Google | Youtube | Al-Ahkam | IslamGRID | Islamic Research Foundation | Palestinkini | Dunia Muslim | Ilmu Sunnah |

Aug 8, 2014

Manusia - Ujian, berpisah tiada !

In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful.
Assalamualaikum :)


Dalam sekelip mata,
 gelak tawa bertukar menjadi sendu tangisan.
Dalam sekelip mata,
keriangan bertukar suram.

Kadang tu, payah kita nak adapt dengan sesuatu keadaan.
Tambah lagi dengan keadaan yang tak dapat dijangka.
Dengan manusia, yang fikrahnya berbeza.
Dengan tuntutan kerja demi kerja,
Dengan ragam manusia yang banyak tak terkira.

Detik kita melihat kita lebih baik daripada orang lain, 
di situlah sebenarnya kelemahan kita.

Kenapa tidak dilihat dari sisi yang lain ?

Kita juga pendosa.
Semua masalah ada jalan penyelesaiannya.
Setiap konflik tentu ada solusi.
No one makes a lock without key.

Kerana tanpa hidayah yang Allah telah kurniakan kepada kita suatu masa dahulu,
kita juga sama, sama seperti mereka yang kita anggap 'biasa-biasa'.

Tetaplah berdoa agar hidayah ini terus utuh bertapak di jiwa.
Kerana hidayah itu boleh ditarik bila-bila masa jika dikehendakiNya.




Manusia dan ujian berpisah tiada,
dan tiada sesuatu pun yang berlaku di dunia ini sia-sia.


" Semua orang buat silap.
Takpe. 
Itu tanda kita manusia bukannya malaikat.

Tapi ada satu cara supaya kita bukan jadi sekadar manusia yang manusia.

Taubat.

Tandanya apa?
Tandanya kita manusia yang berjiwa hamba. 
Hamba pada siapa ? Pada Tuhan Sang Pencipta. 
Yang ingin kembali bertemu Dia dalam keadaan suci hatinya. "


Ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk.
Hikmah Allah juga datang dalam pelbagai bentuk.

Ujian kita. Ujian dia. Ujian mereka.
Tak sama.

Kita rasa kitalah yang paling hebat diuji,
sedang di sana masih ada insan yang menghadapi ujian yang lebih dahsyat !
Mungkin juga ujian kita sama hebatnya,
tapi yang membezakan adalah cara kita menghadapinya.

Itulah cabaran kehidupan.

Seperti apa pun ujian yang menanti,
hakikatnya harus kita lalui sendiri 
tanpa mengharapkan mana-mana insan untuk terus berada di sisi.

Jadi ?

Kita memang sendiri ?

Apa kau lupa ?
Allah kan sentiasa ADA.


Apa yang kita perlu ?

Muhasabah.

Muhasabah itu penyucian hati,
yang perlu kita usahakan sendiri.

Tarbiyah.

Tarbiyah itu perlu kita cari,
kerana ia takkan datang sendiri.


Qawiyy Lillah.
Thabat fi sabiliLlah.
Kembalikan hati pada Yang Maha Sempurna,
kerana yang tinggal hanya alasan untuk bahagia :)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Transparent Teal Star