Jun 7, 2015

This is so called Morocco :)

In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful.
Assalamualaikum.


--A zappin in--

Ramai yang bertanya,

"Morocco ni kat mana sebenarnya ?"

This is Morocco, bukan Moscow ya, mohon jangan tersalah fakta.
Moscow tu di Russia. Jauh juga beza jaraknya.


Maghribi /Morocco terletak di paling hujung di benua Afrika, 

bersempadan dengan samudera Atlantik. 
Sebutan Maghribi berdasarkan pada paradigma Arab, kerana Morocco termasuk daerah Islam Afrika yang beretnik majoriti Arab sebagaimana Mesir, Libya, dan Al-Jazair (Algeria). Satu pertiga daripada tanah negara ini ialah padang pasir (Western Sahara).
Negara ini bersempadan dengan Algeria di sebelah timur, Laut Mediterranean dan Sepanyol di sebelah utara manakala Lautan Atlantik di baratnya.





Jika ada sesiapa yang berhajat untuk ke sini, maka hendaklah mereka memperoleh visa di Kedutaan Maghribi di Malaysia (terletak di Wisma Putra) terlebih dahulu kerana tanpa visa, anda sama sekali tidak dibenarkan untuk menjejak 'Negara Tanah Argan' ini.
Penerbangan dari Kuala Lumpur, Malaysia --> Casablanca, Morocco mengambil masa kira-kira 15 jam dan tiada penerbangan direct, Anda boleh memilih untuk transit di mana-mana negara timur Tengah atau Eropah berdasarkan syarikat penerbangan yang dipilih. Dan tentunya pilihan terletak di tangan anda :)


Jangan kaget andai setibanya anda ke Maghribi, pemandangan yang menyapa mata anda tidak seperti yang anda bayangkan. Kesan jajahan Perancis terzahir di mana-mana sahaja baik pada seni binanya, persekitarannya yang bersih bahkan juga pada penduduknya.



"إذا كنت في المغرب فلا تستغرب"

“Jika kamu berada di maghribi, maka janganlah kamu terkejut”


Matawang yang digunakan adalah Moroccan Dirham (MAD).

1 MAD   =  0.39 MYR
10 MAD =  3.90 MYR

Murah kan ?
Kos sara hidup di sini sangat jimat berbanding Malaysia dan rata-rata negara lain.


Bahasa rasmi di  negara ni tentulah Bahasa Arab, walaupun demikian, kebanyakan dari mereka bertutur dalam Bahasa Arab Darijah Maghribiyyah (bahasa pasar diorang, kalau belajar dalam soutiyyat dialek ini yang dipanggil bahasa ibunda).
Bahasa kedua adalah Bahasa Perancis. 
Berdasarkan pengalaman sendiri, kalau dalam proses jual beli atau muamalat dengan orang ramai lebih difahami Bahasa Perancis berbanding Bahasa Arab Fushah.
Nak cari yang pandai English tu memang samar-samar jelah, sekali terjumpa rasa macam nak peluk terus je, hehe :D


Hampir kesemua masjid di Morocco hanya akan dibuka pada waktu solat sahaja. Maka, kelebihannya adalah mempraktik kita untuk sentiasa solat di awal waktu. Tapi haru jugak la kalau terlambat ke masjid (bila dah habis jemaah solat) memang tak dapatlah masuk sebab haris masjid (penjaga masjid) dah kunci rapat pintunya. So time cenggini lah nak kena kreatif fikir alternatif lain untuk cari tempat solat lain.

Kelebihan dari aspek pendidikan di Maghribi, untuk semua yang menuntut ilmu dari peringkat ibtidaei (sekolah rendah) hingga Ph.D yurannya adalah percuma :)
Tiada bayaran yang dikenakan buat semua pelajar sama ada warganegara Maghribi sendiri mahupun pelajar ajanib (asing) seperti saya, malah diberi pula biasiswa yang disebut 'minhah maghribiyyah' setiap 2 bulan sekali. Alhamdulillah.


Pengangkutan pula kami banyak menggunakan pengangkutan awam seperti train ONCF, tram, bas dan teksi.
Terdapat 2 jenis teksi ; teksi kabeer yang boleh memuatkan seramai 6 orang (tidak tertakluk pada saiz badan atau jantina sama sekali) dan teksi soghir yang hanya memuatkan 3 orang, tak lebih tak kurang. Lagi menarik, warna teksi soghir berbeza mengikut wilayah di sini untuk memudahkan mereka membezakan sempadan dan jajahan takluk perkhidmatan.


