Showing posts with label Refleksi Diri. Show all posts
Showing posts with label Refleksi Diri. Show all posts

Oct 21, 2018

Mengemis di Langit, Bermanis di Bumi

BismiLlah.


Oktober sudah menjengah angka 20. Bulan di langit semalam hampir separuh menginjak pertengahan Safar. Sepurnama-dua semenjak menyelak lembaran tahun baru hijrah ini terlalu banyak khabar kematian yang berlegar-legar - Anak kepada senior, baru 3 hari lahir ke dunia sudah dipanggil pulang bertemu Pencipta, anak syurga - Abang kepada classmate sekolah rendah - Kawan kepada kawan sebaya - 6 anggota bomba wira negara - Figura-figura tanah air yang masyhur sekali nama-nama mereka sejak zaman persekolahan - Juga, Tan Sri Hasan Azahari, tokoh yang terlalu banyak sumbangan dalam bidang Al-Quran pada negara - Paling mutakhir, korban keretapi ONCF yang tergelincir di road Rabat-Kenitra, memang tidak kenal, tapi jiwa terasa dekat pula mungkin kerana berpetualang menggunakan perkhidmatan ONCF sudah menjadi rutin diri sepanjang di Morocco dulu - Lagi insiden meragut nyawa apabila berlakunya kes langgar lari di Cyberjaya.
Lahum Al-Fatihah.
Semoga ditempatkan mereka bersama golongan orang-orang yang beriman.

"أَعْمَارُ أُمَّتِي مَا بَيْنَ السِّتِّينَ إِلَى السَّبْعِينَ..."
"Umur-umur umatku antara 60 - 70 (tahun).."

Nampak macam jauh lagi, tapi hakikatnya tidak.

إِنَّهُمْ يَرَوْنَهُ بَعِيدًا (6) وَنَرَاهُ قَرِيبًا (7)
Dari fasa belajar - bekerja - berkeluarga -bersara (?) 
Bukanlah semua dari kita akan mengikut kronologi kehidupan ini secara tepat. Ada yang berkeluarga sebelum bekerja, ada yang bekerja kemudian belajar semula. Rezeki masing-masing terlalu istimewa dan rahsia untuk dibanding bezakan.

Dan ajal di mana?
Boleh jadi di mana-mana fasa, di setiap sela satunya.
Entahkan berjodoh dengan tanah dahulu sebelum bertemu jodoh dengan manusia, siapa tahu penamat kita?

Berkasut atau berselipar, belajar dalam negeri atau luar negara, kerja kerajaan mahupun swasta, berstatus bujang atau berkahwin, betul lah, apa nak hairan, kita sama sahaja di sisi Tuhan, yang membezakan hanya amalan.



'Manis' sebelum pahitnya, [Granada - 15012017]


"خير الناس من طال عمره وحسُن أمله...." 
“Sebaik-baik manusia adalah yang panjang umurnya dan baik amalannya..." [HR Ahmad, Tirmidzi]
Orang yang banyak kebaikannya, setiap kali dipanjangkan umurnya maka akan banyak pahalanya dan dilipatgandakan darjatnya. Maka bertambahnya umur akan bertambah pula pahala dan amalannya
Semoga Allah berkati usia ini. 


Kesibukan meralitkan kita dari lompong-lompong fikiran yang menerawang. Cuma, apa yang dibimbangkan apabila dibelenggu kesibukan-kesibukan dunia, akan membuatkan kita semakin jauh dari memikirkan akhirat. Tidak terasa ajal mengintai, bahkan semakin hari semakin dekat pula.
Andai semakin lama dipinjamkan dunia dan kehidupan membuatkan semakin lemas dengan dosa, terasa takut benar untuk terus lama di sini melangkah ke fasa-fasa hidup seterusnya. Akan lebih baikkah diri nanti sebagai hamba-Nya?

" اللهم لا تجعل الدنيا أكبر همِّنا "

"... jadi, maksudmu ingin segera 'pulang'?"
Bagaimana mampu aku hajatkan untuk segera bertemu-Nya sedang amalan masih lompong, cacat cela merata berteraburan.
Kenalkah baginda Rasulullah saw padaku nanti sebagai umat baginda? 
Dikatakan ahlul quran itu mampu menarik 10 ahli keluarganya untuk ke syurga, sedang belum tentu aku benar-benar tergolong salah seorang dari ahlul quran itu.


" اللهم اجعل القران حجة لنا لا علينا "

Cerita tentang Abu Hurairah dan ArRajal mengetuk jiwa.

Ada suatu ketika, Abu Hurairah duduk bersama Nabi SAW, turut serta ArRajal dan sekelompok orang dalam satu majlis, ketika itu Nabi SAW bersabda di antara mereka ada yang gigi gerahamnya di neraka, yang saiznya lebih besar jika dibanding dengan Bukit Uhud.
Kemudian, seorang demi seorang yang pernah berada dalam majlis itu dikhabarkan telah meninggal, tinggal lah Abu Hurairah dan ArRajal. Terlalu khuatir Abu Hurairah memikirkan sabda Nabi tersebut, bimbang andai dialah orang yang dimaksudkan Nabi SAW.
Hingga akhirnya, ArRajal munafiq menyertai Musailamah Al-Kazzab, bahkan fitnah ArRajal itu lebih besar dari Musailamah sendiri.
Betapa lega Abu Hurairah, tahulah dia bahawasanya yang dimaksudkan baginda SAW ialah ArRajal.

