Showing posts with label Diskusi. Show all posts
Showing posts with label Diskusi. Show all posts

Apr 30, 2014

Susah VS Senang. Siapa menang ?

In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful.
Assalamualaikum :)



 "Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. 
Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan" 
[Al-Insyirah; 5 & 6]

Familiar dengan ayat ni ?

Kebiasaannya, apa yang sering kita dengar,
selepas kesulitan pasti ada kemudahan.
Selepas hujan, akan terbit pelangi yang berwarna warni.
Macam tu kan ?

Wait ! Tengok balik makna ayat tu.


"Bersama kesulitan ada kemudahan"
Adakah selama ni kita belajar bahawa perkataan 'bersama' seerti dengan 'selepas' ?

Thats mean, bila Allah hadirkan kesulitan dalam hidup kita,
Allah turut hadirkan sama kemudahan. 
2 in 1 !

Let me ask you something.
Berdasarkan dua ayat kat atas tu, yang mana lagi banyak,
susah (kesulitan) ke senang (kemudahan) ?

Pilihan jawapan ;
A- susah > senang
B- susah < senang
C- susah = senang

*Kalau tunggu jawapan kat sini,
alamatnya 3 kali raya haji pun belum tentu ada orang jawab*

Rightio.
Sekiranya kita hanya merujuk kepada teks terjemahan semata-mata,
maka kita akan dapat jawapan C, betul ?
Sebab 'bersama kesulitan ada kemudahan'.
Maknanya, ada susah dan ada senang, jadi sama banyaklah.

But, to make it precise, we should refer to the original text.
Walaupun zaman sekarang ni Al-Quran dah pun diterjemahkan 
ke dalam banyak bahasa di dunia ni,
 tetap makna sebenar tak dapat menyaingi teks asal.
Macam sijil kita yang kita fotostat tu la,
even fotostat warna pun tetap tak sama ngan asal kan ?

Let see,
Perkataan susah (kesulitan) disebut sebagai al-usr.
Manakala perkataan senang (kemudahan) disebut sebagai yusran.

So ? Apa bezanya ?

Perkataan susah (al-'usr) ada imbuhan 'al' di depan 
tapi perkataan senang (yusran) tak ada imbuhan.
Back to the basic of arabic,


Ingat lagi ?

Perkataan yang ada imbuhan al adalah makrifah.
Makrifah means tertentu or khusus or spesifik.
And perkataan yang mempunya tanwin (berbaris dua) adalah nakirah.
Nakirah means umum.

Fahimtum ?

Dalam Bahasa Inggeris,
perkataan yang ada imbuhan al iaitu isim makrifah hampir diterjemahkan sebagai the.
Manakala perkataan yang tak ada imbuhan al iaitu isim nakirah hampir diterjemahkan kepada a.

So, mana satu yang lebih banyak ni ?

Mestilah kalimah 'yusran' (nakirah) yang lebih banyak.
Sebab lebih umum penggunaannya.
Sedangkan kalimah al-usr itu dikhususkan kepada perkara tertentu sahaja.

Contoh yang dekat dengan kita,
kita sedih or kecewa sebab tak dapat skor dalam exam -->kesulitan
kita akan lebih berusaha untuk exam seterusnya -->kemudahan
lebih fokus pada pelajaran -->kemudahan
lebih kerap dampingi guru -->kemudahan

Nampak ?
Jangan nak buat muka pelik pulak.

Kan tadi dah bagitahu, 'kemudahan' itu dalam bentuk yang umum.

Kita buat satu kebaikan, itu adalah kemudahan.
Kemudahan untuk apa ?
Boleh jadi kemudahan untuk meraih redha Allah,
atau kemudahan mendapatkan ganjaran pahala,
takpun kemudahan memperoleh kejayaan di akhirat.
Who knows ?

Kemudahan itu Allah boleh hadirkan dalam pelbagai bentuk.
Apa jua bentuk yang Dia kehendaki.