Di sini saya sertakan beberapa tempat menarik (mengikut wilayah) yang berkesempatan saya lawati dalam tempoh belum genap setahun saya berkelana di tanah pinggir Andalus ini .



BANDAR-BANDAR UTAMA :-

1. RABAT Ibu Kota

Merupakan ibu negara Maghribi merangkap pusat pentadbiran rasmi. Kedutaan Malaysia di Maghribi juga terletak di wilayah ini. Oleh sebab itu, banyak program kami diadakan di wilayah ini bagi melicinkan perjalanan dan memudahkan para pelajar dari wilayah lain untuk berkumpul.Teksi soghir di Rabat berwarna biru.

Di ibu kota Maghribi ini, anda bolehlah berkunjung ke :-
(i) La Tour Hassan/Hassan Tower - Merupakan simbolik terpenting wilayah Rabat. Hassan Tower ini merujuk kepada menara azan kepada masjid tidak disiapkan binaannya. Juga di perkarangan Hassan Tower ini terdapatnya kombinasi sebuah masjid bersebelahan maqam tempat bersemadinya 3 jasad umara' Maghribi, serta tiang-tiang masjid dek tidak sempurnanya binaan masjid tersebut.



|RABAT: Hassan Tour (makam Hassan II)|

 

2. CASABLANCA
Wilayah yang menjadi tumpuan pelancong dari segenap penjuru dunia.
Berasal dari perkataan casa = rumah , blanca = putih dalam bahasa Perancis. Juga dikenali dengan nama الدار البيضاء
Warna teksi soghir di Casa adalah merah.

Antara mercu tanda utama Morocco tidak lain dan tidak bukan; Masjid Hassan II Casablanca, tentunya. Tempat kompem kena pergi bila jejak Tanah Argan ni. Tapi macam biasalah, masjid ni pun mengguna pakai sistem 'dibuka hanya menjelang waktu solat fardhu sahaja'. Merupakan masjid ke-7 terbesar di dunia dengan menaranya yang berketinggian 210 meter sekali gus menjadikan ia menara masjid yang tertinggi di dunia. Hampir setengan dari binaan masjid ini terletak di Lautan Atlantik. Masjid ini direka oleh seorang arkitek Perancis atas titah Sultan Hassan II.


|CASABLANCA: Hassan II Mosque, masjid ke-7 terbesar di dunia|


|CASABLANCA: Morocco Mall|



UTARA MAGHRIBI :-

4. TANGIER & TETOUAN 
Berikut adalah wilayah-wilayah yang terletak di bahagian syamal Maghreb/Utara Morocco. Moroccans di bahagian utara majoriti bertutur dalam Spanish instead of Arabic and French.

Wilayah Tangier merupakan wilayah paling atas dan paling hujung yang bersempadan dengan Spain. Moroccans di sini menggunakan feri untuk menyeberangi Selat Gibraltar ke sempadan Sepanyol.
 Antara tempat yang menjadi tarikan pelancong di wilayah kelahiran Ibn Battuta ini ialah :-

(i) Cap Spartel - dari sini boleh Nampak pertemuan antara 2 laut : Lautan Atlantik & Laut Mediterranean
(ii) Cave of Hercules - dikatakan bahawasanya ia merupakan penempatan awal manusia pada zaman Neolitik, padanya terdapat sebuah gerbang yang digelar 'The Map of Africa disebabkan bentuknya yang seperti peta benua Afrika jika dilihat dari arah laut.


Wilayah Tangier dan Tetouan ini bersebelahan. Tempoh perjalanan lebih kurang 1 jam lebih, boleh ambil teksi kabeer tapi kena pandai nego harga jugalah.




|TANGIER: tempat pertemuan 2 laut (Atlantik & Mediterranean )
 seperti termaktub dalam AlQuran [55;19]
       
|TANGIER: sempadan Morocco-Spain|
 
Di wilayah Tetouan pula anda boleh berkunjung ke Madinah Qadimah Tetouan yang terletak sangat hampir dari Stesen Bas CTM dan stesen teksi kabeer. Apa yang membezakan Madinah Qadimah Tetouan ini ialah terdapatnya 'gudang coklat' yang membekalkan stok-stok produk yang diimport dari Sepanyol, dijual dengan harga yang berpatutan dan mampu milik! Happy tak? :)








 
 
Selain itu, wilayah-wilayah di Utara Maghribi ini juga terkenal dengan Za'za' yakni sejenis minuman yang terdiri daripada beberapa layer; layer pertama diisi flan(dadih), layer kedua pula jus avocado yang segar manakala top layer dipenuhi dengan buah-buahan seperti strawberi, pisang dll.
Oh ya, kami yang memegang status sebagai mahasiswa/wi Malaysia di Maghribi ini sangat menggemari minuman susu berperisa jenama Puleva yang rasanya ala-ala Dutch Lady di Malaysia gittew! Puleva juga boleh didapati di wilayah-wilayah Utara Maghribi.




