Google | Youtube | Al-Ahkam | IslamGRID | Islamic Research Foundation | Palestinkini | Dunia Muslim | Ilmu Sunnah |

Apr 17, 2017

Because It's Spring!

بسم الله الرحمن الرحيم


'Because It's Spring!' ?
*sejenis mati akal dalam membuat pilihan
Well yes. News feed facebook sudah dipenuhi gambar bunga, aneka warna, bentuk dan rupa.

Mampirnya musim bunga, yang terlihat pada zahir mata hanyalah variasi warna flora, mekar kelopaknya, terhidu pula harum aromanya.
Melihat sang rama-rama menghirup sari madu debunga, lenyap sejenak keluh kesah yang bertapa.


Padanlah kita diajarkan dengan doa ini;

اللهم اجعل القرآن ربيع قلوبنا

Cantik sekali maksudnya.
Berharap semoga Allah jadikan Al-Quran itu seperti musim bunga dalam hati-hati kita. Bila Al-Quran mula menyinari jiwa, akan lumpuhlah segala rasa gelisah dan dukacita. Yang tinggal hanyalah gembira dan bahagia :) 


Dan, majlis ilmu itu diibaratkan taman syurga.
Mendengar kalam mutiara sahaja sudah cukup membuncah cinta.




Keluarga Sale berpenat-penatan,
sepetang bersama mereka tidak lekang senyuman.
Bahagia benar mereka, menerima kunjungan tetamu mulia dari Tanah ibunda.

Petang itu juga, alunan qasidah bergema, menyemarak cinta dalam jiwa-jiwa yang merindui Baginda.


Minit-minit berharga pada petang itu,
Ustaz Syed Abdul Kadir berpesan;
Layaklah bagi seseorang itu digelar 'penuntut ilmu' bilamana mereka benar-benar menuntut ilmu secara fulltime.
Ke mana-mana mereka, harus dibawa bersama pen dan kertas, haus yang amat akan ilmu, yang punya tujuan yang benar dalam menuntut ilmu; ini antara ciri-ciri seorang penuntut ilmu.

"Yang paling penting bagi seorang penuntut ilmu itu ialah niat yang baik, niat yang betul."
Tajdid niat kita. Kita di sini untuk apa?
Segala gerak laku kita niatkanlah sebagai ibadah, in shaa Allah penat lelahnya itu berkah!

Lalu diingatkan lagi dengan kalam Allah yang ini, yang saban tahun Ayahanda mudir mengulang baca pada awal ucapan beliau selepas tamat kelas mengaji

[At-Taubah; 122]



Ada waktunya, sering juga kita diusik rasa cemburu.
Melihat senyuman riang mereka yang merangkul kemenangan, ada yang sudah menamatkan pengajian, ada yang terlebih dahulu menempa kejayaan. Yang sekali diajar sudah serta merta faham tanpa perlu diulang-ulang.
Cemburu, kita juga ingin begitu
 
Eh, tunggu dulu.
Rupanya kita lupa untuk berpaling ke belakang. Rupanya ada lagi yang kita tinggalkan.
Ada yang sedang jatuh, yang lelah, yang keliru dan ragu-ragu, ada yang masih terselam dalam kekecewaan semalam, ada yang baru bangkit dan harus bermula semula.
Dan lihatlah kita; di saat ini kita sedang berjalan, masih bertahan.

Zon masa kita semua tidak sama. Jadi, tidak perlulah kita berasa 'tertinggal' bilamana kita nampak orang lain lebih berjaya. Mungkin masa kita belum sampai.
Obama retired at 55, tapi Trump 'bermula' pada usia 70. Dua-dua pun jadi presiden, hanya zon masa mereka sahaja yang berlainan. *contoh keluar majal

Kita semua bergerak dalam laluan berbeza pada zon masa yang berbeza, sebab Allah ada perancangan berbeza untuk kita semua.
Kita ada zon masa kita sendiri, ini juga termasuk kategori rezeki.
Not too early. Not too late.
We're just on time!


