May 28, 2015

Uuuuu untunglah, oberC ...

In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful.
Assalamualaikum.


Bila dengar je orang belajar luar negara a.k.a. oversea mesti manusia sejagat ni letak high expectation kan ? 
Sebijik sebijak macam Mat Lutfi punya video peh pehh tu
Tak payah nak geleng kepala *bukannya nampak pun!

Alah,
mana taknya, nak boleh dapat peluang study oversea tu bukannya semua orang boleh dapat. 
Mesti result SPM gempak lagi marbelles kan, thats why kau dapat offer berserta scholarship sekali pakej. Itu belum dikira lulus interview daripada sekian ramai pemohon. Ibarat satu dalam beribu. 


Typical.

Like always does.





Semua makruf bahawasanya tidaklah semua yang cemerlang gemilang terbilang resultnya dalam peperiksaan SPM yang diambil tu melanjutkan pelajaran ke luar negara, sama ada memang ia memang bukan pilihan mereka atau jelas mereka tidak tergolong dalam golongan yang terpilih. 
Begitulah sebaliknya.

Sebab, nak study oversea ni bukan sekadar jadi student yang setiap hari ulang-alik ke kuliah semata-mata, bahkan perlu ada kemahiran survival yang jitu fizikal mental. 
Kena ada 'skill' memasak, masakan sedap ke tak tu boleh jadi ranking seterusnya.
Kena bijak mengurus diri antara keperluan dan kehendak terutama dari segi berbelanja.
Kata orang hati kena kering, hm?

The most important thing is kebergantungan kita pada Tuhan.
Kebergantungan bahawa Dia sentiasa bersama kita saat matahari terik memancar atau bilamana gelap zulmat melitupi segala cahaya yang ada, 
tatkala riuh suasana hingar menyapa atau detik sunyi sendiri tiada ketahuan ke mana hendak disandarkan hati dan rasa,
juga pada plot riang ria gurau senda dengan senyuman yang rekahannya bak delima hatta saat tangisan merembes syahdu dari tubir mata.
Tidak. 
Tidak Dia tinggalkan kita walau sedetik cuma.

Dan kebergantungan terhadap Dia yang Maha Memelihara, meletakkan sepenuh keyakinan terhadap semua kecintaan dan kesayangan kita di bawah jagaan dan pemeliharaanNya Yang Maha Sempurna.


Adatlah, menuntut ilmu itu banyak dugaan dan cabarannya.
Sudahlah jasad terpisah jauh, 
jauh yang ribuan batu tiada terkira dari keluarga, sahabat handai, sanak saudara dan seangkatan dengannya,
bermastautin di tengah kota yang berbeza budaya dan bangsa apatah lagi bahasanya,
dan diuji pula dengan ujian yang bertimpa-timpa, apakah masih kau kira itu satu keberuntungan ?

Dan insan-insan yang berada pada situasinya ada yang akan menjawab YA.
Andai ujian yang hadir itu ditempuhinya dengan syukur dan sabar serta sentiasa berbaik sangka padaNya.

Dan ada pula di antara mereka yang diuji dengan pihak atasan.
Sudah pun berbulan-bulan lamanya mereka berkelana di perantauan,
mempelajari bahasa ceruk bumi kedua-dua kaki berpijak, 
tiba-tiba dikhabarkan mereka supaya kembali ke negara ibunda 
hanya kerana gagal mendapat tempat di institusi pengajian dek terma dan syarat yang baru digubal semula.

Ibarat dibinakan istana pasir yang gah dalam pertandingan temasya pantai, 
lalu sengaja dimusnahkan sekilas pandang sebelum sempat mampir sang juri yang membuat penilaian.
Mungkin sahaja jika pemusnahnya adalah ombak tidaklah sebegitu besarnya rasa hampa.


Begitulah realiti.
Tidaklah mampu kita menebak masa hadapan seperti apa ia,
terbatas kudrat sang hamba, usah dibanding dengan luasnya ilmu Yang Maha Mencipta.

Tapi,
kita masih bisa memanjat doa, memohon yang terbaik dariNya.
Sebab, rezeki itu adalah salah satu daripada 3 hal yang Tuhan sembunyikan ;

1. Ajal
2. Rezeki
3. Jodoh

Apabila seseorang yang istimewa ingin menghadiahi kita dengan sebuah hadiah yang terbungkus kemas lagi rapi, tidak ketahuan apakah isi kandungannya. 
Di luarnya tertulis nama kita dengan jelas sekali,
dan rupa-rupanya hadiah kita itu ditempatkan di sebuah kamar yang dipenuhi dengan pelbagai jenis dan bentuk hadiah-hadiah yang lainnya, yang tertera pelbagai jenis nama.

Apakah kita masih ingin mengambil hadiah yang bentuknya atau warnanya itu berkenan di mata,
walaupun di luarnya telah jelas bukanlah nama kita ?

Tentu sekali tidak sama nilainya.

Demikian jugalah 3 hal yang disembunyikan Tuhan.



Moga yang terbaik menjadi milik kita :)
28052015

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Transparent Teal Star