5. CHEFCHAOUEN
Chefchaouen, the Blue Pearl; sebuah bandar kecil yang hampir kesemua bangunan dan binaannya diwarnakan dengan warna biru, pastinya memberikan ketenangan kepada sesiapa sahaja yang berkunjung ke bandar ini.
Anda akan menjelajah masuk ke selok belok Madinah Qadimah yang berupa kedai-kedai, hotel dan rumah penduduk di situ untuk sampai ke Ras El Ma (رأس الماء); di sana anda akan menikmati pemandangan seluruh bandar biru ini yang sangat indah!

Untuk ke Chefchaouen, kami biasanya akan menaiki bas dan berhenti di mahattah turuqiah Tetouan dan kemudiannya menaiki bas yang kedua dari sana untuk ke Chefchaouen.

Ha, jika anda seorang yang sukakan aktiviti lasak seperti hiking/jungle trekking, teruskanlah perjalanan anda ke Akchour Waterfall, antara salah sebuah kawasan air terjun terkenal di sini, letaknya kira-kira 1 jam dari bandar Chefchaouen.
Goal sebenar apabila anda mendaki Akchour ialah setibanya anda di Chella el Kbiir. Tempoh pendakian? Ada yang 1 jam setengah, 2 jam, 2 jam setengah pun hado. Bergantung ketahanan fizikal masing-masing, yang penting biar lambat asal selamat :)
Fighting!

 
|CHEFCHAOUEN|

|CHEFCHAOUEN: pemandangan indah menuju ke puncak|


* * * * *

Kedua-dua wilayah Rabat dan Casablanca terletak di persisiran Lautan Atlantik dengan iklim Mediterranean.
Kesan yang dibawa oleh Lautan Atlantik sangat mempengaruhi perubahan suhu di ketiga-tiga wilayah ini. Beza jam antara Malaysia-Morocco adalah selama 8 jam dan ada ketika bertukar menjadi 7 jam (sekitar spring-summer). Ibaratnya, orang Malaysia bukak mata, orang Malaysia di Morocco baru nak pejam mata kumpul daya :D



Setakat ini sahaja yang mampu dikongsikan pada entri kali ini.
Adat pelajar, ada prioriti lain memanggil, memohon didahulukan.


Kesibukan kota Casablanca, riuh rendah Rabat,
pawana indah di Syamal Maghreb,
tetap semua itu bukan tempat saya.


|MOHAMMEDIA: Plage Manesmanne|

" Daerah ini daerah tenang,
biarpun ada yang kata usang... "


This is my place. Mohammedia.
Masih bernaung dalam wilayah Casablanca namun terletak di hujung wilayah sebelah utara dan bersempadan dengan wilayah Rabat.


To be continued , inchallah.

9 comments:

Time Traveller said...

Menarik.. boleh share info sikit tak berkenaan transportation di sana.. train ONCF.. tram.. dan bas di sana.. email saya timetravelafif@gmail.com

M I Z A H L E E said...

sure, will do, in shaa Allah :)

Aishah said...

Nice. Pljar dimana ya?

Aishah said...

Nuce. Pljar di mana ya

M I Z A H L E E said...

sekarang sedang menuntut di Universite Hasan II Mohammedia, Morocco :)

Aishah said...

Salam. Apa bidang pengajian yg selalu plajar malaysia buat disana? Adakah hnya bidang agama?

M I Z A H L E E said...

Wsalam wbt. Betul, pelajar2 Malaysia di sini rata-rata hanya mengambil bidang agama; Pengajian Islam & Pegajian Bahasa Arab.

Unknown said...

Salam, suka baca coretan anda... info yang berguna. tq

Unknown said...


Salam,

Tunang saya orang Morocco dan kami ada merancang untuk berkahwin Di Malaysia pada ogos ini.

Pihak embassy Morocco ada mencadangkan cara mudah bagaimana untuk mendapatkan surat kebenaran berkahwin iaitu dengan membawa dua orang saksi untuk sign bagi mengesahkan status tidak berkahwin bujang (duda) tunang saya.

Di sini tak perlu risau kami ada semua dokumen untuk pengesahan.

Jadi saya ingin meminta bantuan kenalan atau kawan yang dapat membantu.

Sila hubungi email atau no hp saya 0133309531 sitinadhirahabakar@gmail.com

Sekian terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Transparent Teal Star