Feb 11, 2013

Kerana dia Hammalatul Quran



Isu yang tak pernah surut . Tak pernah lepas diri sendiri daripada mendengar keluhan terhadap generasi Quran .

 Betul , masing2 dengan hujah, ada reason tersendiri .
 Sebab tu, alangkah cantiknya kehidupan ni bila kita tak mudah melabel ,
 dan tak mudah bagi expectation kat orang .
 Sebab sememangnya kita sendiri pun tak suka 
bila orang lain expect yang bukan-bukan kat kita, kan ?

Right , let see ...

" Aku bukan macam tu , background aku lain , tak islamik macam diorang ..."

" Sekarang ni kan ada banyak sumber , internet , majalah , ceramah dah bercambah-cambah , so apa masalahnya ?"

" Lain . Benda tu semua dah sebati dalam diri aku , dah jadi 'habit' . Dengan persekitaran aku yang langsung tak membantu . Tak macam budak tahfiz , lain . Diorang dah dididik sejak kecik dengan biah yang terbaik ! "

" Ek ? Mana kau tau terbaik ... ?"

Kalau lah mereka TAHU betapa tittle itu adalah satu tittle yang sangat berat
untuk digalas .
Kalau lah mereka TAHU bahu yang menggalas itu lebih berat
 daripada telinga yang mendengar ,
dan kalau lah mereka TAHU , mereka takkan mudah untuk melabel .

Teringat kalam Ustaz Pa ,
" Kita ni hammalatul Quran , bukan malaikat , memang ada rasa nak memberontak .
Syaitan hok duk hasut kita tu bukan syaitan hok komang spana ,
 sekali mari hok jeneral nuh , sebab tu kita kena lawan !"

Hold on . Try fikir jap .
Kalau lah aku ni syaitan , aku prefer yang mana untuk dirosakkan ?
Budak tahfiz atau budak skolah agama harian ?
Dah namanya pun syaitan yang terkenal dengan sifat sombong takabbur ,
confirmlah akan pilih yang mana yang lebih mencabar , tak ke ?

Complicated kan nak faham dunia ni ?
Make it simple then :)

Dalam dunia ni , tak semua yang kita nak , kita boleh buat , kita akan dapat .
 Tak semua .
Be patient .
Sabr (patience) is mentioned 90 times in the Qur'an. And whenever the word patience is mentioned, it will be followed by reward from Allah!

Susah , sebab syurga tu bukan untuk orang yang lemah .

" Ya Allah , semoga Quran adlah hujah bagi kami dan bukan hujah ke atas kami ."

Thabbit qulubana 'ala diinik .



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Transparent Teal Star