May 31, 2012

Islam Kontemporari

Bismillah . 
Salamullahi 'alaikum .

Alhamdulillah . Another post from me . 
Talking bout 'Islam Kontemporari' isnt a weird thing for Muslims . 
(ayat intro untuk buat essay kalo tade modal sangat ^_^)

Secara sepintas lalu , mungkin saya bukanlah individu yang tepat
 untuk mendiskusikan isu ni,
 memandangkan saya sendiri pun belum totally faqih but inshaAllah ,
 dengan ilmu yang sedikit itulah akan saya manfaatkan untuk entri ini .
Takrifnya , kontemporari bermaksud semasa/terkini etc etc
 yang seangkatan dengannya , it may be accepted .
Bukan sekadar kontemporari dikaitkan dengan Islam semata-mata , 
we still have ulama' kontemporari , dakwah kontemporari , 
nasyid kontemporari bahkan fesyen kontemporari . 

Islam kontemporari adalah Islam di pertengahan .
 Adil dan tidak terlalu longgar berteraskan hukum syarak . 
Ia berlangsung di atas kerangka al-qadim as-solih wa al-jadid al-nafi' 
(yang lama ada kesesuaian dan yang baru bermanfaat)

Sejauh mana umat Islam memerlukan Islam Kontemporari ?
Islam is a way of life , a complete way . 
Islam adalah agama praktikal dan bukan teori semata-mata . 
Hukum hakam dalam Islam tidak berubah tetapi dipermudahkan
 dengan adanya fatwa2 yang  selari mengikut rentak peredaran zaman .
Keperluan fiqh semasa untuk menangani isu-isu semasa umat Islam .
Menurut pandangan salah seorang ulama' mu'assirin , Sheikh Yusuf al-Qardhawi ,
"pemahaman semula terhadap fiqh ini adalah penting kerana keadaan sosial , 
ekonomi dan politik umat Islam pada hari ini 
adalah jauh berbeza dengan zaman awal perkembangan Islam ."
You may click here

Pentingnya fatwa kerana ia membawa kepada kemudahan dalam mengamalkan ajaran Islam
agama yang mudah tetapi bukan untuk dipermudahkan .
Agama juga tidak melarang umat Islam yang berbangsa Melayu untuk mengamalkan adat resam selagi tidak bertentangan dengan syariat yang digariskan . 
Salah satu contoh yang boleh kita lihat ialah realiti masa kini gadis melayu majoritinya disarungkan cincin menandakan mereka telah bertunang (khitbah) 
dan ini merupakan adat yang diamalkan oleh bangsa melayu 
sedangkan tidak ada pandangan dalam Islam yang menyatakan sedemikian . 
Tidak sunat dan tidak wajib . 
Kita berhukum dengan fatwa dan mengamalkannya dengan taqwa .

Kebanyakan orientalis menganggap bahawa hijab bagi wanita cuma tradisi masyarakat Arab tidak kira untuk apa jua agama termasuk Kristian dan Yahudi .
 Itu kefahaman Barat bukan kefahaman Islam .
Kewajipan bagi seorang Muslimah itu adalah utk menutup auratnya dengan sempurna . 
Aurat adalah bahagian tubuh badan yang wajib ditutup/dilindungi drpd pandangan ajnabi .

"Hendaklah mereka melabuhkan kain kerudung mereka ke dadanya..."
more information, Ustaz Don sedia berkongsi ;  click here

Tu salah satu drpd perlunya kewujudan Islam kontemporari dalam masyarakat hari ini .
Still banyak lg perkara yang boleh diutarakan tp ofcoz panjang lebar pulak jadinya sampai minggu depan pun x abis saya taip . 

Ini adalah sebahagian drpd perkongsian saya , seorang hamba yang masih ketandusan ilmu .
Jika ada di atas terdapat sebarang kesilapan , 
x kiralah syntax error ke parallex error ke math error ke random error ke
 or whatever it is , mohon pembetulan . 

Allahu 'alam .

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Transparent Teal Star