Google | Youtube | Al-Ahkam | IslamGRID | Islamic Research Foundation | Palestinkini | Dunia Muslim | Ilmu Sunnah |

Jun 6, 2011

Bila ILMU Merosakkan...

Salam 'alaik.....
kembali lagi buat kesekian kalinya mewarna warnikan suasana...(happy semacam je..)
bila tiba cuti skola secara tidak langsung post di blog ini akan turut bertambah dengan cepat..
hmm.. exactly!

saya teringat peristiwa yang terjadi antara saya, fatin, ummi n dibah time tengah tengok satu cerekarama yang disiarkan melalui saluran tv ......tut......
mase tuh crite nye tenga konflik si isteri merajuk sebab suami dia balik umah lewat sedangkan dia sudah berjanji utk balik awal ke rumah memandangkan si isteri telah mengadakan satu suprise birthday party untuk si suami..

si isteri ni marah la kt suami dia tu sampai x bagi masuk bilik....ish9...
suami dia tu pun satu hal.. boleh dia buat blurr je..
explain la kenapa balik lambat...traffic jam ke langgar kambing ke tayar pancit ke... and...

"aku da tau dah! lepas ni mesti si suami tu pergi cari minah lain punye!"
ekoran saya da meluat tengok scene tu dan secara automatiknya terkeluar la kritikan itu...

"alaa..biaselah mizah..drama melayu memang camtu.. clishe"
sampuk dibah..

"hehe..mentang2 da pandai guna perkataan clishe ni..smua pun clishe..."

"memang doh..bila dah tau mestilah kena guna..."
ummi pulak yang tolong jawabkan.. defend2!!
*Clishe bermaksud kata-kata atau frasa yang telah pudar, kurang segar dan kurang asli kerana terlalu sering digunakan atau selalu diulang-ulang sehinggakan pembaca merasakan seuatu yang baharu atau indah. Ia juga bersifat stereotaip. Tidak dapat memberi sumbangan besar dalam sesuatu karya.*

OK. Memang betul.
Tapi kan.. bila saya fikir balik, x jugak..
itu bukanlah konsep yang sebenar apabila mengetahui/mempelajari sesuatu yang baru.
Semuanya depends on apa yang dipelajari tu jugak.


Satu analogi yang boleh kita jadikan sebagai experiment dalam kes ni adalah apabila seorang kanak-kanak mempelajari satu perkataan yang kurang enak didengar..
Adakah kanak-kanak itu hanya mempelajarinya dan hanya menyimpan di dalam hati semata-mata?
I don't think so!
Memang akan kedengaran jugak perkataan itu keluar dari mulutnya.
Jadi, jangan ajar yang tidak sepatutnya diajar kepada mereka...!

Begitu juga dengan kita..
Tak kiralah kita dalam golongan mana sekali pun.. remaja/belia/dewasa bahkan tidak ketinggalan warga emas turut mengalami situasi yang sama dengan golongan kanak-kanak tadi..
Dah makin lama hidup ni, makin banyak jugak la makan garam..
Betul la kata pepatah, 'kerana mulut badan binasa'.
Contoh :
Orang... Dulu, time x pernah dengar lagi perkataan assabiah,
ada sibuk nak menyentap orang itu ini assabiah...???

Malangnya, bila perkataan assabiah sudah dipelajari, senang sekali terlucut,

"aku tengok diorang tu assabiah betul la...!"
"mamat tu memang assabiah pun.."
"orang itu assabiah! orang ini assabiah!"

Bukan sekadar satu perkataan, malah masih banyak lagi yang turut menjadi seperti kes di atas.
Nilah yang jadi satu masalah untuk masyarakat sekarang ni.
Sepatutnya, kita sebagai khalifah di bumi Allah ni gunakan akal yang dianugerahkan tu untuk fikir dulu baik ke buruk ke.. biar apa yang kita buat ada faedah dan jadi saham untuk kita kerana
dalam setiap AMAL itu ada janji Allah...

Kalau belajar sesuatu tu boleh menambah dosa, apa gunanya?
Sentiasalah ingatkan diri kita untuk memanfaatkan ilmu yang kita peroleh dengan sebaik mungkin.
Ilmu tu untuk digunakan dalam kehidupan kita jugak
bukan untuk hukum orang sesuka hati kita..

Hopefully post ni dapat memberikan manfaat buat kita semua ke arah mewujudkan sebuah masyarakat yang celik mindanya, mulia akhlaknya ke arah merealisasikan gagasan
'Satu Malaysia Satu Ummah'...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Transparent Teal Star