jika tak dinyalakan setanggi,
Takkan terasa manisnya hidup andai tak dilambung gelora"

Tidak disediakan jalan mudah menuju cinta-Nya.
Cuma terkadang iman yang disangka bertapak kukuh di jiwa hakikatnya masih lagi disaluti dosa-dosa yang dianggap kecil oleh nafsu yang bermaharajalela.
Tertipulah diri andai tiada hidayah dan kasih sayang Tuhan pada diri
yang terasa semakin jauh dari-Nya.

Menjadi sebaik-baik hamba dan khalifah, bukanlah satu perkara mudah.
Bukan semudah memetik dua jari, itu pun belum pasti bisa berbunyi.
Hakikat insan memang penuh dengan kekurangan.
Namun, tidak menjadi satu kesalahan untuk terus memperbaiki diri
menjadi sebaik-baik hamba Tuhan.

"Dan pohonkanlah, wahai Tuhanku!
Masukkanlah daku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia,
serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia,
dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu
hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku."
[al-Isra' ;80]

Moga terus kekal pada jalan dakwah-Mu ini.
Moga iman yang disemai bisa mendatangkan rahmat dan sakinah
agar damai hadir pada setiap tindakan
demi secebis redha-Mu.

Letakkan pengharapan pada PENCIPTA.
Bukan pada yang dicipta.

*Salam Maal Hijrah 1433*
Thabat terus, ya ?


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Transparent Teal Star