Apaper yang positif maka itu dikira kemudahan ;)

Bahasa Arab sangat indah, kan ?
Ini pun, baru 2 kalimah, apatah lagi 30 juzuk Al-Quran ?

Allah.
Allah.
Allah.

Alhamdulillah :)



Apr 27, 2013

Choose or lose ?

In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful .

Assalamualaikum :)

Late update , indeed .
Apa khabar ya ? Khabar iman di dalam dada ?
Masihkah mekar berbunga ?
*check*

Sebab manusia punya iman yang turun naik , 
dengan hati yang berbolak balik .

Words from my father yang selalu bergema di gegendang telinga ;
"...dalam segala benda yang kita lakukan, nilai balik dengan pandangan akhirat... "

Musim-musim yang genting macam ni kan , musim ***  *tut.tut.pleasetrylater*
 kadang2 manusia hilang pertimbangan .
Terlalu cepat menghukum itu ini , terlalu mementingkan kepentingan diri sendiri .
Seolah-olah matlamat menghalalkan semua cara .

*dulu*
" Grey ? Tolong la , tak ada warna lain dah ke ? Macam mana boleh pilih warna ni ? 
Tak cantik la , tak menarik la , tak ada aura la , blablabla ... "

*sekarang*
[" Eh , grey lah . Mesti mizah suka ni .."]
" Wah ! Grey gitu , asal tak suka grey ? Cantik apa ..."

Konklusi : people change

Kita sedar atau tak , manusia akan berubah dan boleh berubah .
sama ada semakin baik atau semakin teruk .
Semakin ego atau semakin menunduk .
Kita yang memilih .

Tarbiyah lah diri , 
bukan hanya dengan diri sendiri , 
tapi dengan iman dan ilmu .

Ilmu tu luas dan terlalu subjektif . 


I heard once ,  barrier untuk kejayaan dan kebhagiaan sebenarnya adalah diri kita sendiri .
Sejauh mana kebenarannya , Allahu'alam .
*tapi logik akal macam dah betul*

Let see dalam konteks sebagai seorang pelajar sekolah menengah .
Banyak benda yang dah jadi inversely proportional 
dalam kehidupan kita sekarang ni .


kalau remaja sibuk ponteng kelas untuk berseronok , 
remaja high class akan gigih menambah ilmu , mendampingi guru .

kalau remaja sibuk dengan gejala sosial , hedonisme , etcetc ..
remaja high class akan sibuk mencorak ukhuwah , menyebarkan fikrah .

kalau remaja sibuk ber'couple' , 
remaja high class sibuk berjemaah , mempraktikkan sunnah .

kalau remaja hanya fikir untuk kesenangan sekarang , 
remaja high class akan fikirkan maslahat ummah di masa hadapan .

Sebab kita pelajar agama dan belajar agama 
seharusnya mempraktikkan agama .
Sebab kita penghafaz al-Quran , belajar al-Quran
 seharusnya mempraktikkan al-Quran .

Jangan sekadar tunding jari , 
tapi bertindaklah dari saat ini , 
bertindak merancang strategi di kemudian hari .

Act ! You dont need to be invited !

Kalau nak berpolitik , bukan sekarang , bukan di sekolah
 dan bukan untuk menjatuhkan orang .
Nak berpolitik memerlukan ilmu agama yang tiptop punya .
Bukan main bagi hujah aci redah je . Tambah2 budak sekolah memengah yang masih tak cukup umur . *macamsaya*
Sebab politik tu sebahagian daripada agama Islam tu sendiri .

Hari ini , kita  sibuk mengkritik parti itu parti ini , orang itu orang ini ,
sedangkan kita hanya orang luar yang berada di luar garisan .
Orang bertempik , kita ikut bertempik .

