Google | Youtube | Al-Ahkam | IslamGRID | Islamic Research Foundation | Palestinkini | Dunia Muslim | Ilmu Sunnah |

Dec 7, 2011

Uzlah


"Mizah , tau x apa maksud uzlah ?"

"Uzlah ? Rase macam pernah dengar perkataan tu, tapi ... x ingat lah.""

Salam 'alaik.

Lain skit intro post kali ni. Start ngan dialog . Cewah !
Teringat kat dialog tu, about a month ago ? Im not sure bout that .
Anisah yang tanya saya. And masa tu saya hanya layan biasa2 je pertanyaan dia tu.

Dan sekarang , setelah hampir sebulan peristiwa itu berlaku ,
ia kembali menerjah di minda saya secara automatik
apabila saya membelek novel VT~Hilal Asyraf sebentar tadi.


UZLAH perkataan Arab yang bermaksud memencilkan atau mengasingkan diri
dari orang ramai.

Uzlah terbahagi kepada dua, uzlah faridah dan uzlah fadilah.
Uzlah faridah bermaksud menghindar diri dari segala keburukan dan golongan buruk
yang lain.
Adapun uzlah fadilah adalah yang dilakukan untuk menghindari dari segala unsur berlebih-lebihan dan hal2 yang seangkatan dengannya.

Uzlah juga bermaksud menghindar dari segala hawa nafsu dan segala yang cenderung dapat mengarah pada hawa nafsu tersebut sehinggan sibuk untuk berpaling dari-Nya.

Saya sangat terkesan dengan mufradat baru saya.
Bukanlah mengasingkan diri dengan tujuan untuk lari dari masalah semata-mata,
tetapi untuk mengekang hawa nafsu seorang hamba .

Jika uzlah disertai dengan muhasabah, mujahadah dan muraqabah,
sudah tentu ia akan membantu untuk menghadirkan mutiara2 tasawuf dalam hati kita. InsyaAllah.

Sama2 lah kita beramal.
Jom refresh iman !

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Transparent Teal Star