Showing posts with label The Precious You. Show all posts
Showing posts with label The Precious You. Show all posts

Mar 8, 2019

Cerita Perempuan-Perempuan Matang

بسم الله الرحمان الرحيم

Sering kita perihalkan kematangan. Dibicarakan ketika mendefinisi seseorang, atau menilai fikrah dan hujah dalam penulisan dan percakapan. Adapun demikian halnya, setiap dari kita memiliki piawaian yang berbeza dalam menilai kematangan.

Kematangan ialah aset penting dalam kehidupan.
Ia tidak diukur dengan umur, atau peringkat pengajian, pangkat mahupun fizikal. Harus kita fahami konsep matang ini dengan jelas, supaya kita tidak menzalimi mereka yang memang matang pada hakikatnya, dan supaya kita mampu membina lebih ramai manusia yang matang dalam erti kata yang sebenar.


"Matang adalah apabila seseorang itu mampu mengenali Allah, mengetahui matlamat kehidupannya, dan tanggungjawab keberadaannya di dunia ini. Seterusnya, dia bergerak bersungguh-sungguh ke arah memenuhi tuntutan kehidupannya sebagai hamba Allah, dan pentadbir muka bumi ini." (Hilal Asyraf)


Begitukah definisi matang? Apa keterikatannya?

Untuk mampu mencapai kematangan tersebut, seseorang itu harus memiliki disiplin yang tinggi, akhlak terpuji, punya ketegasan prinsip diri, ada pertimbangan pula antara banyak cabang dan sisi. Semua ini berteraskan definisi tadi.

'Development of thinking.'
Matang ialah abstrak dalaman yang berakar di fikiran, menjalar ke seluruh tindak tanduknya.

Begitulah secara teorinya. Matang atau kurang matang seseorang kebiasaannya lebih disedari oleh insan-insan yang berada di sekelilingnya, dalam lingkungannya menjalani hidup. Malah membahas seputar teori begini akan lebih mendorong kita untuk mengaitkan ia dengan peristiwa-peristiwa yang bersangkut paut dengan diri kita masing-masing, berlegar-legar di mandala kehidupan.





Cerita 1: Firasat Benar & 'Iffahnya Si Perempuan Madyan [Al-Qasas]
Kata guru kami, jika sudah diperihalkan Allah tentang seorang insan itu dalam Al-Quran, kesimpulannya hanya dua; sama ada individu itu seseorang yang hebat, yang beriman yang harus diberi perhatian, atau seseorang yang sangat zalim, buruk perilakunya, yang harus kita jadikan benteng, dibina sempadan.

Dalam surah Al-Qasas, bermula ayat 15-22. Rentetan peristiwa Nabi Musa AS melarikan diri ke Madyan, terjadilah peristiwa yang sewajarnya menjadi rujukan dalam asas pergaulan lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

Nabi Musa AS membantu dua orang perempuan mengambil air untuk memberi minum ternakan mereka. Jika ditadabbur uslub yang digunakan berserta tafsir para mufassir, 

 "تمشي على استِحياء ---- القوي الأمين"[Al-Qasas, 25]

Frasa "berjalan dalam keadaan malu" ini apabila diperhalusi, menunjukkan nilai iman yang tinggi pada si perempuan Madyan. Malu adalah kosmetik yang tinggi harganya bagi perempuan yang beriman. Perasaan malu itulah perisai dalam perhubungan lelaki dan perempuan. Menariknya, kisah ini mengajar keseimbangan malu, dan dalam masa yang sama masih mampu berkomunikasi dan saling membantu antara berlainan jantina. Kata orang kita, "malu biar bertempat."

Bukan sekadar itu, bahkan cerita ini disusuli pula dengan analisis bijaksana perempuan ini terhadap peribadi Nabi Musa AS.

Kuat (mampu melaksanakan tugas/memikul tanggungjawab) dan amanah; dua kunci utama dalam pemilihan pemimpin, atau pekerja.
Padahal pertemuannya dengan Nabi Musa sangatlah singkat, malah tidak ada perkenalan mahupun perbualan panjang antara mereka.