Bila dah terlalu taksub pada seseorang ,
 salah yang terbentang trang tang tang depan mata pun buat tak endah ,
 hak ni yang payah .
Tapi bila dah terlalu provoke seseorang , 
habis semua benda yang dia buat tu kita kata salah , hak ni pun payah jugak aih .
C'mon la , manusia tak sempurna . Memang akan buat salah jugak .

Its better to live a life and make a preparation to upgrade this country in the future .
Thats awesome . 'Alaykum biljamaah .
                                                                                                                                                   
Bukan nak tunjuk pandai , bukan semata-mata nak menilai , 
tapi sekadar mengekspresikan luahan hati yang terbengkalai .

Ja' mata . 

wassalam .

Feb 22, 2013

Your hijab . Your dignity :)


I'm on the net . Reminiscing . Inspiring myself .

Bismillah . 
Peace be upon you :)

So , lately there's so much fashion of tudung , you just say it shawl, tudung bawal,
 tudung awning, tudung syria, pashmina etc etc , 
and tutorial pun can be easily viewed kat youtube tu ha .

I found so many people keep asking those and that bout covering the aurat .

" Kat skolah je pakai tudung labuh, alih2 tudung syria jugak ..."

"Budak skola agama mana boleh pakai pashmina ..."

" Eh, dia ni kat skola pakai tudung labuh, kat luar boleh pulak pakai shawl belit belit ... "

Eh ?
Adakah Islam agama yang ekstrim ?
Come on guys , Islam tu fleksibel ok .



In Islam , there's no ayat in the Quran stated that tudung labuh is the best, tudung syria is the best, or pashmina is the best . Tade pun kan ?
It depends on you girls !
if pashmina comfort you, so wear it, if syria does, then syria will be the one,
if you think youre happy with shawl, lilit lah nak lilit 44 pun, 
nak pakai tuala pun tak jadi masalah
it doesn't matter as long as it follows the syariat .

Fitrah manusia untuk menyenangi keindahan. Islam menghormati fitrah tersebut. 
Jadi berfesyenlah sepuas-puasnya selagi tidak melampaui batas syarak.

But the problem is, bila pakai pashmina, belit punya belit sampai exceed limit;
means singkat -.-"
no matter how many belitan or lilitan you make,
dont forget to cover your chest part, that's the guideline .

Fakta kes kedua, your hijab must not from transparent (lutsinar) or translucent (lut cahaya) nearly jarang jugak .
The hijab must be legap (tidak membenarkan cahaya menembusi langsung) ,
tak jarang ok .

And the third is 'longgar' .
There's a different between covering and wrapping .
Pakai tudung tapi pakai baju t-shirt fit dengan jeans saiz S tak jadi jugak .

Im grateful enough to see many of us started to wear their tudung .
Tapi yang pakai tudung tu jugak lah ada yang tengah duk dating ngan pakwe tepi pantai ,
karaoke sampai tengah malam tak ingat nak balik rumah .
Ada je yang bertudung litup tapi bila kat rumah, 
nak pi jemur kain kat luaq pun free hair buat macam rumah dia tengah hutan .
Eh ? Nak jemur kain kat rumah sendiri je pun kena pakai tudung segala bagai ?
Tak payah pakai lah kalau setakat jemur kain dalam rumah ,
 dah kalau jemur kain belakang rumah dengan jiran kanan kiri tu , kena alert la kan .
Bukan kena pakai tudung pin sana pin sini pun , 
as long as aurat terjaga pun dah cukup apa .

Berhijab not only pakai tudung semata-mata .
Kena selari dengan banyak benda , modesty yang merangkumi semua .
The way you laugh , the way you talk , the way you eat , 
semua tu dipakejkan skali . Take note :)

As for that , you have to renew your intention all over again .
Always remind yourself 'I wear hijab because of Allah' , not because people say i am prettier with hijab or because everyone is wearing hijab so that i wanna wear a hijab too .
Just, I wear hijab because of Allah, that's it .

If youre sincere in covering your aurah , it'll never burden you , yet you'll feel happy and safe with your hijab  because you know Allah loves you and He cares for you .