Bagaimana pula perasaan kita apabila dikhabarkan tentang potongan hadis yang ini?


 إِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا وَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا

".....Sesungguhnya ada salah seorang dari kalian beramal dengan amalan ahli surga sehingga jarak antara dirinya dengan surga hanya tinggal satu hasta, tapi catatan (takdir) mendahuluinya lalu ia beramal dengan amalan ahli neraka lantas ia memasukinya,
Dan sesungguhnya ada salah seorang dari kalian beramal dengan amalan ahli neraka sehingga jarak antara diri-nya dengan neraka hanya tinggal satu hasta, tapi catatan (takdir) mendahuluinya lalu ia beramal dengan amalan ahli surga lantas ia memasukinya." --HR Bukhari & Muslim: Muttafaq 3layh



Kalau perlu menangis, menangislah.
Antara menangis kerana kesedihan, kekecewaan, kegelisahan memikirkan dunia semata itu ada bezanya dengan menangis kerena kegelisahan memikirkan alam sana. Lebih tepat lagi, fikiran yang menghubungkan tindak tanduk di dunia dengan kehidupan yang abadi selepasnya. Yang kedua itu akan lebih melapangkan, bukan menyesakkan dada, bahkan tidak akan bengkak mata.
Usainya indah dirasa. Cubalah, ia nikmat yang tak semua orang mampu rasakan. Hanya orang yang benar-benar 'mencari' akan menemukan.
Mendekat dan mengemis pada Allah dengan istighfar. Apa sahaja yang terbuku di hati, luahkan dalam rintih doa, Allah Maha Mendengar. Jadikan Allah tempat luahan utama. Bukan cuma di saat sendu, bahkan tatkala bahagia juga harus begitu.


"...tapi bahkan kau menulis? Kau meluahkannya dengan tulisan!"

Benar, aku menulis.
Antara sekian banyak hal, ada yang aku senang menuliskannya. Menulisnya membuat aku lega, justeru aku menulis sesuatu tidak lain hanya buatku sendiri, untuk aku yang silam, aku yang sekarang, juga aku pada masa hadapan. Kadang, aku menulis hal-hal yang tidak mampu aku ceritakan, menulis perasaan orang juga iya, ada kalanya cuba berlindung di sebalik watak-watak yang dicipta. Dan ada tulisan-tulisan yang aku tukangi bertitik tolak dari sekecil-kecil kejadian; seperti menulis entri 'Tetamu' rentetan aku telah lulus semester akhir dengan baik, terutama tesis yang bagiku ia satu keajaiban. Atau menukang entri 'Dingin' disebabkan seseorang yang aku ditugaskan satu unit dengannya untuk sebuah program  berdiam diri tidak mengendahkan skop kerja. Atau menulis 'Hilang' selepas kali ketiga kehilangan barang dalam tempoh sebulan. Atau, ah cukuplah sekadar itu.
Tentulah interpretasinya mungkin berbeza dari sudut si pembaca. Tapi untuk menghukumi yang membaca, itu bukan tugas aku selayaknya. Barangkali ia berpunca dari khilafku juga dalam menyusun aksara.


"...tulis biasa-biasa saja, tulis macam robot, tanpa unsur perasaan, mudah kan begitu? Biar tiada yang tersalah sangka, dan terluka.."

Ah ha, untuk artikel dan berita, ya begitu yang seharusnya. Tapi untuk puisi dan penceritaan, khabarkanlah padaku bagaimana bisa? 
Dan kebanyakan waktu, blogger cenderung menulis dengan perasaan. Mungkin di situlah lemahnya yang menulis ini.



Ku kuburkan pahitnya di pertembungan dua benua.
Manis ini yang lebih ingin ku kenang selamanya. [Martil - 18012017]


'Mata pasak ke bumi, hati biar ke langit'.
Menukil yang ini sebagai rumusan kalam seseorang.
Antara cita-cita terbesar seorang mukmin itu adalah untuk menggapai redha Allah, dipeluk dalam rahmatnya, dinaungi maghfirah-Nya.
Semoga dikenal oleh habeebuna Rasulullah sebagai umat yang mengikuti baginda, dikasih penduduk langit, disayang penduduk bumi.


"Mengemis di langit, bermanis di bumi".
Demikianlah yang dinukil Ustaz Salim A. Fillah dalam salah satu rakaman video beliau dengan sangat tertib penuh seninya. Bahagian pertama dalam frasa; 'mengemis di langit' sudah ku punggah, dan untuk yang keduanya, tidak terjangkau di minda sampai begitu sekali yang dimaksudkan. Bermanislah di bumi kerana kesemua masalah dan keluh kesah sudah kita luahkan pada-Nya. Bermanislah, memberi dengan tatacara paling indah.

