Feb 28, 2014

Blog. Blogging. Blogger.


In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful.
Assalamualaikum.


" Mizah, outlanderm tu maksudnya apa eh ?"

Teringat masa Fatin mesej tanya maksud outlanderm. Tetiba.
Katanya macam tertarik je dengan nama blog ni nak jadikan nama usrah dia di DQ.

O U T L A N D E R M

If korang google perkataan tu pun mungkin tak jumpa jawapan yang dicari kut.
Alih-alih keluar link blog ni balik, hee  :)
Sebab, actually outlanderm tak ada makna khusus pun.
I picked this word from 'outlander' .

Ceritnya, masa nak tukar url blog ni lebih kurang 3 or 4 tahun lepas,
nak guna 'outlander' , maksudnya orang yang pelik.
Ghuraba' gitu.
( But I found ada band yang guna nama tu jugak.
Islamic band punya pun ada tapi yang tu Outlandish. Dah dekat dah tu.)
Then mase tu blogger.com tak approve url 'outlander' tu.
Mungkin ada blogger lain yang guna url tu jugak kut.
So, saya pun tambahlah 'M' di belakangnya.

Outlander + m = Outlanderm

M for what ...?
I dont know.
Walaupun outlanderm tak ada maksud yang khusus,
kewujudan blog ini punya tujuan yang khusus.
Berkongsi pengalaman dan rasa hati, mentajdid diri demi secebis redha Ilahi.

Makanya beroperasi lah
outlanderm.blogspot.com 
Terima kasih buat mereka-mereka yang sudi menabur jasa mencurah bakti.
Atas segala tunjuk ajar dan tutorial sama ada secara langsung ataupun tidak,
Jazakumullahu kheir. Moga Allah redha :)
Thanks for your support and contribution all this while.



Alhamdulillah.
Blog ni, secara officialnya dah pun masuk tahun ke-5 beroperasi.

Ada sahabat-sahabat yang tanya, 
"tak bosan ke tulis blog ..? "

Seriously tak. Sebab saya memang suka menulis *secara spesifiknya menaip*
Cuma, ada lah waktu 'kadang-kadang' tu penyakit malas muncul kan ?
Its normal. 
Then, takkan nak update blog tiap-tiap hari kut ?

Lagipun, blog kita, kita boleh tulis apaper je kisah or cerita 
yang kita rasa nak tulis, nak kongsi.
Panjang mana pun yang kita nak tulis just go ahead, takkan ada limit.
Nak setting tulisan apaper pun boleh, nak adjust colour pun boleh.
Then kalau dah tulis panjangpanjang tapi tak nak update boleh lah jadikan harta pusaka, save as draft dan takkan ada orang boleh baca 
except korang punya account kena ceroboh.
Simple.
Tak ada orang nak like pun takpe. Tak ada orang nak comment pun tak kisah.
Tak ada orang baca pun tak jadi masalah.
*macamsedihjebunyi*

But, sepanjang jadi blogger ni, banyak jugak ibrah yang dapat.
Im telling you,
blog kita, kita punya, bebas nak tulis apa sahaja dengan izinNya.
Tapi, nak ke kita tulis perkara yang sia-sia ?
Rugi.

Kongsi lah perkara-perkara yang boleh mendatangkan pahala.
Perkara yang bermanfaat untuk semua.
Sebab, semua itu Allah kira.




Jumaat. 14:27
Salam sayyidul ayyam.
AlKahfi.
 Sollu 'alanNabiy.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Transparent Teal Star