In a nutshell , tak salah untuk budak skolah agama ke skolah pondok ke skola harian biasa ke untuk berpashmina atau up to date segala bagai asalkan syariat Allah tak diketepikan .

Sebab itu dalam Islam adanya konsep "Murunah"
Murunah ialah anjal atau fleksibel iaitu boleh berubah mengikut kesesuaian, 
namun masih tetap kepada prinsip asasnya. Murunah merupakan satu kelonggaran dan kemudahan yang diberi kepada semua muslimin muslimat tetapi tetap pada thabatnya,
 iaitu menutup aurat, tidak berlebih-lebihan (tabarruj) dan menepati syariat.

Lebih baik memilih pilihan yang sedikit kemudharatannya

footnote : tudung biasa dan tudung labuh , both saya pernah rasa .
Rasa yang berbeza . Kedamaian yang berbeza .


May 31, 2012

Islam Kontemporari

Bismillah . 
Salamullahi 'alaikum .

Alhamdulillah . Another post from me . 
Talking bout 'Islam Kontemporari' isnt a weird thing for Muslims . 
(ayat intro untuk buat essay kalo tade modal sangat ^_^)

Secara sepintas lalu , mungkin saya bukanlah individu yang tepat
 untuk mendiskusikan isu ni,
 memandangkan saya sendiri pun belum totally faqih but inshaAllah ,
 dengan ilmu yang sedikit itulah akan saya manfaatkan untuk entri ini .
Takrifnya , kontemporari bermaksud semasa/terkini etc etc
 yang seangkatan dengannya , it may be accepted .
Bukan sekadar kontemporari dikaitkan dengan Islam semata-mata , 
we still have ulama' kontemporari , dakwah kontemporari , 
nasyid kontemporari bahkan fesyen kontemporari . 

Islam kontemporari adalah Islam di pertengahan .
 Adil dan tidak terlalu longgar berteraskan hukum syarak . 
Ia berlangsung di atas kerangka al-qadim as-solih wa al-jadid al-nafi' 
(yang lama ada kesesuaian dan yang baru bermanfaat)

Sejauh mana umat Islam memerlukan Islam Kontemporari ?
Islam is a way of life , a complete way . 
Islam adalah agama praktikal dan bukan teori semata-mata . 
Hukum hakam dalam Islam tidak berubah tetapi dipermudahkan
 dengan adanya fatwa2 yang  selari mengikut rentak peredaran zaman .
Keperluan fiqh semasa untuk menangani isu-isu semasa umat Islam .
Menurut pandangan salah seorang ulama' mu'assirin , Sheikh Yusuf al-Qardhawi ,
"pemahaman semula terhadap fiqh ini adalah penting kerana keadaan sosial , 
ekonomi dan politik umat Islam pada hari ini 
adalah jauh berbeza dengan zaman awal perkembangan Islam ."
You may click here

Pentingnya fatwa kerana ia membawa kepada kemudahan dalam mengamalkan ajaran Islam
agama yang mudah tetapi bukan untuk dipermudahkan .
Agama juga tidak melarang umat Islam yang berbangsa Melayu untuk mengamalkan adat resam selagi tidak bertentangan dengan syariat yang digariskan . 
Salah satu contoh yang boleh kita lihat ialah realiti masa kini gadis melayu majoritinya disarungkan cincin menandakan mereka telah bertunang (khitbah) 
dan ini merupakan adat yang diamalkan oleh bangsa melayu 
sedangkan tidak ada pandangan dalam Islam yang menyatakan sedemikian . 
Tidak sunat dan tidak wajib . 
Kita berhukum dengan fatwa dan mengamalkannya dengan taqwa .

