Oct 29, 2015

Doa [Part1] Kau dah lupa nak doakan dia?

In the name of Allah, 
the Most Gracious the Most Merciful





"Ha, stalk siapa tu ?"

Sikit lagi nak tertelan biji anggur ni. 
Agak-agaklah, kut ye pun kantung appendiks aku dah tak ada.
Tetiba je muncul kat sebelah, tadi masih kat bawah.
Terbang ke apa ?

"Yang pasti bukan Lara Alana, heh."

"Cehh, perli aku pulak." 
Posisi dah beralih nak beredar ke dapur. Ohoi, beng kessok gitu cik kak. Orang gurau manja jelah. Acano den nak pujuk ni ha ?

"Eh, duduk lah sini dulu, aku ada benda nak spill ni. And you such a good listener, like always."

"Pebende ?"
Jackpot. Good job dear self !

"Nah,"
Phone bertukar tangan, skrin masih memaparkan paparan yang sama.

"Kenal kan artis tu ?"

Dan bermulalah agenda luahan yang tidak dirancang.

Kisah update seorang artis seberang naik di news feed instagram.
Yelah, dah kalau follow tu mesti lah muncul kat news feed kut?

Aku minat betul dia ni. 
Sinetron yang dia berlakon apa je yang aku tak tengok? Start dia berlakon zaman kecik tu pun aku dah start tengok dah.
Zaman sekolah rendah dulu, zaman dia dia tengah boleh tahan famous jugaklah. Watak yang dia pegang pun tak ada lagi antagonis setakat ni, semua watak yang baik lagi solehah. Yang dalam sinetron pakai sopan, pakai tudung walau hakikat di luar tidak.
Dan aku, selalu doakan agar dia dipilih Allah untuk jadi macam watak yang dia lakonkan tu. Selalu.

Biasalah kan, kita orang awam ni kalau minat kat seseorang artis tu, mestilah ada je yang mendoakan sekian-sekian. Mungkin doa kita berbeza untuk individu yang berbeza.

Dan Alhamdulillah, aku happy tahap nak nangis masa tahu yang dia dah start berhijab sebelum dia kahwin. Lagi happy bila tengok update lepas dia kahwin dan lepas dia dah ada anak, anak pulak comel lahai SubhanaLlah !

Lepas tu aku dah tak ikut sangat update dia, or even mana2 artis sekalipun. 
Sampailah ke satu ketika dikejutkan dengan berita yang dia dah kembali freehair dan dah pun sah bercerai.
Inna Lillah, sedih, sayu, semua rasa ada.
Aku baca komen orang dalam instagram dia pun dah bermacam-macam rencah, biasalah tu kan. Ada yang tanya kenaa drastik sangat perubahan dia, tak fikir ke maa depan anak dia yang comel tu blablablablaa
Aku ni, apatah lagi, tapi aku ni cuma peminat jauh dia je, yang dia pun tak sedar aku wujud -.-
*melankolik pulak dahh*


"Hmm. Kau duk cerita ni lah yang buat aku tahu. Aku pun pernah tengok jugak lakonan dia.
Kau cakap yang dulu kau selalu doakan dia kan ?
Habis tu sekarang ni kau still doakan dia lagi tak ni ? 
Ke kau dah lupa nak doakan dia tak ?"


" .... "


Tak.
Dah lama aku tak doakan.
Tapi, ada ke effect kalau aku ni yang doakan dia ?
Aku ni, tak ada kena mengena pun dengan dia kut. 






Weh,
kalau selama ni kau fikir macam tu, means kau salah trang tang tang.

Doa ni coverage dia luas yang amat tahu ?
Melebihi satelit tu lagi ha.
Ada ke Allah letak syarat doa tu untuk orang yang kita kenal dan yang kenal kita je ? 
Ada ?
Kita ni manusia, makhluk Dia ja. Dia si artis tu or even orang lain sekalipun manusia macam kita, makhluk Dia.
Apa kita ada hak nak pertikai doa kita diterima atau sebaliknya ?

Husnuzzhon pada Allah itu perlu, bahkan harus selalu.

Sekali pun dia berubah seperti yang kau doakan,
apa boleh kau katakan yang perubahan dia adalah disebabkan doa kau dah dimakbulkan Tuhan ?

Mungkin.
Mungkin memang disebabkan doa kau.
Atau mungkin disebabkan doa orang lain.
Atau mungkin disebabkan doa dia sendiri, siapa tahu ?
Yang pasti, itu adalah disebabkan rahmat Allah.
Allah Yang Maha Tahu pilih dia untuk diberi hidayah.
Once kita diberi hidayah, diberi petunjuk, jangan alpa dalam berdoa, sebab kita tak pernah tahu apa yang akan jadi lepas ni.
Hidayah tu milik Allah.
Bila-bila masa Dia boleh bagi dan bila-bila masa jugak Dia boleh tarik balik.
Sebab tu, 
kita kena selalu doa.
Doa.
Dan doa.


Doakanlah yang baik-baik.
Berdoa ni, jangan selfish dan jangan racist.

Bukan doa semata-mata, tapi harus diiringi dengan usaha.
Dua benda ni jangan dipisah.


Tapi,
macam mana nak diiringi usaha kalau kita yang doakan dia dan dia langsung tak tahu menahu, bahkan mungkin tak berhajat ke arah apa yang kita doakan ?

Ha,
tahu tak yang Khalid Al-Walid dulunya merupakan sayap kanan kaum kafir Quraisy dalam Perang Uhud ?
tahu tak kronologi hidup Ikramah bin Abu Jahal yang setiap hari berlegar di sekitar parit mencari jalan bagi menembusi benteng orang Islam di Madinah dalam Perang Khandaq ?

Itu sejarah silam mereka sebelum memeluk agama suci islam.
Dan setelah itu, mereka antara sahabat Nabi saw yang hebat mempertahan dan memperjuangkan islam.
Persoalannya, diorang ni ada ke berusaha nak mendekati islam sebelum tu ?
Tak ada, bahkan mereka memeranginya.


Hei geng,
hati manusia tu Allah yang pegang.
Yang melembutkan dan melunakkannya itu Allah jualah.




--- Jeda ---

*mungkin bersambung dan mungkin tidak*





La Colline, Mohammedia.
28102015


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Transparent Teal Star