Hidup bercurahkan kasih manusia ini indah sekali rasanya, kerana fitrah manusia itu sendiri ingin dikasih, disayang. Bukti kasih Allah yang melimpah buat hamba-hamba-Nya.
Tidak mampu kita bandingkan kasih manusia dan kasihnya Allah Tuhan Yang Maha Mencipta. Menagih kasih manusia, tapi akhirnya nanti kita kan sendirian juga di sana.
Cuma persoalannya, sendirian yang bagaimana?
Barangkali dengan berkasih sesama manusia ini menjadikan lebih kuat hubungan kita dengan-Nya. Mudah-mudahan begitulah.



لو كان حبَّك صادقا لأطَعتَهُ         إن المحِبَّ لمن يحبُّ مطيع
Jika kecintaanmu benar/tulus, kau akan taat padanya(yang dicinta).
Sesungguhnya sang pencinta itu menjadi seorang yang taat pada yang dicinta.

حب الله = فقد أطاع الله
حبّ المخلوق < حبّ الله = أطاع الله > إطاعة المخلوق
  

Baru semalam cuba menghadam ulasan tadabbur Ustaz Syaari yang ini, berdasarkan ayat 25 surah Al-Waqi'ah;




"Manusia yang suka bercakap atau melakukan perbuatan yang tiada faedah, sebenarnya mereka sedang membunuh nikmat masa yang dianugerahkan Allah. Di Syurga, setiap saat sangat berharga. Setiap detik ada sahaja yang mengejutkan dan menyeronokkan. Untuk menikmati setiap minit di Syurga, “lagha” dimatikan semati-matinya. Maka belajarlah meninggalkan lagha di dunia agar kita sampai ke dunia yang lagha dimatikan sepenuhnya."

Kadang rasa tersangat memerlukan seseorang untuk menampar diri berkali-kali, biar lekas sedar dari khayal dan mimpi. Mujahadah sendirian ini getir juga. Hisab sahaja diri sendiri, tewas dalam hal ini sudah tidak terhitung, berkali-kali, lagi dan lagi. Bukankah seharusnya mukmin itu tidak jatuh ke lubang yang sama untuk kedua kali?

Kadang-kadang yang lain, aku minta pada Allah supaya dibukakan jalan agar aku juga tergolong dalam golongan manusia yang sentiasa 'bermanis di bumi', didekatkan aku dengan insan-insan yang berkecenderungan menjadi lubuk saham pahala agar dengan itu aku mampu menjadi sosok 'yadul 'ulya' lebih dari 'yadus sufla'. Memberi bukan sekadar dari aspek material dan fizikal, bahkan merangkumi keperluan insaniah; lahiriah dan batiniahnya selari, sepertimana yang aku perlukan dari insan-insan di sekeliling.

Kadang-kadang yang lain pula, aku juga minta pada Allah agar jauhkan aku dari berkomunikasi, berurusan dengan insan-insan yang (mungkin) tidak mampu aku santuni dengan luhur, tambah lagi ketikamana aku buntu untuk bertoleransi dengan makhluk-Nya yang licik; waktu. Biarlah menghindar, kerana aku bukanlah seorang manusia yang handal merawat. Padaku lebih baik begitu, gusar aku akan konsekuensinya, bimbang tadbir insani tidak mampu aku kawal selia.

Kadang-kadang demi kadang-kadang, terlalu banyak lagi yang diminta, diulang-ulang. Sudah fitrahnya manusia, hanya mampu meminta apa yang baik menurut diri semata, tiada pernah tahu hikmah yang terselindung di sebaliknya.


"التدريج مهم في الحياة..." - الدكتور عدلي (18102018)
Usahakan sesuatu, ada peringkat-peringkatnya yang tertentu. Dalam semua perkara ada 'ansur-ansur'nya. Tidak harus mendadak meningkat, nikmati turun-naiknya dengan harmoni, asalkan tidak dibiar menjunam dan tenggelam.

Sedar tidak sedar, sudah separuh semester pertama aku tempuh, cepat benar tidak terkejarkan, terasa baru sahaja bermula. Namun larianku tidak sepantas masa, ada waktu aku tercungap-cungap, menoleh kiri dan kanan mencari teman yang ingin sejalan. Dan untuk kali ini aku ingatkan diri, bahawa aku tidak berlumba dengan sesiapa, aku cuma berhajat sampai ke garisan penamatnya dengan selamat dan tenang, dengan ibrah dan pemerhatian, dengan berkah dan sebaik-baik amalan.

 "اللهم اختم لنا بحُسنِ الخاتِمَة واختِم لنا بالباقِيَاتِ الصَّالِحَات"


Sesiapa pun anda,
terima kasih atas kesabaran membaca dan berbaik sangka, moga Allah izin doa-doa kita terus basah mengiringi kehidupan selagi masih dipinjamkan nyawa.





