Google | Youtube | Al-Ahkam | IslamGRID | Islamic Research Foundation | Palestinkini | Dunia Muslim | Ilmu Sunnah |

Oct 26, 2012

" Kan bumi Allah ni suci ...?"


" Uihh , nak solat kat mana ni ?"
Haih . Dahlah kena solat kat tengah tengah dataran ni , tempat terbuka habis . Susahlah macam ni . 

Muslimin dah start solat dhuha memandangkan proses ambik wudhu' diorang tak memakan masa yang lama . Ada yang berjemaah . Ada jugak yang nafsi nafsi . Hmm .


" Jom , kita solat kat sana lah ." Wana , budak Selangor yang sebilik sepanjang nadwah ni , kumpulan pun sebelah sebelah .


Dia still teragak agak untuk start solat . Solat dhuha je pun . Kalau nak excuse , aci tak ?


" Kan bumi Allah ni suci ? So why you prefer not to sujud here ?" Huh ? Seolah-olah kata hatinya dizahirkan . 

" But this is tanah , Wana . How do you think I could possibly sujud here ?" Still tak puas hati .
 Mana mungkin tanah yang dia pijak ni dijadikan tempat sujud ? Sudah lah tak berlapik , sejadah pun tak ada .

Wana diam . Cuba mencari hujah mungkin ? Masing2 debater kan ? Cuma Wana lebih expert bab2 bagi pidato spontan rather than bahas .

" Kita manusia kan ? Tak ke manusia tu dijadikan dari tanah ? Jangan lupa asal kejadian kita , humanity concept , have you forgotten what He said ? Al-Mukmin , ayat 12 kan ?"

Allah.

Allah.
Selama dia murajaah , tadarus surat cinta-Nya ,ternyata masih ada yang belum lengkap .
Dia jarang mentadabbur . Dia malu dengan Wana , yang tak hafaz Quran pun . Tapi melalui pengajian SMA , ayat Quran ngan hadis tu dah lekat kat mulut .
Dia ? Astaghfirullah .

Tak nak buang masa lagi . Bukak kasut and parking kat tepi then masuk sof kontinjen Selangor . Biarlah pelik sorang-sorang pun kat situ. Berjemaah lebih baik, kan ?
Allahu Akbar !




[ Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada satu sari pati (berasal) daripada tanah ]


Solat kat memana pun boleh asalkan terpelihara daripada najis . Tak semestinya kat masjid/surau/rumah semata-mata , bumi Allah ni suci and tak semestinya kena lengkap dengan telekung solat bagai (for muslimat) . Cukup dengan sempurna menutup aurat , then just proceed it ! :)

Kenangan time Nadwah Kepemimpinan Islam baru baru ni mengajar dia erti solat di mana-mana , mengajar dia memelihara wudhu' , perkara yang banyak kepentingannya . Terdetik dalam hati , mentaliti orang Malaysia ni tak pernah nak berubah . Kata negara membangun ? Bab Fiqh tak pernah pulak nak dimodenkan . Sesuatu yang perlu ditajdidkan untuk ummah !
Dan dia harap dia boleh spread bi'ah ni di sekolah . 



*   *   *

" Lepas ni paper Sejarah kan ? Start pukul berapa eh ?" 
Tak ingat pulak aku nak tengok jadual exam yang terbentang kat meja guru tu .

" Sekarang pukul 10.10 dah . Start exam balik kul 10.45 ."

" Right , sempat lagi inshaAllah . Aku nak gi dhuha , jom ? Pastu kita pergi kantin ." 

" Sempat ke weh ? Aku tak habis baca lagi bab 6 . Bab 7 pun tak berapa nak masyi lagi ni .
 You go alone la neh ?" 

She refused . Hmm ?

Langkah ku atur menuju ke surau dengan perasaan kecewa . Kalau nak ikutkan masyi Sejarah tu , aku pun belum . Gatal jugak kaki ni nak patah balik kelas , nak bukak buku , refresh !

' Aii , Mizah ! Kau kira apa ? Tak hilangnya rezeki lah kalau kau berkira kira sangat . 
Nak menghadap Pemberi rezeki pun kau nak berkira ke sedangkan Dia yang curahkan rezeki tu ?'

 Dulu pun macam nilah jugak aku . Liat nak korban kan 10 minit (or less than that) to perform dhuha prayer ! 

Start from that impressive scene , aku cuba untuk tak tinggal solat dhuha . Bila dah terbiasa ,  dah jadi rutin , mesti akan rasa sayang kalau terlepas . Dhuha yang berlalu takkan kembali .


Hadis Qudsi ;
" Wahai anak Adam ! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi , 
nescaya Aku akan mencukupimu di akhirat ."  
[Riwayat Ahmad]

So , I hope this post will give some benefit for all of you , readers !
Semoga Allah redha .



1 comment:

Najah Halim said...

the crazy spots i've prayed - dawud wharnsby ali ^__^
http://www.youtube.com/watch?feature=endscreen&NR=1&v=pSA0DeGZhqo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Transparent Teal Star