Jun 1, 2015

Perbatasan Usia, Kita ada apa ?

In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful.
Assalamualaikum.


Skrol newsfeed FB lagi dan lagi.
Dan terjumpalah status akak febret versi jauh di mata dekat di hati.
Setelah dihadam lumat ibarat cili kering yang diblend untuk ditumis ke dalam kuali bersama-sama bawang dan  bahan tumis lain untuk dijadikan sambal, pedas baq hang! maka telah saya olahkan kembali dalam konsep penyampaian yang sedikit berlainan berdasarkan kefahaman yang masih sama.

Diketengahkan satu contoh, 
Lihat sahaja pada handphone yang ada pada kita sekarang *kalau tak ada tu bayangkan sahaja kriterianya* 
Tak kisahlah sama ada handphone tu sejenis smartphone seperti trend zaman sekarang atau iphone yang selfish bak kata kebanyakan orang, atau phone yang tak berapa nak smart sebab berhenti belajar dulu tak sempat nak grad.
sebarang apapun kelemahan yang ada padanya sekarang, tetap sahaja punya asbab yang konkrit di saat kita membelinya suatu ketika dahulu. Pasti ada kelebihan pada phone tu yang membuatkan kita tertarik nak pilih dan nak beli.
Setelah kita mengkaji dan memerhati, tentu sekali telah kita ketahui kelemahan yang ada padanya tetapi
disebabkan kelebihan yang ada padanya itu telah menutup lopak-lopak cacat cela lalu membuatkan kita memejam mata sahaja terhadap kelemahan yang ada padanya.

Kelebihan.

Demikianlah juga manusia.
Tiadalah manusia yang tidak mempunyai sisi lemahnya, 
tetapi kita masing-masing punya kelebihan yang tersendiri,
sama ada yang kita sendiri sedia maklum atau melibatkan individu lain sebagai pemerhati.

Persoalan yang timbul sekarang ;
dalam jutaan manusia, apa kelebihan kita untuk dipersembahkan pada Tuhan?

Supaya nanti saat di Padang Mahsyar,
Tuhan akan pilih kita menjadi hamba yang diredhai dan kita adalah termasuk ke dalam golongan yang dikurniakan syurgaNya.

Orang yang syahid, simbahan darah  berlumuran pada pakaiaanya itulah bukti.
Orang yang selalu puasa, nafsu yang ditahan untuk berlapar dahaga mampu bersaksi.
Orang yang banyak sedekah, kelebihannya pada infaq harta untuk agama.

Dan kita yang dipanggil Hammalatul Quran,
Yang paling dekat dengan kita tentulah alQuran.
Semoga juhud kita untuk mencintai dan menjaga alQuran menjadi kelebihan untuk Tuhan pandang kita.

"Carilah,
satu bidang yang kita boleh bersungguh
supaya itu menjadi kelebihan untuk kita hari sana nanti."
Au kamaa qola.

Nak pergi interview haruslah dibuat persediaan yang mantap, 
dibawa sekali resume yang memberi detail tentang sejauh mana pencapaian, sijil-sijil penyertaan segala mak nenek semua, penglibatan dalam kokurikulum, anugerah serta jawatan yang pernah disandang. 
Semua tu kita nyatakan, tentu sekali untuk menjadikannya kelebihan yang berpihak pada kita, yang menyatakan kita lebih layak . 

Begitulah perumpamaannya.
Kehebatan dan kelebihan yang nak kita tunjukkan pada manusia tu tidak akan kekal sebab ia bersifat sementara cuma.
Kita diberi kelebihan mampu mengingat sesuatu dengan cepat, tak mustahil cepat juga sesuatu tu hilang, semuanya dengan izin Allah,
sebab kita ni tak ada apa pun sebenarnya.
Allah Yang Maha Baik telah menetapkan rezeki pada hari sekian, waktu sekian, ingatan si Fulan menjadi kuat untuk mengingati hal yang sekian.

Apa yang kita nak bangga kan sangat sebenarnya ?


*Yaum Tsaqafi UH2M



Bersyukurlah sentiasa,
bukan hanya saat diberi nikmat semata-mata,
bahkan saat diuji dengan musibah juga.

Kita dipinjamkan nyawa yang sementara, menjalani hidup di perbatasan usia.
Sedar atau mamai, TAK banyak pun masa yang kita ada sebenarnya.
Sibukkan diri dengan perkara-perkara yang bermanfaat yang bernaung di daerah keredhaan Yang Esa.

Cari dan kumpul lah seberapa banyak pahala yang kita mampu walau jumlahnya tidak pernah kita tahu.
Ada syaratnya, bukan membuta tuli, agar amalan kita benar-benar berkualiti.
Telah dinyatakan garis panduan ;



" Dialah yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu,
 siapa di antara kamu yang paling baik amalnya. 
Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun."
[Al-Mulk ; 2]


Ahsan.
Bukan aktsar.

Kalau rasa belum mampu menyumbang sesuatu yang besar untuk ummah, 
untuk agama atau untuk negara,
mulakanlah dengan sesuatu di sekeliling kita, 
misalnya membuang sampah di tempat yang betul dalam masa yang sama membawa kita kepada kebersihan yang lebih terjaga dan hidup yang lebih sihat.
Membantu memudahkan urusan orang lain, kelak Allah akan membantu memudahkan urusan kita, kalau bukan sekarang mungkin sahaja pada masa akan datang yang tidak pernah terbayangkan.
Sebab Dia Maha Menghitung yang nyata mahupun sebaliknya.

Semoga Allah redha.

Dan benarlah, 
istiqamah merupakan perkara yang paling berat dan pada masa yang sama, 
perkara yang paling penting dalam beramal.

Fastaqim kama umirta !





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Transparent Teal Star