Jan 21, 2017

Dua Dekad Lebih Satu

بسم الله الرحمن الرحيم



Kata Akak Remedy ; hari ini hari kumpul doa
Benar juga.

Tanpa kita sedari,
saban tahun banyak doa diterima ;
ada yang masih sama dan ada yang sudah berbeza
yang semakin besar dambanya
semakin besar pula langkah menujunya


Hari ini untuk mama dan abah, sebenarnya
Mengimbas raut wajah mama yang memendam rasa,
senyum tawanya sentiasa
menghambat galau nestapa
Sepasang mata milik abah yang bercahaya,
yang dahulunya sering memberi jelingan tajam
terus aku diam dan segera faham
jelingan itu seakan meluah
'awas, kakak sudah buat salah!'

Dahulu kala
berlari lari berkejaran dalam hujan
jatuh berguling guling di jalan
dengan seluar rabak lutut berdarah
masih riang berjalan pulang
Nyata senang hati bermain lebih dimenangkan
dari kesakitan yang ditahan-tahan

Alangkah!
Jika momen-momen itu masih kekal hingga sekarang
Bebas,lepas
Semudah itu kita puas.



'Kita kejar matahari, bayang-bayang kejar kita'
 
 
 
 
Dua dekad lebih satu
Sekian banyak nikmat dan kesenangan;
kejadian kejadian yang kecil tapi bermakna,
yang cuma sekejap tapi indah
harus disyukuri dan dipersoal kembali;
kesenangan yang mana
yang Tuhan redhai?

Dengan peluang, kita berjuang
belajar memilih perlahan-lahan
di antara sekian banyak
pilihan-pilihan yang bertandang.
Dan sering juga kita bimbang
apa setiap keputusan itu tepat 
atau kita sudah tersilap menyimpang?

Lalu kita apa?

Menyesal?
Tidak.
Berharap?
Ya.


Worry less, smile more
Don't regret, just learn and grow!
It's alright not to know all the answers.



Dua dekad lebih satu
sudah harus mengaplikasi equation baru
ujian = pengalaman = mematangkan

Seiring bergulir waktu
kita jadi lebih tahu;
bahawa kita hari ini
bukanlah kita yang dahulu.

I don't need a new chapter,
I just need a better chapter.
Kata kita esok harus lebih baik,
tentunya juga kita harus memberikan yang lebih baik!




Dua dekad lebih satu
Telah kita lihat pelbagai simpang siur jalan
yang manusia tuju
untuk mendekat pada Yang Satu.
Ada yang sampai,
dengan wajah indah berkilau meruap
ada yang tersesat,
di jalanan dia terpesong lesap
ada pula yang putus harap
berhenti serta merta tanpa mahu diselamat


Segala lintas rasa hati ini,
ku mohon Kau sucikanlah.
Amal baikku jikalau ada,
moga dikira dalam daerah pahala
mencapah cahaya cintaMu semata.
Dosaku tentunya tidak terhitungkan
dari murka-Mu ku mohon Kau selamatkan



Dua dekad lebih satu
moga sudah jelas penamat yang kita mahu

Tiga dekad kurang sembilan
kerana kita bukan lagi di awal jalan

Setengah abad belum separuh
padaNya jualah segala cinta harap, berlabuh



couldn't ask for a better brother, thanks! ;)



 
 
14012017
Malam malam kepenatan dinokhtahkan
kembara 'eleventh hour' namanya
Granada, gerbang Andalusia
 
21012017
Malam malam dingin disalin,
Interstellar menghantar sampai ke mimpi
Daerah tenang, Bumi senja
 
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Transparent Teal Star