Benar-benar satu kelaianan berada di sebalik perbukitan.
Kali pertama dengan pantai, aku berjauhan.
-dan yang sepatutnya buat kerja lain, pergi tulis benda lain -_-

Dialog-dialog hujung minggu sebelum cuti 'mid-sem'.
Oktober kali ini tanpa hujan lebat peralihan musim,
tanpa sweater, mazafil dan atai na3na3.
21102018
Gombak, MYS

Jun 1, 2015

Perbatasan Usia, Kita ada apa ?

In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful.
Assalamualaikum.


Skrol newsfeed FB lagi dan lagi.
Dan terjumpalah status akak febret versi jauh di mata dekat di hati.
Setelah dihadam lumat ibarat cili kering yang diblend untuk ditumis ke dalam kuali bersama-sama bawang dan  bahan tumis lain untuk dijadikan sambal, pedas baq hang! maka telah saya olahkan kembali dalam konsep penyampaian yang sedikit berlainan berdasarkan kefahaman yang masih sama.

Diketengahkan satu contoh, 
Lihat sahaja pada handphone yang ada pada kita sekarang *kalau tak ada tu bayangkan sahaja kriterianya* 
Tak kisahlah sama ada handphone tu sejenis smartphone seperti trend zaman sekarang atau iphone yang selfish bak kata kebanyakan orang, atau phone yang tak berapa nak smart sebab berhenti belajar dulu tak sempat nak grad.
sebarang apapun kelemahan yang ada padanya sekarang, tetap sahaja punya asbab yang konkrit di saat kita membelinya suatu ketika dahulu. Pasti ada kelebihan pada phone tu yang membuatkan kita tertarik nak pilih dan nak beli.
Setelah kita mengkaji dan memerhati, tentu sekali telah kita ketahui kelemahan yang ada padanya tetapi
disebabkan kelebihan yang ada padanya itu telah menutup lopak-lopak cacat cela lalu membuatkan kita memejam mata sahaja terhadap kelemahan yang ada padanya.

Kelebihan.

Demikianlah juga manusia.
Tiadalah manusia yang tidak mempunyai sisi lemahnya, 
tetapi kita masing-masing punya kelebihan yang tersendiri,
sama ada yang kita sendiri sedia maklum atau melibatkan individu lain sebagai pemerhati.

Persoalan yang timbul sekarang ;
dalam jutaan manusia, apa kelebihan kita untuk dipersembahkan pada Tuhan?

Supaya nanti saat di Padang Mahsyar,
Tuhan akan pilih kita menjadi hamba yang diredhai dan kita adalah termasuk ke dalam golongan yang dikurniakan syurgaNya.

Orang yang syahid, simbahan darah  berlumuran pada pakaiaanya itulah bukti.
Orang yang selalu puasa, nafsu yang ditahan untuk berlapar dahaga mampu bersaksi.
Orang yang banyak sedekah, kelebihannya pada infaq harta untuk agama.

Dan kita yang dipanggil Hammalatul Quran,
Yang paling dekat dengan kita tentulah alQuran.
Semoga juhud kita untuk mencintai dan menjaga alQuran menjadi kelebihan untuk Tuhan pandang kita.

"Carilah,
satu bidang yang kita boleh bersungguh
supaya itu menjadi kelebihan untuk kita hari sana nanti."
Au kamaa qola.

Nak pergi interview haruslah dibuat persediaan yang mantap, 
dibawa sekali resume yang memberi detail tentang sejauh mana pencapaian, sijil-sijil penyertaan segala mak nenek semua, penglibatan dalam kokurikulum, anugerah serta jawatan yang pernah disandang. 
Semua tu kita nyatakan, tentu sekali untuk menjadikannya kelebihan yang berpihak pada kita, yang menyatakan kita lebih layak . 

Begitulah perumpamaannya.
Kehebatan dan kelebihan yang nak kita tunjukkan pada manusia tu tidak akan kekal sebab ia bersifat sementara cuma.
Kita diberi kelebihan mampu mengingat sesuatu dengan cepat, tak mustahil cepat juga sesuatu tu hilang, semuanya dengan izin Allah,
sebab kita ni tak ada apa pun sebenarnya.
Allah Yang Maha Baik telah menetapkan rezeki pada hari sekian, waktu sekian, ingatan si Fulan menjadi kuat untuk mengingati hal yang sekian.

Apa yang kita nak bangga kan sangat sebenarnya ?


*Yaum Tsaqafi UH2M



Bersyukurlah sentiasa,
bukan hanya saat diberi nikmat semata-mata,
bahkan saat diuji dengan musibah juga.

Kita dipinjamkan nyawa yang sementara, menjalani hidup di perbatasan usia.
Sedar atau mamai, TAK banyak pun masa yang kita ada sebenarnya.
Sibukkan diri dengan perkara-perkara yang bermanfaat yang bernaung di daerah keredhaan Yang Esa.