Kebanyakan orientalis menganggap bahawa hijab bagi wanita cuma tradisi masyarakat Arab tidak kira untuk apa jua agama termasuk Kristian dan Yahudi .
 Itu kefahaman Barat bukan kefahaman Islam .
Kewajipan bagi seorang Muslimah itu adalah utk menutup auratnya dengan sempurna . 
Aurat adalah bahagian tubuh badan yang wajib ditutup/dilindungi drpd pandangan ajnabi .

"Hendaklah mereka melabuhkan kain kerudung mereka ke dadanya..."
more information, Ustaz Don sedia berkongsi ;  click here

Tu salah satu drpd perlunya kewujudan Islam kontemporari dalam masyarakat hari ini .
Still banyak lg perkara yang boleh diutarakan tp ofcoz panjang lebar pulak jadinya sampai minggu depan pun x abis saya taip . 

Ini adalah sebahagian drpd perkongsian saya , seorang hamba yang masih ketandusan ilmu .
Jika ada di atas terdapat sebarang kesilapan , 
x kiralah syntax error ke parallex error ke math error ke random error ke
 or whatever it is , mohon pembetulan . 

Allahu 'alam .

Dec 7, 2011

Uzlah


"Mizah , tau x apa maksud uzlah ?"

"Uzlah ? Rase macam pernah dengar perkataan tu, tapi ... x ingat lah.""

Salam 'alaik.

Lain skit intro post kali ni. Start ngan dialog . Cewah !
Teringat kat dialog tu, about a month ago ? Im not sure bout that .
Anisah yang tanya saya. And masa tu saya hanya layan biasa2 je pertanyaan dia tu.

Dan sekarang , setelah hampir sebulan peristiwa itu berlaku ,
ia kembali menerjah di minda saya secara automatik
apabila saya membelek novel VT~Hilal Asyraf sebentar tadi.


UZLAH perkataan Arab yang bermaksud memencilkan atau mengasingkan diri
dari orang ramai.

Uzlah terbahagi kepada dua, uzlah faridah dan uzlah fadilah.
Uzlah faridah bermaksud menghindar diri dari segala keburukan dan golongan buruk
yang lain.
Adapun uzlah fadilah adalah yang dilakukan untuk menghindari dari segala unsur berlebih-lebihan dan hal2 yang seangkatan dengannya.

Uzlah juga bermaksud menghindar dari segala hawa nafsu dan segala yang cenderung dapat mengarah pada hawa nafsu tersebut sehinggan sibuk untuk berpaling dari-Nya.

Saya sangat terkesan dengan mufradat baru saya.
Bukanlah mengasingkan diri dengan tujuan untuk lari dari masalah semata-mata,
tetapi untuk mengekang hawa nafsu seorang hamba .

Jika uzlah disertai dengan muhasabah, mujahadah dan muraqabah,
sudah tentu ia akan membantu untuk menghadirkan mutiara2 tasawuf dalam hati kita. InsyaAllah.

Sama2 lah kita beramal.
Jom refresh iman !

