Jun 13, 2016

I'm Muslimah & I'm NOT Cheating in Exam [Part 2]

بسم الله الرحمن الرحيم

Ramadan Kareem everyone.
Ramadan yang sama, natijah yang berbeza, semakin membaik hendaknya.

Ramadan ini, kita jadikan titik motivasi, untuk mengislah diri, memperbaiki peribadi,
meng’high class’kan mutu ibadah  kita di hadapan Rabbul ‘Izzati.

Menyentuh perihal mutu, sudah tentu merujuk kepada kualiti, bukan kuantiti.
Biar sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Jangan sampai bertimbun-timbun, tapi hilang sekelip mata bak debu yang berterbangan. Na’uzubiLlahi min zaalik.

Dan tidaklah dinisbahkan peribahasa ‘sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit’ ni untuk benda baik semata, hatta benda buruk pun boleh juga nak diqiyaskan sebenarnya.
Hmm, macam mana tu ya ?
Ha, den ada cerita nak kongsi, sekadar cerita untuk kita sama-sama cakna tanpa sebarang niat untuk mengaibkan mana-mana pihak.

- - - - - - - - - -

Hari last Final Exam Sem 4
Subjek : Masrah

Seperti hari-hari peperiksaan yang sudah, universiti kami tidak menggunakan sistem angka giliran bagi menentukan tempat duduk untuk menjawab peperiksaan. Kami hanya dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut susunan abjad nama masing-masing. Contoh ;
Kumpulan 1 : A – E
Kumpulan 2 : F – Z

Musim panas sekarang ni, memang tak adalah kami ni nak masuk dewan dan duduk diam-diam dari awal, semua pun dah main belek nota depan balkoni sambil menantikan kedatangan pak ostad. Dan saat telah kelihatan kelibat Ustaz di hujung koridor barulah semua  serbu masuk dewan, aku tidak terkecuali bab ni. Macam biasa, tempat duduk jajahan febret aku tak lain tak bukan mestilah sebelah tingkap (best, udara masuk ikut tingkap aku ambik dulu hee), dan adalah satu keberuntungan bila dapat pula tempat yang betulbetul straight depan meja Ustaz.
Ramai kawan Arab aku tanya kenapa aku suka duduk barisan paling depan, tak terpsycho dengan Ustaz ke ? *Well aku lebih rela terpsycho dengan Ustaz berbanding khouyas dan khetis yang sama-sama menjawab exam ni. Serious talk.

Masuk dewan, ternyata tempat duduk jajahan febret dah diambil orang. Chill Miz, no worries, kena move on lah kan, kemon ! 
Maka berjalanlah aku menuju tempat pilihan seterusnya, still tepi tingkap, row paling belakang sekali, belakang tak belakang kita redah je, last ni last !
Selamat je beg dilanding ke atas kerusi datang seorang kheti *baca : ukhty/sister ni mengaku dia dah cop tempat tu lebih dulu. 
Baiklah, silakanlah, alang-alang aku pun tak duduk lagi baru letak beg je kan, beredarlah aku ke tempat lain dan Alhamdulillah selang 2 tempat duduk di bahagian hadapan tu kosong, yeay !

Dah duduk elok, dah letak beg kat tepi, dah keluarkan student card hujung sebelah kanan meja, dah sedia untuk scan nota berangkai untuk waktu kecemasan dan tak semena-mena datang seorang khetiy ni, ajak tukar tempat duduk dengan dia.
Aku tanya, "tempat kau kat mana ?"

Dia tunjuk ke arah bahagian tengah dewan, approximately 4 row dari belakang. 
Uih, suramnya tempat.
Khetiy ni pun gelisah betul aku tengok, keputusan masih aku cuba pertimbangkan, nak juga tahu kenapa beriya-iya ajak tukar tempat dan aku pun tanyalah dia, kenapa ?

Sekali dia jawab jujur sejujurnya,
“Cuba kau tengok kawan aku yang duduk paling depan tu, ha, nanti dia akan passing jawapan dia untuk tolong aku, aku banyak tak datang kelas, nota aku tak lengkap, sebab tu aku nak duduk tempat ni, senanglah kawan aku tu nak passing nanti…”

Patutlah dari tadi khouya paling depan tu tertoleh-toleh ke belakang ni, amboi, ada konspirasi terpimpin rupanya ya?
Salah orang cik kak. Sudah terang tang tang lah aku
memutuskan secara langsung talian hayat pertimbangan.
BismiLlah, “Maaf, aku taknak tukar. Aku nak duduk sini.”


اللهم فاشهد
Maka, saksikanlah bahawasanya hambaMu ini tidak rela bersubahat.