Cari dan kumpul lah seberapa banyak pahala yang kita mampu walau jumlahnya tidak pernah kita tahu.
Ada syaratnya, bukan membuta tuli, agar amalan kita benar-benar berkualiti.
Telah dinyatakan garis panduan ;



" Dialah yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu,
 siapa di antara kamu yang paling baik amalnya. 
Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun."
[Al-Mulk ; 2]


Ahsan.
Bukan aktsar.

Kalau rasa belum mampu menyumbang sesuatu yang besar untuk ummah, 
untuk agama atau untuk negara,
mulakanlah dengan sesuatu di sekeliling kita, 
misalnya membuang sampah di tempat yang betul dalam masa yang sama membawa kita kepada kebersihan yang lebih terjaga dan hidup yang lebih sihat.
Membantu memudahkan urusan orang lain, kelak Allah akan membantu memudahkan urusan kita, kalau bukan sekarang mungkin sahaja pada masa akan datang yang tidak pernah terbayangkan.
Sebab Dia Maha Menghitung yang nyata mahupun sebaliknya.

Semoga Allah redha.

Dan benarlah, 
istiqamah merupakan perkara yang paling berat dan pada masa yang sama, 
perkara yang paling penting dalam beramal.

Fastaqim kama umirta !





May 28, 2015

Uuuuu untunglah, oberC ...

In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful.
Assalamualaikum.


Bila dengar je orang belajar luar negara a.k.a. oversea mesti manusia sejagat ni letak high expectation kan ? 
Sebijik sebijak macam Mat Lutfi punya video peh pehh tu
Tak payah nak geleng kepala *bukannya nampak pun!

Alah,
mana taknya, nak boleh dapat peluang study oversea tu bukannya semua orang boleh dapat. 
Mesti result SPM gempak lagi marbelles kan, thats why kau dapat offer berserta scholarship sekali pakej. Itu belum dikira lulus interview daripada sekian ramai pemohon. Ibarat satu dalam beribu. 


Typical.

Like always does.





Semua makruf bahawasanya tidaklah semua yang cemerlang gemilang terbilang resultnya dalam peperiksaan SPM yang diambil tu melanjutkan pelajaran ke luar negara, sama ada memang ia memang bukan pilihan mereka atau jelas mereka tidak tergolong dalam golongan yang terpilih. 
Begitulah sebaliknya.

Sebab, nak study oversea ni bukan sekadar jadi student yang setiap hari ulang-alik ke kuliah semata-mata, bahkan perlu ada kemahiran survival yang jitu fizikal mental. 
Kena ada 'skill' memasak, masakan sedap ke tak tu boleh jadi ranking seterusnya.
Kena bijak mengurus diri antara keperluan dan kehendak terutama dari segi berbelanja.
Kata orang hati kena kering, hm?

The most important thing is kebergantungan kita pada Tuhan.
Kebergantungan bahawa Dia sentiasa bersama kita saat matahari terik memancar atau bilamana gelap zulmat melitupi segala cahaya yang ada, 
tatkala riuh suasana hingar menyapa atau detik sunyi sendiri tiada ketahuan ke mana hendak disandarkan hati dan rasa,
juga pada plot riang ria gurau senda dengan senyuman yang rekahannya bak delima hatta saat tangisan merembes syahdu dari tubir mata.
Tidak. 
Tidak Dia tinggalkan kita walau sedetik cuma.

Dan kebergantungan terhadap Dia yang Maha Memelihara, meletakkan sepenuh keyakinan terhadap semua kecintaan dan kesayangan kita di bawah jagaan dan pemeliharaanNya Yang Maha Sempurna.


Adatlah, menuntut ilmu itu banyak dugaan dan cabarannya.
Sudahlah jasad terpisah jauh, 
jauh yang ribuan batu tiada terkira dari keluarga, sahabat handai, sanak saudara dan seangkatan dengannya,
bermastautin di tengah kota yang berbeza budaya dan bangsa apatah lagi bahasanya,
dan diuji pula dengan ujian yang bertimpa-timpa, apakah masih kau kira itu satu keberuntungan ?

Dan insan-insan yang berada pada situasinya ada yang akan menjawab YA.
Andai ujian yang hadir itu ditempuhinya dengan syukur dan sabar serta sentiasa berbaik sangka padaNya.

Dan ada pula di antara mereka yang diuji dengan pihak atasan.
Sudah pun berbulan-bulan lamanya mereka berkelana di perantauan,
mempelajari bahasa ceruk bumi kedua-dua kaki berpijak, 
tiba-tiba dikhabarkan mereka supaya kembali ke negara ibunda 
hanya kerana gagal mendapat tempat di institusi pengajian dek terma dan syarat yang baru digubal semula.

Ibarat dibinakan istana pasir yang gah dalam pertandingan temasya pantai, 
lalu sengaja dimusnahkan sekilas pandang sebelum sempat mampir sang juri yang membuat penilaian.
Mungkin sahaja jika pemusnahnya adalah ombak tidaklah sebegitu besarnya rasa hampa.