Nov 5, 2011

Erti Sebuah Pengorbanan

Salamun 'alaik.
Alhamdulillah, sekali lagi umat Islam seluruh dunia berhari raya Aidiladha atau dikenali dengan Hari Raya Haji atau Hari Raya Qurban bagi masyarakat Malaysia sangat sinonim dengan kisah Nabi Ibrahim yang diperintahkan Allah untuk mengorbankan anaknya Ismail sebagai bukti ketaatan.
Semua maklum, susur galur kisah sirah yang hebat ini tanpa perlu saya huraikan panjang lebar. Tidak dapat dinafikan, hanya dengan keimanan yang tertinggi, mampu membawa kepada pengorbanan yang agung ini. Selain Nabi Ibrahim sebagai seorang ayah, Nabi Ismail
sebagai seorang anak, pastinya seorang lagi watak utama yang yang sangat saya hormati ialah Siti Hajar; Ibu kepada Nabi Ismail, Isteri kepada Nabi Ibrahim.
Realitinya, tidak akan berlaku pengorbanan agung ini tanpa seorang wanita seteguh Siti Hajar. Beliau telah terlebih dahulu melakukan pengorbanan untuk memungkinkan berlakunya peritiwa besar yang terus menjadi simbol ketaatan seorang hamba kepada Penciptanya yang kisah mereka diabadikan hingga ke hari ini.
Sejurus kelahiran Nabi Ismail, turunlah perintah Allah agar Nabi Ibrahim membawa Siti Hajar ke tanah Hijjaz. Ditinggalkan sehelai sepinggang bersama seorang anak yang masih bayi di tanah gurun yang tandus lagi tidak berpenghuni, Siti Hajar reda dengan ketentuan Allah, yakin akan hikmah yang tersembunyi yang dijanjikan-Nya.
Adakah mudah membesarkan anak sebagai seorang ibu tunggal, dalam masa yang sama berjaya memadamkan kebencian seorang anak kepada ayah kerana meninggalkan mereka tanpa perlindungan selain perlindungan Allah?
Adakah mudah membuang perasaan sedih dan kecewa apabila berlaku sesuatu di luar keinginan kita, dan reda sepenuhnya dengan ketentuan Allah serta meletakkan pergntungan hanya kepada Allah?
Berkorban.
Satu manifestasi keimanan yang sangat tinggi kedudukannya dalam diri seorang mukmin. Hakikatnya, setiap insan akan melakukan pengorbanan. Persoalannya adakah pengorbanan itu adalah bukti keimanan atau pengorbanan yang menjurus kepada kemungkaran dan maksiat kepada Allah Ta'ala?
Masakan demi mengejar syurga Allah yang mulia itu kita hanhya mengharapkan amal kerdil yang tidak menuntut sebarang pengorbanan? Mengapa begitu sukar berkorban untuk kebaikan?
Fakta. Lagi sudah nak ajak orang mengahdiri majlis ilmu dan program2 ilmiah berbanding nak ajak diorang makan2 or jalan2 cuci mata. Sedangkan makan2 or jalan2 juga menuntut kita mengeluarkan modal. Jadi kenapa?
Kerana untuk melangkah setapak menuju kebaikan, adanya tarikan nafsu, bisikan syaitan dan kecenderungan peribadi yang perlu dilepaskan. Sedangkan, banyak ajakan-ajakan di luar sana yang selari dengan keinginan kita, lantas pengorbanan material bukanlah penghalang. Ternyata, mengorbankan al hawa’ adalah pertarungan yang jauh lebih sukar.
Belenggu utama umat islam hari ini adalah masalah dalam meletakkan prioriti amal. Bukanlah salah untuk meraikan diri sendiri dengan melakukan apa yang kita suka. Namun, mengapa begitu sukar memberikan masa, tenaga, wang dan mengorbankan kecenderungan peribadi demi melakukan sesuatu yang kita yakini manfaatnya lebih besar untuk kehidupan akhirat, yang jauh lebih kekal. Semoga Hari Raya Qurban pada kali ini bukan sekadar menjadi satu titik dalam kalendar umat Islam, malah hakikat pengorbanan itu benar-benar kita hayati dan tegakkan di dalam diri.
Korbankanlah nafsumu kerana di situlah terletaknya kemanisan iman.
Belajarlah berfikir untuk umat kerana itulah bukti keimanan.
Tinggalkanlah segala keraguan dalam memilih kebaikan.
Your life. Your choice.
Salam Aidiladha 1432H.

Jun 6, 2011

Bila ILMU Merosakkan...

