Jul 10, 2015

'Kun Anta' n How it Works

In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful.
Assalamualaikum.


'Kun Anta'.
Lagu arab yang dipopularkan oleh penyanyi yang berasal dari Kuwait, Humood Alkhuder ni semakin menempa nama di serata dunia semenjak ia diviralkan dalam akaun instagram milik brother Humood sendiri.
Seriously diri sendiri pun suka sangat lagu ni.


Dan ramailah abang, adik, kakak, makcik, jiran tetangga, kucing semua pakat duk nyanyi lagu ni ramai-ramai ye. 
Setelah dianalisis *ecehh* terdapat beberapa faktor yang telah berjaya menjadikan lagu arab ni femes emes terutama di Malaysia. 
Salah satunya adalah disebabkan lirik lagu ni yang berunsur motivasi dan mampu membuatkan si pendengar rasa terinspirasi. Itupun dikhususkan kepada mereka yang faham liriknya lah, ramai je nyanyi membuta tuli langgar traffic bila tanya makna tak faham pun, just sebab terikut-ikut benda viral plus si vokalis yang handsome.
Pernah kami kat sini perdengarkan lagu ni pada kawan-kawan moroccan kat sini and depa puji liriknya best, tak ada pulak kami tunjuk muka si penyanyi. Nama Humood Alkhuder pun depa tak pernah dengar.
But now i dont want to story morry bout all those factors, intro je tu.

There are some situations in our life yang membolehkan kita aplikasi kan 'kun anta' ni.
Note:  this entry is based on my weak opinion. 


1st situation which can be used is when you feel inferior.
*mari cuba baca dengan sekali lafaz :D
Perasaan yang bilamana hangpa sebagai first year student di one of the university in oversea yang baru datang balik  dan terus masuk ke sem 2 tanpa sempat habiskan sem 1 disebabkan terpaksa menangguhkan pelajaran satu sem tu untuk recovery lepas operate, then you have to struggle lebih untuk cope balik lessons yang tertinggal and hangpa sendiri cuma ada basic arab standard SPM sedangkan orang lain ada yang sempat ambik STAM and even dah pernah khatam kitab nahu beberapa kali. 
And you was like "Ya Allah, macam mana nak perform well ni ?"

Ok, I think contoh tu agak complicated kan?

Let say, ada public speaking contest and hangpa dipilih untuk wakilkan course hangpa *instead of memang hangpa sendiri nak try masuk pun* tapi hangpa tak pernahpernah pun nak join benda alah ni before dengan memang tabiat semulajadi bila nak bercakap depan orang ramai tu terus ketaq lutut plus akan bersaing dengan semua yang berpengalaman and ada yang dah pernah wakil international.
Pehh. Melampau punya contoh ni. But thats it.

So, just nak cakap yang bila hangpa berada dalam situasi di atas, maka lirik lagu 'kun anta' bolehlah diguna pakai, untuk menaikkan semangat, mengurangkan debaran dan persepsi-persepsi liar yang tak meyakinkan diri, dek kerana liriknya mampu membantu seseorang untuk menjadi lebih optimis, yeah! 

The important thing is your effort and be yourself. Kun anta/anti. Buat sehabis baik ,you can DO it ! 



2nd is situation ala-ala bila nak buat sesuatu pilihan. 
Ramai yang suggest hangpa sambung belajar in professional fields, buat medik ke architecture ke, engineering ke sebab nanti senang nak kerja, senang jugak masa depan. Then ada pulak sedara sepupu sepapat bagitahu yang hangpa sesuai jadi arkitek sebab pandai lukis.
Nasib baiklah parents memahami apa kehendak hati, as long as mereka meredhai, teruslah mantap dengan apa jua pilihan yang disepakati. Sebab hanya diri kita sahaja yang benar-benar tahu apa yang kita nak. Dan sungguh Tuhan Yang Maha Mengetahui lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Ok. Tak pandai nak bagi contoh sebenarnya -.-
Banyak lagi situasi yang boleh dibuat contoh dan mungkin anda semua lebih arif tentangnya.




Be yourself. Everyone else already taken :)


But then datanglah beberapa situasi lain yang for me it will be OK if we dont have to be ourselves.
Bila ?

--> Bila hari berganti hari, tahun berganti tahun, dan performance kita masih tak berganjak di tahap yang sama.

Performance yang macam mana ?
Performance dengan diri sendiri, macam mana kita urus diri dengan masa 24 jam yang ada setiap hari.
Performance dalam berukhuwah dan bermuamalat dengan insan sejagat, sudahkah tertunai hak-hak kita pada mereka ?
Performance dengan ibu bapa, adab dan doa telah diamalkan sejauh mana ?
Dan paling penting, performance kita depan Allah, iman di hati itu sihatkah ia ?
Sudahkah 10 muwassafat tarbiyah kita capai semua ?

Hari ini mesti lebih baik dari semalam. Dan esok mesti lebih baik dari hari ini. Mesti gais.
Begitu juga kita hari ini mesti lebih baik dari kita yang semalam.
Usaha untuk jadi lebih baik dengan syukur dan sabar.


--> Bila kita interaksi dengan orang luar/stranger/ajnabi.
Some are saying that even with them ; 
we have to be ourselves apa adanya,

dan

Kenapa hipokrit ?

Mungkin ada benarnya. Tapi, maaf. Akal yang dangkal hamba kurang bersetuju.

Bukan nak tunjuk baik saja-saja,
atau konon nak jadi 'malaikat' depan semua
Bukan.
Bukan juga nak bermuka-muka, 
tapi sekadar nak berjaga-jaga.
Urusan hati manusia tidak mampu diduga.

Kita tak tahu apa yang ada dalam hati manusia.
Setiap tafsiran tingkah laku, rentak gaya dan tutur kata tu berbeza mengikut cara pandang si pemerhati.
Kalau dengan jadi diri kira sendiri tu akan mendatangkan kemudharatan yang lebih besar dari manfaat, haruslah kita berwaspada dengannya.

Bila something worst happened na3uzubillahi min zaalik kita pun berdalil dengan 
"saya tak buat apa-apa, saya hanya jadi diri saya."
Adakah kenyataan ini dapat diterima ?
Sedangkan hak untuk memilih trang tang tang ada pada kita ?

Husnuzzhon.
Tentu sahaja ia bukan satu perkara yang senang nak buat. 

Soal hati, sukar dikendali.


Ingat,
Jangan nak 'kun anta' sangat,
'Kun anta' pun mesti bertempat.

Bukan cakap ikut suka,
tapi melalui pengalaman dahulu kala,
sebab pengalaman lalu tu mematangkan
dan mampu buat kita fikir panjang 

Overall, banyak yang boleh kita sedut ibrahnya daripada lirik lagu ni.
Jangan sekadar handal menyanyi, meng'copy paste' lirik, tapi biar handal menerapkannya dalam kehidupan seharian.


Jadi manusia yang Allah redha, manusia lain pun suka.
That's the formula.







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Transparent Teal Star