Oct 9, 2016

Deja Vu


"Akak, saya nak balik Casa dah ni.
Saya duk tunggu taujihat akak ni nak hadam nanti dalam train..."

Eh ?
"Allah.
Akak yang sepatutnya cakap tu, doakan akak sentiasa semangat macam awak.."

Deja vu.


--Motivasi Cinta Antara Benua--

Begitulah diberi nama agendanya.
Kata CR, cinta di sini dikategorikan kepada dua ; cinta pada ilmu, dan kerana kita cinta sesama kita.
Kata CR lagi, kerana kita menghimpunkan yang dari Korea sehingga ke Maghribi di benua Afrika. Malaysia, India, Jordan dan Mesir berada di tengah-tengahnya, sudah diumpamakan mengembara ke serata dunia kita hari ini, sebenarnya !
Kelihatan teruja sungguh CR kita.


Iya, teruja, aku juga sama.
Namun, tetap ada 'inferior' yang menerjah sipi-sipi, mana tidaknya, bakal berkongsi pentas yang sama dengan senior yang dari dulu dihormati dan disegani kepimpinannya,
peribadi dan akhlaknya usah dipertikai lagi. Bakal bermadah bicara di hadapan murabbi murabbiah yang telah pun mengambil tempat di barisan paling hadapan. Ah, terus sejuk tangan kaki.

'Mereka punya hak untuk mendapatkan inspirasi daripada kalian, senior mereka sendiri, yang pernah menjalani detik-detik sepertimana yang mereka lalui saat dan ketika ini.
Mereka perlukan ikon untuk diteladani.'

Dan aku punya hak untuk berkongsi.
Demi manfaat dan demi maslahat,
dengan nama Tuhan, aku gagahkan.

Aku perhatikan, setiap dari kami yang memberi ucapan, berkongsi pengalaman sama ada yang dalam bidang bahasa, pengajian islam mahupun yang terjun ke bidang kejuruteraan dan perubatan; tidak ada yang tidak menyebut kalimah 'Al-Quran'.

Nyatalah kita dilentur dengan cara yang sama, starting point yang sama
sekalipun masing-masing boost up di turning point yang berbeza.



'Kak Miz, nasihatkanlah kami ni...'

'Dari dulu lagi, senior-senior selalu pesan; jaga quran, jangan lupa mengulang.
Kak Miz hari ini pun masih dengan pesan yang sama, cuma nak tambah satu lagi;

Jaga keberkatan.'


Dua patah perkataan.
Bila sebut 'jaga quran',
mafhumnya banyak, maknanya berselirat, intipatinya ada dua; tersurat dan tersirat.

Nak jaga quran, automatik solat yang terlebih lebih dahulu, perlu diutamakan.
Nak pelihara hafalan, hati takkan nak dibiar dalam keadaan lagha lagi melalaikan ? Confirm, tak jalan.
Nak lancar bacaan, mesti sejahtera minda dan akal fikiran.

Untuk kekal dan pertahankan sesuatu itu lebih sukar daripada menciptanya.
Nak pecah rekod, capai gps 1.0 susah, tapi once dah berjaya dapat, nak kekalkannya tu lagi susah.
Nak hafal satu page Quran bukan mudah, tapi nak murajaah untuk kekalkan hafalan tu perlukan berlipat ganda mujahadahdan istiqamah.


Pesan seorang ukhty ;
'Istiqamah dan istimrar(berterusan) itu beza.
Graf istimrar adalah garisan lurus, sekata. Graf istiqamah pula adalah garisan menaik.'


Kalau perasan, bila kita buka youtube, main page dia akan paparkan suggestion videos berkesinambungan dengan video-video yang pernah kita tonton.
Whatsapp pun sama dah sekarang, bila nak forwardkan text ke other contact, ada keluar 3 suggestion contact paling atas. Eh awak, bukan saja saja tak sengaja yang keluar kat suggestion tu tahu, melainkan yang keluar tu ialah tidak lain dan tidak bukan ; 3 contacts yang selalu kita berkomunikasi di medium tersebut.