Dalam tafsir  menjelaskan bahawa perempuan itu berkata,  
“beliau (seorang diri) mengangkat (batu penutup perigi Madyan) yang tak mampu diangkat melainkan dengan kekuatan 10 lelaki. Tambahan pula apabila aku berjalan di hadapannya (ketika menjemputnya ke rumah kita), beliau berkata: Saudari berjalanlah di belakangku. Apabila aku menyimpang dari jalan ke rumahmu, lontarkan batu kepadaku supaya aku tahu mana jalannya" (Tafsir Ibn Kathir).



Hebat sekali mata hati perempuan ini, pandangannya bukan pandangan kosong tetapi pandangan bijaksana menganalisis kewibawaan Musa. Benar sekali pujian Abdullah bin Mas’ud kepada beliau (Tafsir al-Tabari):

:أفرس الناس ثلاثة

العزيز حين تفرّس في يوسف فقال لامرأته:(أكرمي مثواه عسى أن ينفعنا أو نتخذه ولدًا)، وأبو بكر حين تفرَّس في عمر، والتي قالت:( يَا أَبَتِ اسْتَأْجِرْهُ إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الأَمين).ا
Ertinya: Manusia yang benar firasatnya ada tiga iaitu;
1. Al-Aziz (pemimpin Mesir); firasatnya tentang kualiti Yusuf dan meminta isterinya memuliakan keadaan Yusuf. [Surah Yusuf, 21]
2. Abu Bakar RA apabila beliau melihat Umar selayaknya menjadi khalifah selepasnya,
3. Perempuan dalam kisah Musa ketika menyatakan perihal peribadi Musa kepada bapanya. [Surah Al-Qasas, 26]


Firasat yang benar itu datang dari hati yang bersih. Hati, tempat jatuhnya pandangan Allah pada manusia.
Rupa-rupanya, peristiwa pembunuhan yang tidak disengajakan dan menjadi buruan Firaun itu menjadi asbab Nabi Musa AS ke Madyan, kemudiannya ditemukan jodoh dengan perempuan hebat ini. Asbabnya pelbagai, musabbabnya Allah jualah. Ma shaa Allah.


Cerita 2: Asiah & doanya yang bijaksana [At-Tahrim]

Asiah, si Ratu Syahadah. Perempuan  yang imannya teruji dengan suami yang zalim dan mengaku Tuhan, Firaun la'natullah. Tidak disebutkan nama Asiah dalam Al-Quran. Walau bagaimanapun, para ulama kebanyakkan mentafsirkan tentang ‘wanita Firaun’ yang dikisahkan itu ialah Asiah bintu Muzahim. Asiah ialah wanita mulia yang disebutkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadisnya. Biarpun perkahwinan ke atas Firaun atas dasar paksaan, tetapi demi membebaskan kedua-dua ibu bapanya, Asiah menerima pinangan Firaun.


Asiah hidup bersama Firaun di dalam sebuah istana yang dilimpah kemewahan. Sekalipun ketaatan kepada suami itu penting, tetapi hatinya jauh melonjak, mencari ketaatan yang jauh lebih utama, tempat tingginya di sisi Allah Rabbul Jalil. Berpaksikan keimanan dan ketaatannya pada Allah itulah Asiah merelakan dirinya diseksa oleh Firaun.
Kisah isteri Firaun ini dibicarakan Allah SWT di dalam al-Quran menerusi Surah At-Tahrim ayat 11. Allah berfirman yang bermaksud, 


“Dan Allah mengemukakan satu perbandingan (yang menyatakan tidak ada mudaratnya) kepada orang-orang mukmin (berhubung rapat dengan orang-orang kafir kalau tidak terjejas keadaan imannya), iaitu: perihal isteri Firaun, ketika ia berkata: “Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam syurga, dan selamatkanlah daku dari Firaun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim” 


