Jul 3, 2014

Tempa Hati


In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful.
Assalamualaikum :)
Salam Ramadhan Kareem.

Dah 4 minggu rupanya bertapa di Unisza.

Dah 4 minggu rupanya berjinak-jinak di alam kampus.

Dah 4 minggu jugak sesi suai kenal dengan housemates, coursemates, 
khatmates and the rest of Uniszarians directly and indirectly berjalan.

Dah 4 minggu cuba kenal pasti perbezaan antara alam sekolah menangah dan alam universiti
*walauescapebalikrumahtiapminggu*

Dan untuk jangka masa 4 minggu ni,

jiwa yang kosong itu terisi.

Minda yang pesimis kini mula dihapus pergi.

Dan,

Hati yang merantau itu diseru kembali,

ditempa mengikut ketetapan Ilahi

agar jasad dan hati sentiasa selari,


Bukan.
Bukan bermakna aku ingin tetap di sini,

hanya sekadar melunaskan janji,

agar mampu beri makna pada diri.


*sumber : Group Whatsapp SEJATI*

Walau hanya untuk seketika,

akanku cuba untuk meninggalkan tanda

mungkin bukan untuk diingati selamanya

sekadar jadikan ia waktu yang berharga,

sebelum terbang mengejar impian yang utama,

sekurang-kurangnya, usaha itu ada.

Maafkan, andai diri tak mampu memuaskan hati semua.


" Sebab utama kita masih dipuji dan dihargai orang lain adalah kerana Allah masih sudi menutup 'aib, maksiat dan dosa-dosa kita. "

Doa, jangan pernah berhenti.
Usaha, usah biar langkah mati di sini.
Kerana masa depan itu belum pasti.

Keterlibatan Allah itu dalam semua perkara.

Moga-moga Ramadhan tahun ini lebih baik 
dan lebih bermakna dari tahun-tahun sebelumnya.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Transparent Teal Star