Oh, macam tu rupanya sifir dia.
Ha, check lah video apa yang keluar, contact mana yang disuggest ?
Sama jugaklah, apa yang paling banyak kita ingat tu yang paling berpengaruh dalam diri kita.

Pernah Rasulullah s.a.w. mengumpulkan 2 orang yang syahid dalam perang Uhud untuk dikebumikan. Kedua-duanya mulia, tentu sekali. Berstatus sahabat, ditambah pula gugur sebagai as-syahid di medan perang fii sabiliLlah.
Allah.
Allah.

Dan ketika mahu dikebumikan kedua-duanya, ada kriterialain yang diambil kira sehingga Baginda s.a.w. bertanya ;
'siapakah di antara keduanya yang lebih banyak akhzan lil quran?'
Lalu ditunjukkan kepada Baginda salah seorang di antara dua orang itu. Lalu Nabi s.a.w. menyuruh agar didahulukan orang tersebut.
[HR Bukhari]
 
 
Akhzan lil quran, sebagaimana disebut oleh beberapa ulama' diertikan dengan para penghafal, pembaca Al-Quran dan yang beramal dengannya.
Semoga Allah merahmati mereka.
Semoga kita berpeluang tergolong dalam golongan tersebut. Tanggungannya berat, namun tetap ada kenikmatan hidup di sisi Tuhan, biizniLlah.


Nak masyi, kan ?
Jaga Quran.
In shaa Allah, Allah akan buka jalan.

- - - - - - -


 :)
 

Rasanya macam dah pernah lalui situasi ni. Seolah sudah pernah ada yang datang, lalu menyatakan begitu dan begini.
Tentang impian, harapan, kehidupan, masa depan dan kita, yang masih bernafas di muka bumi Tuhan.
Pernah rasa ?


So far, mungkin takde kaitan sangat antara tajuk dan segala apa yang dikisahkan.
Tetaplah,
masing-masing ada harapan dan impian yang ingin diperjuangkan.
Sekalipun harapan dan impian kita berbeza, perjuangkanlah bersama-sama.
Yang rebah, kita angkat, sama-sama kita papah meski saat tiba di persimpangan nanti kita bakal terpisah.
Kerana kebahagiaan itu bilamana dikongsi akan berganda,
dan kesedihan itu apabila dikongsi akanterbahagi dua.

Kalau hendak dibandingkan peluang yang diberikan Tuhan dengan berapa banyak sudah usaha yang dicurahkan, pastilah masih banyak lagi ruang-ruang kekesalan yang boleh diisi.
Sedangkan, kita diajar untuk melakukan yang terbaik dalam setiap pekerjaan.
Aduhai, ruginya diri.

1437H.
Terlalu banyak perkara yang perlu dikoreksi,
namun tetaplah ia tahun menginjak kedewasaan, menyukat perasaan dengan kematangan, mengenal pasti antara prioriti dan keinginan, juga tahun yang banyak mengubah cita-cita menjadi harapan.
Selain daripada doa dan kesyukuran, moga tahun-tahun yang akan datang terus dipinjamkan kekuatan dan petunjuk Dia untuk sebuah perjuangan, perjuangan melunaskan harapan yang dilabuhkan insan-insan yang setia menanti dengan penuh kecintaan.


Moga langkah kita, Allah jaga.

Adik adik,
Selamat berjuang untuk PT3.
Selamat berjuang untuk SPM.
Moga kita semuanya cemerlang gemilang terbilang natijahnya nanti, moga kejayaan yang ditempa berkilauan megah bak kejora di puncak tertinggi.

Selamat berjuang untuk apa sekalipun yang sedang diperjuangkan.
Moga terus kuat, moga tak luntur semangat.



Teratak Amna, Mohammedia
09102016
23:49

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Transparent Teal Star