Guru kami menyatakan, bahawa doa ini doa yang sungguh bijaksana. Asiah memohon kepada Allah agar dibina sebuah rumah di sisi Allah di syurga. 
Mengapa Asiah memohon cuma sebuah rumah; sedangkan di syurga itu selayaknya diminta yang lebih indah. Seperti sebuah istana? Sedang dia pula mendiami istana Firaun selama di dunia.
Kontradiksinya, bahawa kehidupan yang bermewah-mewah di istana bersama-sama Firaun tidaklah mendatangkan kebahagiaan yang selayaknya, malah Asiah terlalu lemas hidup di dalam kekufuran. Justeru, permintaan sebuah rumah sudah memberi persepsi kepada Asiah bahawa istana dan kemewahan itu tidaklah memberi makna dalam hidupnya.
Sedar atau tidak, antara wanita-wanita utama yang diceritakan ialah mereka yang berkait rapat dengan kronologi hidup Nabi Musa AS (terutama dalam surah Al-Qasas). Bermula daripada ibu Nabi Musa, saudara perempuannya, isteri Firaun, dan kemudiannya tentang perempuan Madyan puterinya Syuaib dua bersaudara. Sungguhlah, AL-Quran itu sebaik-baik cerita. :)


Cerita 3: Menantu Umar Al-Khattab, Nenda Umar bin Abdul Aziz.

Dikisahkah, pada zaman Umar Al-Khattab, pernah beliau meronda pada waktu malam dan apabila menghampiri sebuah rumah, beliau terdengar perbualan antara seorang ibu dan anak perempuannya tentang jualan susu kambing. Barangkali mereka ini berjualan susu kambing di wilayah ini, fikir Umar.



Ibu: "Wahai anakku, campurkanlah susu itu dengan sedikit air. Biar kita dapat menjualnya dalam kuantiti yang lebih banyak." 
Anak: "Wahai ibu, bukankah itu satu penipuan? Kita tidak boleh berbuat begitu. Amirul mukminin melarang kita menipu dalam berniaga." 
Ibu: "Tidak mengapa, anakku. Tiada sesiapa yang melihat dan tahu kita melakukannya, termasuklah Amirul Mukminin." 
Anak: "Benar ibu, Amirul Mukminin tidak melihat kita, akan tetapi Tuhan Amirul Mukminin Allah sentiasa bersama kita, Maha Melihat dan Maha Mendengar."



Sayydina Umar yang mendengar perbualan itu lantas menangis tersentuh. Rentetannya, beliau meminta anak lelakinya, Asim menikahi gadis penjual susu tersebut dan berdoa, "semoga lahir dari keturunan gadis ini pemimpin islam yang hebat yang dapat memimpin orang-orang arab dan 'ajam. "


Asim yang patuh menurut sahaja cadangan ayahandanya. Hasil dari pernikahan Asim dan gadis penjual susu tersebut, maka lahirlah seorang puteri yang diberi nama Laila. Laila kemudiannya berkahwin dengan Abdul Aziz, lalu dengan rahmat Allah, lahirlah dari mereka seorang anak yang sekarang kita kenali beliau dengan nama Umar bin Abdul Aziz, pemimpin agung yang didoakan oleh Umar al-Khattab. Ma shaa Allah.

Sudah kenal dengan perempuan ini?
Cuma seorang perempuan biasa yang membantu ibunya berjualan susu pada zaman itu, tetapi kerana taqwanya, Allah memuliakannya dengan menjadi menantu Sayyidina Umar, bahkan daripadanya lahirlah pula keturunan yang baik dan mulia, khalifah yang namanya tiada lekang meniti di bibir para ilmuwan.




"Fear Allah." 

Antara ayat Dr Nurul Jannah yang paling terkesan juga, selalu meniti di bibir beliau pada setiap kali pengajian syarah RiyadusSolihin. Dan benarlah, begitu hasilnya mukmin yang banar-benar meletakkan ketakutannya hanya pada Allah semata. Sejatinya seluruh hidupnya, tindak tanduknya, lintas rasanya, terkait dengan Allah.

Dalam Bahasa Arab, kalimah 'أمة' (ummah/umat) intinya dari kaliah 'أم' yang bermaksud 'ibu'. Tiadalah ummah apabila tiadanya ibu, justeru ibu itulah penentu arah ummahnya kelak yang menjadi madrasah pertama generasinya.
Jelas sekali, untuk mendidik, terlebih dahulu harus dididik. Setiap ibadah didahului dengan ilmu yang sohih, bukanlah sekadar taqlid membuta, semberono beramal tanpa sandaran yang jelas.


