Sep 26, 2015

Ulangtahun 'Morocco, nantikan hamba'

22 SEPTEMBER 2015 

Mencakupi genapnya setahun 
signifikasi 'Morocco, nantikan hamba'

Sudah setahun rupanya,
berkelana di bumi senja
dengan pelbagai macam kisah dan rasa 
rencah kronologi perjalanan seorang hamba


Ada 
yang bernokhtah serta merta
juga 
yang berkesinambungan,
tidak bertanda
bahkan ada yang tergantung begitu sahaja





Kadang
yang menakutkan 
bukanlah kerana hati kita 
orang patahkan
tapi
bila hati orang lain
yang tanpa sedar
kita gores ia perlahan
Dan 
untuk setiap luka calar itu,
mohon dimaafkan

Hati yang sejahtera
yang terlindung dari mazmumah dunia
yang dari segala kelam dan noda,
ia terpelihara.
Yang dengan mehnah dari Tuhan,
ia ditempa
idaman setiap hamba yang beriman,
pastinya.

Sudah ada Pencinta setia,
masih lagi cuba mengintai yang fana?

Ah,
sungguhlah hati buta
dengan topeng dunia



Perjalanan masih panjang
di hadapan
setahun belum cukup 
segala persediaan
ilmu di dada sahaja 
masih kontang
lalu
apa sahaja yang mampu 
untuk ku bawa pulang ?


Waktu sekarang ini yang engkau punya,
hargai seadanya,
ubahlah diri sehabis daya
ubati hati dengan penawar aslinya
kalam Rabbi 
jadikan penguat jiwa


Moga
mampu pulang ke sana
menghadapMu 
dengan hati yang sejahtera





Villa Mawaddah
Agdal, Rabat
23092015
17:45


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Transparent Teal Star