Padahal, untuk sem ni bukan main lagi universiti kami telah melakukan anjakan paradigma dengan mengcompilekan kertas conteng dengan kertas jawapan sekali gus *tak sempat nak ambik gambarnya* yang pada perkiraan aku sangat membantu untuk mencegah kes-kes spesies ni, sebab diorang dah tak boleh bertukar-tukar kertas conteng. Ah, meleset sama sekali. Ibarat tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas, aktiviti ini masih berleluasa.

Bila dengar cerita daripada kak Y berkenaan universiti diorang yang susunan dalam dewan exam ikut sistem angka giliran, kertas contengnya pun warna ikut row, dan siap dipasang CCTV lagi ma shaa Allah, baru tahu syadid tak syadid Kuliah Syariah.




CCTV Allah sentiasa berfungsi, tak pernah kehabisan bateri.
Hak ni kita lupa agaknya.
Kita mahasiswa/wi universiti, tapi ke mana pergi nilai integriti ?
Ini bukan kisah bangsa Arab, bangsa Melayu, orang M, orang Malaysia semata-mata,
Ini tentang keimanan dan jati diri, kita ini umat Islam, kan ?

I'm Malaysian and I'm not cheating in exam. Aku bawa nama Malaysia, akanku jaga segenap jiwa raga semampu kudrat hamba.
But the most important thing is, I'm Muslimah and I'm not cheating in exam.
Kerana aku khalifah Allah, siswa harapan ummah, aku beriman sesungguhnya Allah itu Maha Melihat, Maha Mengetahui yang nyata mahupun yang tersembunyi.
Sungguh, iman itu lah paksi.


Here is the fire guys.
Nampak macam kecik ja benda ni, bukan semua orang tahu pun, begitulah mentality para pelaku agaknya. Di sinilah permainan ‘sikit-sikit lama-lama jadi bukit’ dari sudut pandang berlawanan. Sedangkan batu yang kecil itu lah yang akan menghasilkan gunung yang besar.
Sekecil-kecil nyamuk pun mampu ganggu sistem tubuh badan manusia berbulan-bulan bahkan. Tak hairanlah Namrud mati hanya kerana seekor nyamuk.

Kalam Ustazah Fatimah Syarha dalam salah satu tulisan beliau ;"Rasulullah SAW tidak mengajar kita meremehkan dosa kecil. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Baginda yang maksum banyak beristighfar.”


Ada benarnya, sensitivity kian berkurang. Benda kecil semakin diremehkan.


Wahai sahabat-sahabat seperjuangan,
jangan putus asa dari rahmat Tuhan.
Usaha dan terus usaha.
Kerana seringkali kita menyalahkan takdir, sedang yang kita sering tersilap adalah bagaimana kita mengurus tadbir.

Allah ajarkan kita, hambanya untuk terlebih dahulu berusaha dan ikhtiar sehabis daya, bukan sekadar meminta-minta dan mendapatkan apa yang dihajatkan sewenangnya.

Dan Yaakub berkata; 'wahai anak-anakku! Janganlah kamu (bersama-sama) masuk dari satu pintu gerbang dan masuklah dari beberapa buah pintu gerbang yang berlainan; namun demikian aku tidak dapat menyelamatkan kamu barang sedikitpun daripada (takdir) Allah. Keputusan menetapkan (sesuatu) hanyalah hak Allah; kepadaNyalah aku bertawakkal dan kepadaNya sahaja orang bertawakkal berserah diri.' (1)

Dan ingatlah akan hamba Kami Ayub ketika dia menyeru kepada Tuhannya; 'Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan penderitaan dan bencana.'
(Allah berfirman): 'Hentakkan kakimu; inilah air yang sejuk untuk mandi dan untuk minum.' (2)


Kembalikan urusan-urusan kita kepada Dia dalam keadaan kita berusaha. Berusaha membersihkan diri dan jiwa dari zulmat dosa.
Lazimi istiighfar, moga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang bertawakkal.


...والمستغفرين بالأسحار 
Dan orang-orang yang memohon ampun di waktu sahur. (3)

Selamat memaknakan waktu sahur di sepanjang Ramadan yang berbaki. Moga kita sama-sama tergolong dalam golongan awwabiin lagi muttaqin.
Misi kita : Piala TAQWA

لعلكم تتقون


 
Semoga dikuatkan, kita.



Villa Chellah, Kenitra.
7 Ramadan 1437H
 - - - - - - - - - - - - - - - -
(1) Surah Yusuf, 12 ; 67
(2) Surah Sad, 38; 41 & 42
(3) Surah Ali Imran, 3: 17


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Transparent Teal Star