Jul 20, 2012

Finally , YOU come !

Salamullahi 'alaikum . 
Salam petang Jumaat yang penuh barakah . 

Syaaban bakal pergi , Ramadan berganti.
Sungguh , nikmat yang Allah berikan tidak terkata . 
Dia masih meminjamkan nyawa untuk kita sama-sama bertemu Ramadan kali ini . 


Makan dan minum adalah keperluan asasi bagi setiap manusia .
Kadang2 , manusia sanggup mencuri , mengganas , memberontak untuk mendapatkannya .
Tapi , mari kita perhalusi cara pandang kita untuk menyambut kedatangan Ramadan yang tinggal beberapa jam sahaja lagi ..

Puasa merupakan Rukun Islam yang ketiga .
Allah SWT memerintahkan agar kita berpuasa dalam erti kata ,
meninggalkan keperluan asasi kita selama lebih kurang 13 jam 
semata-mata untuk mematuhi perintah-Nya , untuk meraih cinta dan redha-Nya .
Allahu Rabbi ,
betapa dunia ini tiada nilai pada pandangan Allah .
Cuma kita , manusia yang sering salah sangka bahawa puasa semata-mata adalah puasa perut ,tak makan n tak minum .
Bangun pagi , sahur , tunggu maghrib , bukak puasa .
 Oppsss , lupa satu benda , petang tu pegi bazar , beli itu beli ini , balik2 kenyang membuntang .
Itu je puasa kita ?

Sama-samalah kita luaskan skop pandangan kita , 
puasa sebenar bukan puasa perut je , tapi seluruh anggota badan kita berpuasa . 
Mata berpuasa , jaga pandangan . 
Mulut berpuasa , tak mengumpat , tak kutuk orang , tak cakap kasar .
Hati berpuasa , ketepikan keinginan nafsu yang melulu .

Banyak hikmah Allah perintahkan kita puasa . 
Fitrah manusia akan lebih cenderung kepada kebaikan , maka dengan berpuasa dapat melemahkan nafsu , keinginan untuk mendekati maksiat berkurang , bukan tak ada terus . 
Sebab tu kita masih perlu upgrade iman kita walaupun sedang berpuasa .
Puasa adalah rahsia seorang hamba dengan Tuhannya . 
"Setiap amal anak Adam untuk dirinya kecuali puasa . 
Puasa untukKu dan Aku sendiri akan membalasnya ."  [Hadis Qudsi]
Al-Hafidz Ibn al-Asqalani r.h. b'kata mengenai hadis di atas,
 "Ibadah puasa ini dianggap sbg ibadah khusus utk Allah kerana ia bebas drp unsur riak.
 Ini kerana pelaksanaannya tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia. 
Orang yg sedang berpuasa & org yg tidak berpuasa sama sahaja dari segi luarannya. Berbeza dari segi ibadah seperti solat, membaca al-Quran, berzikir atau bersedekah yg pelaksanaannya dpt dilihat secara terbuka & membuka ruang timbulnya perasaan riak. Oleh itu al-Imam al-Qurtubi r.h. b'kata: Disebabkan semua amal p'buatan yg ada ini dpt dimasuki unsur riak, sedangkan puasa itu hanya dilakukan semata-mata kerana Allah,
 tidak hairanlah Allah menisbahkan puasa itu kpd diri-Nya."
Subhanallah !

Untungnya kita , rakyat Malaysia , dapat sambut Ramadan dalam keadaan aman damai . 
Pernah tak terlintas di benak fikiran kita nasib saudara seagama kita di Palestin ? Syria ?
Diorang pun nak puasa macam kita jugak , nak raih pahala , nak tarawih .
Keperitan hidup yang menghimpit diorang langsung tak menjadi beban untuk diorang cipta alasan , menagih belas ihsan ,lari dari kenyataan .
Kita ???

Setting NIAT . Upgrade IMAN . Download SABAR .
Delete DOSA . Approve MAAF . Search PAHALA .
yang paling penting , 
lillahi ta'ala

Ramadan yang sama , natijah yang berbeza .
Marhaban ya Ramadan  :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Transparent Teal Star