Begitulah realiti.
Tidaklah mampu kita menebak masa hadapan seperti apa ia,
terbatas kudrat sang hamba, usah dibanding dengan luasnya ilmu Yang Maha Mencipta.

Tapi,
kita masih bisa memanjat doa, memohon yang terbaik dariNya.
Sebab, rezeki itu adalah salah satu daripada 3 hal yang Tuhan sembunyikan ;

1. Ajal
2. Rezeki
3. Jodoh

Apabila seseorang yang istimewa ingin menghadiahi kita dengan sebuah hadiah yang terbungkus kemas lagi rapi, tidak ketahuan apakah isi kandungannya. 
Di luarnya tertulis nama kita dengan jelas sekali,
dan rupa-rupanya hadiah kita itu ditempatkan di sebuah kamar yang dipenuhi dengan pelbagai jenis dan bentuk hadiah-hadiah yang lainnya, yang tertera pelbagai jenis nama.

Apakah kita masih ingin mengambil hadiah yang bentuknya atau warnanya itu berkenan di mata,
walaupun di luarnya telah jelas bukanlah nama kita ?

Tentu sekali tidak sama nilainya.

Demikian jugalah 3 hal yang disembunyikan Tuhan.



Moga yang terbaik menjadi milik kita :)
28052015

Mar 14, 2015

Halawatul Study

In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful
Assalamualaikum.



Pernah tahu tentang halawatul iman ?

Sebab apa letak kalimah 'pernah' kat depan tu bukan apa,
bimbang kalau ada yang pernah tahu tapi sekarang dah tak berapa nak ingat.
Moga tidak kita.

حلاوة daripada حلوة kata asalnya yang bermaksud manis.
Halawatul iman = kemanisan iman

Maka,

Halawatul study = kemanisan study/belajar

Nak capai halawatul study ni tak susah tapi tak senang jugak.

Kena buat. Kena kuat. Kena istiqamah.



Halawatul study ni merupakan projek ke-2 untuk dicapai dan diamalkan sepanjang hayat bermula sem 2 ni, in shaa Allah.

There are some steps to be shared here, to be practised and to be done to achieve halawatul study.


Entri tiada kaitan dengan gambar. Desole(e)
Hanya di Maghribi   XD



Step 1 

Intention. Niat.
Sesuatu yang datang dari hati itu akan sampai ke hati.
Maka, nak niat acano ni ?
Lafaz niat yang boleh dipraktis, "sahaja aku menuntut ilmu kerana Allah."
Shortform dia 'Lillahi Ta3ala'.

Tapi kan,
macam mana kita nak tahu kita ni betul-betul belajar sebab Allah ?

Yes, thats the problem.
Sama lah kan dengan konsep ikhlas.
Kita tak tahu kita ni ikhlas ke tak, kita hanya tahu yang kita cuba untuk ikhlas.
Sebab, ikhlas tu kita tak nampak.
Ikhlas tu ibarat semut hitam di atas batu di tengah malam. Nampak ke ?


Step 2

Sebelum mula study, pastikan semua kewajipan kita telah dilaksana.
Contoh ?
Kalau dah masuk waktu, pergi solat dulu.
Kalau ada janji, terlebih dulu harus ditepati.

Urusan dengan Allah harus diutamakan,
sesama manusia juga harus diselesaikan.
In shaa Allah sebarang urusan lain akan dipermudahkan dan akan terasa kemanisan :D


Step 3

Amalkan baca doa penerang hati sebelum start study.
Kalau tengah2 study then tetiba teringat rupanya tak baca doa masa nak start, 
biasalah, manusia apabila kembali kepada fitrah tu, apa boleh buat ?
Boleh lah tadah tangan baca doa ok, its better late than never :)
Minta diberikan kefahaman, dipermudahkan urusan pembelajaran,
dikuatkan ingatan.

Nak baca doa apa ni ?

Alah, dari zaman tadika lagi cikgu duk ajar ni haih.




Kalau tak ingat jugak, doa lah dalam bahasa melayu,
nak doa dalam bahasa perancis ke, turki ke, mandarin ke, bangladesh ke, semua pun boleh. Mana tau ada yang terlebih minat korea tu rasa nak apply ilmu baru dia belajar bahasa korea, ha, doa lah korang dalam bahasa korea pun, but make sure  faham lah apa yg didoakan tu dan jangan salah baca pulak. Nanti salahkan entri aku pulak -.-

Allah Maha Tahu segala isi hati.
Tapi jangan pulak main guna mindset 'Allah dah tahu apa aku nak, tak yah dah lah nak doa panjang-panjang.'
Ha, yang ni takmau takmau *geleng kepala sambil dahi berkerut*


Kita nak belajar ilmu Allah,
minta dengan Dia.
Kerana segala kefahaman tu milik mutlak Yang Esa.

*sebolehnya mampukan diri untuk baca Al-Quran dulu sebelum baca nota. 
Tak banyak takpe, asalkan baca.


