Google | Youtube | Al-Ahkam | IslamGRID | Islamic Research Foundation | Palestinkini | Dunia Muslim | Ilmu Sunnah |

Jun 19, 2014

The Q&A ; Unisza

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.
Assalamualaikum :)

#throwback

Aku dah stuck beberapa langkah kat belakang.
Nak pergi depan ke tak ni ? Boleh tahan ramai siswa siswi yang nak tanya soalan, 
sekali tengok dah macam buat halaqah kat depan slide.

" Err, ustaz.... "

Satu-satunya siswa kat situ bersuara.

" Saya mintak maaf sebab lewat masuk ke kelas ustaz tadi. Kalau lewat masuk kelas, ustaz limitkan sampai berapa minit ? "

Senyap.

" Kalau boleh, janganlah lebih dari 30 minit. Merugikan diri sendiri jugak nanti."

Tahan nafas.

" Saya mintak maaf. Saya tak jumpa cari kelas kat mana. Saya harap ustaz tak merit markah saya sebab lewat ke kelas tadi."

And...

" Sejujurnya saya tak kisah pun awak nak masuk pukul berapa, saya tetap akan terima pelajar saya. Awak masuk kelas saya 5 minit sebelum kelas tamat pun saya akan terima, in shaa Allah. Asalkan alasan yang awak bagi tu boleh diterima pakai."

Gurlpp. Seakan bersinar wajah siswa sorang ni. Hilang habis keluh kesah. 

" Kalau awak bagi alasan awak tertidur pun saya tak akan marah. Sedangkan Allah pun terima hambaNya yang lewat mendirikan solat sebab tertidur, inikan saya hambaNya, manusia, sama macam awak."

Terkedu.
Dah hampir tak ingat dah aku nak tanya apa kat ustaz semata-mata khusyuk dengar sama.

The points are ;

1. Bersyukur dapat lecturer yang pekertinya seluhur Ustaz Zamani
pensyarah Fiqh Ibadah Fakulti Kontemporari Islam.
Nak yang macam mana lagi ?

2. Jaga adab. Jaga disiplin. Behave as a university student. 
Kata nak jadi siswa/siswi yang berintegriti ?

3. Ringankan lisan untuk mintak maaf if there something wrong.




Siapa kata jadi student Unisza rugi ?
Ermm, kalaulah hanya disebabkan faktor tersangat dekat dengan rumah yang menjadi halangan, maka ia hanya sekadar faktor yang tak mampu menjejaskan apa-apa.

'Ular menyusur akar, bisa tak akan hilang.'

Mohon doa kalian.
Moga-moga waktu yang berbaki ini mampu ku manfaatkan seluruhnya.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Transparent Teal Star