Google | Youtube | Al-Ahkam | IslamGRID | Islamic Research Foundation | Palestinkini | Dunia Muslim | Ilmu Sunnah |

Jan 26, 2012

Menjejak Syurga-Mu

Secangkir rasa untuk dikongsi .
Nukilan hati untuk direnungi .


Aku pernah lupa
Aku pernah alpa
Aku pernah leka
Dibuai cahaya indah
Yang membuatku megah
Tanpa bersusah payah

Rupa-rupanya cahaya itu hanya sementara
Semuanya kian sirna penuh dusta
Suram mengambil tempat
Yang tesirat kian tersurat
Yang ringan menjadi berat
Tamparan yang begitu hebat
Sekarang baru ku sedar
Setelah menempuh sukar
Ku mula berfikir setiap saat
Berharap semuanya masih belum terlambat

Tolong sedarkan diriku
Dari nokhtah yang kian luput
Bimbang berhadapan suatu waktu
menghadap Yang Maha Satu
sebelum sempat meraih keredhaan-Mu
Ku berharap kepada-Mu
Kurniakanku 'rasa' itu
Yang mampu mentakrifkan erti hidup
Harum , indah seperti syurga-Mu

Kini baruku terjaga dari alpa
Setelah segala yang ku tempuhi liku-liku hidup yang menjalar
Suasana yang mencabar
Setiap daya akanku usahakan untuk mencuba
Cuba memadam sisa kenangan yang terpalit dosa semata
Pasti aku akan terus mencuba
Cuba mencari cahaya itu semula
Biarpun aku terpaksa menempuhinya untuk kali kedua
Kali ini aku akan lebih berwaspada
Dalam keterpaksaan berbaur rela

Akanku harungi dengan cekal
Biar pengalaman jadi bekal

Ya Allah
Engkau teguhkan imanku
Bimbinglah diriku
Kuatkan tekadku
Permudahkan jalanku
untuk menjejak syurga-Mu

Ya Allah , hanya Engkau yang menentukan ,
Apakah aku ini yang terakhir untuk ke syurga-Mu ?

~ 26 . 01 . 2012 ~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Transparent Teal Star