Step 4

Strategi. Planner.
Nak study kena berstrategi, barulah menjadi.

Kenali potensi diri; bila kita mengantuk, bila kita segar bugar.
Sebab ada orang suka tidur sekejap lepas isyak n bangun balik tengah malam.
Ada orang suka stay up sampai hampir tengah malam.
Ada orang suka bangun awal pepagi buta menghadap nota.
Itu baru 3 jenis ragam, mungkin ada lagi ?

Rancang dan urus diri kita seiring dengan kudrat.
Jangan terlalu memaksa, bimbang jasad tak larat menanggung minda yang penat,
yang penting kita buat.

Quality is better than quantity.
أحسن عملاً
bukan أكثر 


Step 5

Gadget, tab, i-phone, smartphone, tak berapa nak smartphone etcetc haruslah dioff kan wifinya. Nak cabut wayar wifi pun boleh jugak.
Tapi agak-agak la, jangan sampai menyulitkan urusan orang lain pulak. 
Sebab, nanti sekali bunyi notification tu, sekali kita buka whatsapp, telegram, wechat dan seangkatan dengannya tu.
Pastu tetiba teringat nak like gambar anak selebriti itu ini kat instagram.
Oh, dan lepas tu nak baca status geng pulak kat facebook.
Apa pulak cerita twitter terlog off semalam tak bukak lagi hari ni ?

Kan kan kan ?

Kalau bukan alhamdulillah.

Alternatif lain adalah OFF kan terus. Jimat bateri, senang pun senang.


Step 6

Cari posisi yang sesuai dengan diri.
Posisi study ni tak harus kondusif.

Bak kata Ustaz Ayman ;
 "Nak tuntut ilmu ni jangan hidup sedap. Cuba keluar dari comfort zone. Memadai apa adanya, dan fitrahnya kita boleh survive."

Tak semestinya kena ada meja, kerusi khas untuk belajar.
Asalkan selesa untuk kita, takdelah duk mengadu sakit belakang pulak nanti kan.

Kalau posisi study meniarap kuak rentang atas tilam mohon cari posisi lain untuk ditukar segera. Eheh. Bukan apa, takut tak lama je jihadnya.


Step 7

Keberkatan.
This is important to be considered.
Letak/simpan sumber-sumber ilmu di tempat yang baik dan sesuai.
Seeloknya, tutup dan pelihara aurat semasa ulangkaji, jaga personaliti dan penampilan walaupun dalam rumah sendiri.
Biasakan diri dalam keadaan berwudhu' sentiasa.

Jika kita seorang yang mesti study dengan bunyi-bunyian, tak kisah lah dengar lagu ke, tengok movie ke, ataupun bercakap dengan diri sendiri ke,
jangan lupa pakai earphone/headphone untuk pastikan kita tak ganggu privasi dan hak orang lain di sekeliling.
Bayangkan kalau kita memekak dan orang di sekeliling kita terganggu dengan kita,
agak-agak, tercapai ke kemanisan belajar bila insan-insan di sisi kusut dengan diri kita ? 




"Jikalau kita lihat manusia memilih untuk berada di zon yang selesa, maka kita pilihlah untuk melawan arus untuk menjadi orang yang berbeza.
Sentiasa dan sentiasa menjadi yang berbeza daripada jalan yang orang lain pilih."
[YTmate]


Sekian.
Step-step yang diutarakan di atas adalah sekadar saranan,
tidaklah sama tauliahnya setaraf dengan adab-adab menuntut ilmu,
sekadar check-list buat diri sendiri yang ingin berkongsi.

Moga sahaja ada manfaatnya untuk semua.
Selamat beramal,
khusus buat si pencoret kata.

Moga halawatul iman dan halawatul study, kedua-duanya dapat kita rasa,
bersama-sama.



بقدر الكدّ تكتسب المعالى
ومن طلب العلى سهر اللّيالي
ًترم العزّ ثمّ تنام ليلا
يعوص البحر من طلب اللالي

"Dengan kadar kepayahan kamu berusaha mencapai ketinggian
Dan sesiapa yang mencari ketinggian maka hendaklah dia berjaga malam
Kamu mencari kehebatan namun kamu tidur panjang pada waktu malam
Sedangkan orang yang mencari mutiara pasti akan menyelam ke lautan dalam. "





La Colline, Mohammedia.
14032015
15:54


Sep 7, 2014

Aku & Buku


In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful.
Assalamualaikum :)



" You are what you read "

First time baca statement ni macam blurr.
Tak nampak connection.
Kfine. Hold kejap.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Kat rumah ni dah boleh bukak library rasanya.
Macam-macam buku ada.
Kitab-kitab lama Abah punyapun ada bertimbun.
Itu belum campur my collection lagi.
Dengan komik2 my bro yang dah tak muat rak.

