Google | Youtube | Al-Ahkam | IslamGRID | Islamic Research Foundation | Palestinkini | Dunia Muslim | Ilmu Sunnah |

Apr 1, 2014

The 'April Fool''s History

In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful.
Assalamualaikum :)

Betul para sejarawan cakap, sejarah ni nampak macam remeh,
tapi kalau kita tak cuba untuk kaji or at least ambil tahu,
nescaya rugi lah kita. 

As for that, let me tell uolls a little bit information about the tittle.
The April Fool and its history.




Perayaan April Fool yang biasanya diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedy besar yang sangat sedih dan memilukan.

    The April Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487M bersamaan dengan 892H. sebelum mengungkap tragedy tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam. Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu Negara yang makmur secara beransur-ansur.

     Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan.

     Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka ramai orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, malah juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak minum khamar, bergaul bebas dan segala macam hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya. Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka gagal. Mereka telah mencuba berkali-kali tetapi nyata masih tidak berhasil.

     Maka dikirimlah sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik-perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya. Maka secara diam-diam, mereka mengirim alcohol dan rokok secara percuma  ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk memujuk kaum muda agar lebih suka menyanyi berbanding membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim golongan ulama palsu yang bertugas untuk menyemarakkan perpecahan di dalam kesatuan umat Islam Sepanyol. Lama kelamaan cubaan mereka membuahkan hasil. Akhirnya Sepanyol jatuh dan Berjaya dikuasai pasukan Salib.

     Penyerangan oleh pasukan Salib dilakukan dengan teramat kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasuka Islam yang dibantai, malah rakyat biasa, kaum wanita, anak-anak kecil, golongan tua, semuanya dibantai dengan sadis dan kejam. Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah terakhir yang berjaya ditakluki mereka. Penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri masing-masing. Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka. Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal hanyaah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah . dengan lantang, tentera Salib itu meneriakkan pengunguman bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan belayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.

     “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol , setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!”

Demikian tawaran daripada tentera Salib. Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Sebahagian daripada orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan . setelah benar-benar melihat ada kapal seperti apa yang diperkatakan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk belayar.

     Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan mereka beriringan jalan menuju ke pelabuhan. Sebahagian orang Islam yang tidak mempercayai tawaran tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka. Setelah ribuan orang Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, depan pantas tentera-tentera Salib durjana itu menggeledah  rumah-rumah yang ditinggalkan penghuninya. Seketika kemudian, lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa. Ternyata, tentera-tentera itu telah membakar rumah-rumah tersebut bersama-sama Muslim Granada yang tinggal bertahan di dalamnya. Manakala ribuan Muslim Granada lainnya yang berada di pelabuhan terkejut apabila sebilangan tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol itu. 

      Dengan masa yang singkat, kapal-kapal itu tenggelam. Ribuan umat Islam tidak mampu berbuat apa-apa kerana mereka sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri daripada kaum wanita dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka kesemuanya dengan pedang yang sedia terhunus. Dengan satu teriakan lantang dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol yang ada di hadapan mereka tanpa rasa belas kasihan walau sekelumit cuma. Jerit tangis dan takbir silih ganti bergema. Dengan buas, tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya. Seluruh Muslim Sepanyol yang ada di pelabuhan itu habis dibunuh kejam. Laut yang biru telah berubah warna merah kehitam-hitaman.


     Tragedy ini bertepatan dengan tanggal 1 April. 
Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian
 pada setiap tanggal 1 April sebagai “The April Fools Day”.
 Bagi umat Islam , April Fool sudah tentu merupakan tragedy yang sangat menyedihkan. 
Hari di mana ribuan saudara seaqidahnya disembelih dan dibantai oleh tentera SAlib di Granada, Sepanyol. Atas sebab itu, adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. 
Sebab dengan merayakan ‘April Fool’,
 sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedy tersebut. Sesiapa pun orang Islam yang turut merayakan April Fool, 
maka ia sesungguhnya sedang merayakan ulangtahun pembunuhan kejam 
ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam.

* * * *


Info ini info baru yang belum pernah aku tahu.
Siapa sangka, bumi Sepanyol di benua Eropah yang seringkali menjadi tarikan pelancong itu menyimpan sebuah tragedipilu.
Tapi, kenapa ramai yang masih tak tahu ?

Kota Granada, Gerbang Andalusia,
mohon nantikan hamba.



Credit to :
1. UGABEST whatsapp group

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Transparent Teal Star