Jun 8, 2012

Talian Penting !

Assalamualaikum w.b.t.
Salam petang Jumaat yang permai lagi penuh barakah . 

Pernahkah anda terfikir , saat kita berdoa , kita mendengar ini ...

"Terima kasih , anda telah memanggil Baitullah".

Sila tekan :
 1 untuk meminta
2 untuk mengucap syukur
 3 untuk mengeluh
 4 untuk lain-lain permintaan ...

Atau
Bagaimana jika malaikat memohon maaf seperti ini ?

"Saat ini semua malaikat sedang berkhidmat untuk pelanggan lain . 
Anda diminta bersabar . Panggilan anda akan dijawab mengikut giliran" .

Atau
Pernah tak anda bayangkan apabila pada saat anda berdoa ,
 anda akan menerima respon seperti ini ? 

"Jika anda ingin berbicara dengan Malaikat , sila pilih ... :
1 untuk Malaikat Mikail
2 untuk lain-lain Malaikat
3 untuk mendengar sari tilawah saat menunggu
4 untuk sebarang pertanyaan tentang hakikat Syurga dan Neraka ,
nantikan hingga anda tiba di sini !

Atau
Mungkin juga anda mendengar ini ... :

"Harap maaf . Khidmat tergendala sebentar . Sila cuba lagi selepas ini ".

Atau

"Perkhidmatan kami ditutup pada hujung minggu . 
Sila hubungi semula pada hari Isnin selepas jam 9 pagi ".

Alhamdulillah . 
Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang . 
Allah mengasihi kita , sebab tu kita dapat menghubungi-Nya setiap saat !

Anda bebas untuk menghubungi-Nya pada bila bila masa , di mana jua anda berada
dan Dia mendengar . 
Tidak akan pernah mendapat talian sibuk apabila menghubungi Allah . 
Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara peribadi . 


Jika anda ingin menghubungi-Nya , sila gunakan talian utama : 24434
2 - solat Subuh
4 - solat Zuhur
4 - solat Asar
3 - solat Maghrib
4 - solat Isya'

Atau untuk mendapat ganjaran bonus, sila gunakan talian : 22443483
2 - solat Subuh
2 - solat Dhuha
4 - solat Zuhur
4 - solat Asar
3 - solat Maghrib
4 - solat Isya'
8 - solat Tahajjud , Taubat , Hajat dan lain2
3 - solat Witir

Maklumat terperinci boleh didapati di dalam buku telefon berjudul :
Al-Quranul Kareem & Hadis Rasulullah s.a.w.

Talian terus , tanpa operator , tanpa perantara , tanpa bil 
dan tidak akan dicaj sama sekali 
Talian 24434 dan 22443483 ini memiliki jumlah talian hunting yg infiniti dan dibuka

24 jam sehari

7 hari seminggu

365 hari setahun

So , kepada mereka yang ada di luar network coverage tu , dont worry . 
Line untuk talian di atas sentiasa clear di mana mana . 

Jangan lupa , sebarkan maklumat tentang talian ini kepada yang tersayang
 serta mereka yang berada di sekeliling anda kerana mereka mungkin memerlukannya !

# peacemaker;refreshiman :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Transparent Teal Star