Salam 'alaik.....
kembali lagi buat kesekian kalinya mewarna warnikan suasana...(happy semacam je..)
bila tiba cuti skola secara tidak langsung post di blog ini akan turut bertambah dengan cepat..
hmm.. exactly!

saya teringat peristiwa yang terjadi antara saya, fatin, ummi n dibah time tengah tengok satu cerekarama yang disiarkan melalui saluran tv ......tut......
mase tuh crite nye tenga konflik si isteri merajuk sebab suami dia balik umah lewat sedangkan dia sudah berjanji utk balik awal ke rumah memandangkan si isteri telah mengadakan satu suprise birthday party untuk si suami..

si isteri ni marah la kt suami dia tu sampai x bagi masuk bilik....ish9...
suami dia tu pun satu hal.. boleh dia buat blurr je..
explain la kenapa balik lambat...traffic jam ke langgar kambing ke tayar pancit ke... and...

"aku da tau dah! lepas ni mesti si suami tu pergi cari minah lain punye!"
ekoran saya da meluat tengok scene tu dan secara automatiknya terkeluar la kritikan itu...

"alaa..biaselah mizah..drama melayu memang camtu.. clishe"
sampuk dibah..

"hehe..mentang2 da pandai guna perkataan clishe ni..smua pun clishe..."

"memang doh..bila dah tau mestilah kena guna..."
ummi pulak yang tolong jawabkan.. defend2!!
*Clishe bermaksud kata-kata atau frasa yang telah pudar, kurang segar dan kurang asli kerana terlalu sering digunakan atau selalu diulang-ulang sehinggakan pembaca merasakan seuatu yang baharu atau indah. Ia juga bersifat stereotaip. Tidak dapat memberi sumbangan besar dalam sesuatu karya.*

OK. Memang betul.
Tapi kan.. bila saya fikir balik, x jugak..
itu bukanlah konsep yang sebenar apabila mengetahui/mempelajari sesuatu yang baru.
Semuanya depends on apa yang dipelajari tu jugak.


Satu analogi yang boleh kita jadikan sebagai experiment dalam kes ni adalah apabila seorang kanak-kanak mempelajari satu perkataan yang kurang enak didengar..
Adakah kanak-kanak itu hanya mempelajarinya dan hanya menyimpan di dalam hati semata-mata?
I don't think so!
Memang akan kedengaran jugak perkataan itu keluar dari mulutnya.
Jadi, jangan ajar yang tidak sepatutnya diajar kepada mereka...!

Begitu juga dengan kita..
Tak kiralah kita dalam golongan mana sekali pun.. remaja/belia/dewasa bahkan tidak ketinggalan warga emas turut mengalami situasi yang sama dengan golongan kanak-kanak tadi..
Dah makin lama hidup ni, makin banyak jugak la makan garam..
Betul la kata pepatah, 'kerana mulut badan binasa'.
Contoh :
Orang... Dulu, time x pernah dengar lagi perkataan assabiah,
ada sibuk nak menyentap orang itu ini assabiah...???

Malangnya, bila perkataan assabiah sudah dipelajari, senang sekali terlucut,

"aku tengok diorang tu assabiah betul la...!"
"mamat tu memang assabiah pun.."
"orang itu assabiah! orang ini assabiah!"

Bukan sekadar satu perkataan, malah masih banyak lagi yang turut menjadi seperti kes di atas.
Nilah yang jadi satu masalah untuk masyarakat sekarang ni.
Sepatutnya, kita sebagai khalifah di bumi Allah ni gunakan akal yang dianugerahkan tu untuk fikir dulu baik ke buruk ke.. biar apa yang kita buat ada faedah dan jadi saham untuk kita kerana
dalam setiap AMAL itu ada janji Allah...

Kalau belajar sesuatu tu boleh menambah dosa, apa gunanya?
Sentiasalah ingatkan diri kita untuk memanfaatkan ilmu yang kita peroleh dengan sebaik mungkin.
Ilmu tu untuk digunakan dalam kehidupan kita jugak
bukan untuk hukum orang sesuka hati kita..

Hopefully post ni dapat memberikan manfaat buat kita semua ke arah mewujudkan sebuah masyarakat yang celik mindanya, mulia akhlaknya ke arah merealisasikan gagasan
'Satu Malaysia Satu Ummah'...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Transparent Teal Star