Actually, 
diri sendiri tak tahu sejak bila n macam mana boleh jadi 
ala-ala spesies ulat buku ni.
Masa darjah 3, darjah 4 tu dah start buat collection novel PTS dah.
Dear Yayah 
Aku Mahu Popular
Impiana
My Angel
etcetc
Setiap bulan beli, ikut kadar kemampuan sebab guna duit sendiri.
Memang berjimat habis semata-mata nak beli novel PTS ni.

Darjah 5 tukar genre skit.
Start baca Harry Potter's series.
Bukan sekadar baca, kipas-susah-mati kut.
*sampai sekarang pun *
Memang hardcore Harry Potter tak kisah lah novel ke movies ke, 
even iklan pun boleh buat aku tegak tak bergerak depan TV.
Novel Harry Potter tebal mak oi, harga pun tak berapa nak murah.
Memang takboleh pakai cara sebelum ni tu.
Bila bodek mama n abah, boleh kata mereka, 
dengan syarat ONLY  English version punya.
Ouhh man.
Takpelah, asalkan dapat.
Habis baca English version, pinjam kawan punya yang Malay version pulak.
Untuk meningkatkan kefahaman, ecehh
*fatwa tak boleh pakai punya

Awal darjah 6 tukar genre lagi.
Kita baca Ayat-Ayat Cinta pulak, yuuhuuuu.
Bila dah start baca kisah ala-ala islamik cenggini,
maka bacaan diteruskan dengan novel-novel Kang Abik yang lainnya.
Pudarnya Pesona Cleopatra.
Ketika Cinta Bertasbih.
Bumi Cinta. *ohh masa tu tak ada lagi yang ni*

Masuk sekolah menengah dah pandai baca buku-buku motivasi dah.
*yeayy ! tepuk tangan skitt*
Buku-buku ilmiah, travelog and so on.
Buku Ust Pahrol, Ust Hasrizal n many more.
Diri dah termotivasi jugaklah sedikit sebanyak.
Alhamdulillah.
Mula kumpul karya-karya Hilal Asyraf dan Ustzah Fatimah Syarha.
Rasanya kesemuanya ada salam simpanan :)
Then, fall in love dengan masterpiece Hlovate sejak baca Tunas.
Semua novel beliau best tapi biasalah, 
dalam banyak benda yang kita suka, mesti ada satu yang paling cenderung untuk dapat ranking paling tinggi, kan ?
And for me, that one is --> Contengan Jalanan
Ma shaa Allah, sangat adore !
Suka jugak Ramlee Awang Mursyid punya novel walaupun mula-mula baca tu memang agak memeningkan kepala and end up with the solution yang kadang tu rasa macam nak tolong editkan balik sebab tergantung, huhh.
English pun baca jugak, Chicken Soup for the Soul punya series, Cecilia Ahern
and karya-karya Yasmin Mogahed.

One thing, 
novel-novel alaf 21 memang tak berapa mendapat tempat di hati sangat,
too mainstream kut.
Tapi depends on pembaca jugak sebenarnya.
Ada je orang yang memang sangat adore novel-novel alaf 21.
Ok. Pilihan masing-masing.

The point is here.


" Kalau nak beli buku, beli buku yang berkualiti, bukan novel-novel yang tak ada faedah."

Adehh.
Terkelu lidah.
Terkaku kejap jari nak balas whatsapp group YT Scholarship Holder.

" Kita ni mahasiswa dah pun.
The best time to plant a tree was 20 years ago.
The second is ; now ! "

Err, setuju.
Selama ni tak pernah pulak nak kaitkan semua ni.
Dengan membaca memang dapat tambah ilmu.
Tapi hanya apabila bahan bacaan tu yang sesuai lagi bermanfaat,
bukan untuk dunia je, 
bahkan akhirat sekali.

Bukan aku kata baca novel cinta tu tak berfaedah.
Ada jugak. Tapi tak banyak.
Apa yang kau dapat ?

Lagha.

Perasan jadi watak utama.

Berangan nak happy ending macam dalam novel.
*kalau endingnya happy la*

- - - - - - -

If anyone here yang dah hadam buku Cerita Cinta Ahmad Ammar,
aku nak tanya, apa yang korang dapat ?

*lambat sangat
Meh nak tolong jawabkan.

Semangat.

Nak tuntut ilmu, taknak malas-malas dah.

Nak ikut jejak langkah As-syahid.

Is that true, guys ?
*Kalau kata tak betul jugak maksudnya something wrong somewhere la kut time korang baca.

Al-fatihah.

- - - - - - -

" Kalau pergi belajar kat sana tak boleh bawak balik manfaat,
jangan balik Malaysia terus !"

AllahuRabbi.
Besar rupanya amanah.
*baru nak sedar*

Maka, pilihlah bahan bacaan yang bermanfaat.
Bermanfaat tu adalah bila kita boleh serap positive things and apply in our life.

Sama ada kita sedar atau tak, 
masa kita tak banyak dah.
Banyak lagi cabang ilmu yang belum kita terokai.

Kita ?

Dah kalau bukan kita, siapa lagi ?

MELAYU, 
jangan layu.
Umat ISLAM,
harus cemerlang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Transparent Teal Star