Untung kita. Untung kita ini berada di jalan yang baik, dikelillingi orang-orang yang baik. Berapa ramai lagi manusia di luar sana yang menginginkan berada di posisi kita, tetapi kita dengan segala keberuntungan ini nyata masih belum terasa cukup?
Ya, kenapa ya?



Momen-momen berharga seterusnya,
giliran Dr Khalid Zahri, Pakar Manuskrip Perpustakaan Diraja Maghribi;
beliau menegaskan;
"Penuntut ilmu itu haruslah mencapai 4 tahap utama
Hifz, Fahm, Mubahathah, Mutorohah.."


Soal rezeki.

Peluang yang datang. Kadang kita lupa ia juga rezeki dari Tuhan.
Yang sudah kita genggam pun boleh jadi terlepas dari genggaman.
Peluang tidak selalu terhidang dua kali. Juga, masa tidak pernah berkompromi.

Padanlah, hidup manusia diumpamakan cuma sesingkat sela masa antara azan dan iqamah untuk mendirikan solat sahaja. Lahir kita dilaungkan azan ke telinga, dan kita disolatkan signifikasi pengakhiran kita di dunia.


Si pendengar tegar ini sekadar menyimpulkan
bahawa jalan menuntut ilmu itu sendiri merupakan jalan cinta, salah satu jalan-jalan ke syurga.


Sekalian makhluk di seluruh pelosok bumi ini bertasbih kepadaMu, beristighfar buat para penuntut ilmu.
Wahai Tuhan, aku malu.
Ke mana sahaja selama ini ku sandarkan hatiku?
 


Keluh kesah. Demikian fitrah manusia.
Bertimbun tugasan, bersimpang siur urusan, bercampur baur perasaan; sampai ada waktunya tidak tahu yang mana harus didahulukan.


Al-Isra'; 80
 
 
 
Satu lagi doa yang cantik sekali untuk kita amalkan.
Selaklah lembaran Al-Quran, berbicaralah dengan Tuhan dengan cara paling indah.
Semoga mencairlah kerak-kerak mazmumah di hati persis cairnya salju,
diganti zikir dan istighfar yang memekar bersenandung dalam tawa mahupun sendu.


Padanlah, majlis ilmu itu diibaratkan taman syurga.
Serta merta terkenangkan memori-memori di Alhambra.
Ingin benar ke sana lagi, kembali membaca dan menghayati setiap bait qasidah yang diukir penuh seni pada dinding merah sarat sejarah.

Jeda di The Generalife yang dulunya menjadi tempat istirahat Sultan, menyantuni bunga-bunga indah tumbuh memenuhi perkarangan, yang tasbihnya tiada henti.  Bunyi aliran air pancuran yang mengalir hingga ke kawasan istana, segar.
Indah. Tenang. Damai.

Di taman yang kesemua makhluk memuji Tuhannya, setiap detik mengingati Dzat Yang Maha Mulia; sebegitu diumpamakan majlis ilmu. *bahkahlebihlagi
Padanlah.
 
Keindahan di dunia ini pun sudah tidak mampu diterjemah dengan kata,
apatah lagi syurga Dia,
sungguhlah tidak mampu digambar keindahannya dek akal dangkal hamba.


Sekali lagi; majlis ilmu itu diibaratkan taman syurga.
Dan di dalamnya ada bidadari-bidadari dunia.


Bidadari?
Ah, masih jauh lagi.
Bahkan jauh sekali.
But the efforts toward it will  always be worthy, right?


Alhamdulillah.
AstaghfiruLlah.


Semoga setiap niat yang baik menemukan jalannya untuk menjadi amalan yang diterima Tuhan.




Seperjalanan pulang dihambat ketergesaan;
Train to Busan Mohammedia
16042017




Chat

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Transparent Teal Star