"Berburu di padang datar,dapat rusa belang di kaki.Berguru kepalang ajar,bagai bunga kembang tak jadi."


Maka, mendidik diri kita duhai sekalian perempuan, dalam Islam ia adalah investasi yang harus dijalankan. Bukan beban, tapi kemuliaan. Didikan apa lagi yang lebih indah daripada didikan Islam untuk diorientasikan menjadi bingkai pendidikan keluarga?


"الأسرة هي محراب لإقامة عبودية لله"


Kita tidak sempurna untuk tahu dan buat banyak perkara. Disebabkan itulah jua, hidup ini satu medan yang penuh hikmah untuk kita muhasabah dan ambil iktibar sesuatu pada setiap sela waktunya.

"Saya ingin sekali berkenalan dengan seorang 'gadis moden', yang berani, yang dapat berdiri sendiri, yang menarik hati saya sepenuhnya, yang menempuh jalan hidupnya dengan langkah cepat, tegap, riang dan gembira, penuh semangat dan keasyikan, gadis yang selalu bekerja tidak hany untuk kepentingan dan kebahagiaan dirinya sendiri saja, tetapi juga berjuang untuk masyarakat luas, bekerja demi kebahagiaan sesama manusia. Hati saya menyala-nyala karena semangat yang mengelora akan zaman baru..."[Surat-surat Kartini]

Kematangan itu ada pada ilmu dalam diri dan nilai dalam memandang kehidupan, wujud pada hati yang selalu membawa jiwa seorang hamba dalam dirinya untuk mengenal dan taqarrub dengan Tuhan. Kematangan tidak terbangun dengan sendirinya, ia perlu dibina. Semoga solehah dan kebijaksanaan menempati hati dan akal kesemua dari kita, duhai perempuan.

Sampai di sini dahulu. 
Masih ada lagi, bahkan ramai yang belum didendangkan. 





Hakikatnya sebuah tulisan;
meneruskan untuk meninggalkan.
Moga menjadi asbab hidayah,
penambah kebaikan, pemberat mizan.

Bersempena Women International Day.
08032019 - penghhujung Mac.
Gombak, MYS.

Feb 15, 2019

Bicara Judul Buku


"Kenapa ya, apabila digambarkan syurga, seringkali sinonim dengan bidadari-bidadari?"

Hm, kenapa?

"Sebab kurangnya wanita di dalam syurga..."

Hening.
Cuaca semakin panas sekarang. Rama-rama yang berterbangan pun sudah kurang kelihatan, yang di dalam ini pula semakin rancak berkeliaran. Logik.

Al-Quran mengangkat martabat kaum wanita dalam surah An-Nisa'. Keadilan ditegakkan.
Allah memuliakan kaum wanita dengan meletakkan Surah Maryam. Maryam ialah satu-satunya nama wanita yang disebut jelas di dalam Al-Quran, tiada nama lain.

Wanita-wanita yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik. Begitupun sebaliknya.
Tapi jangan kita lupa, kisah Ratu Syahadah; Asiyah bintu Muzahim. Bukankah serikandi ini diuji dengan suami yang maha zalim, manusia yang mengaku dirinya Tuhan, Firaun.
Bagaimana pula dengan isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Luth? Masing-masing jelas derhaka dan ingkar dengan seruan dakwah sang suami.
At-Tahrim merumuskan kedua-dua kisah ini.



Demikian perempuan.
Hal-hal yang remeh pada perkiraan lelaki boleh jadi hal yang berlegar-legar di fikiran mereka sehari-hari.
Demikian perempuan.
Kaya dengan emosi, hatinya rapuh sekali walau ada antara mereka yang tidak jaguh mempamer ekspresi.
Demikian perempuan.
Luarannya terlihat garang, padahal di sela-sela waktu ada esak tangis berlanjutan megemis kekuatan yang tidak kau dengarkan.

Dan perempuan sekarang mujahadah hatinya lebih besar tuntutan.
Menjaga pandangan tidak hanya pada dunia realiti, bahkan dunia sosial lebih menekan, tambah lagi di saat menyendiri, tiada yang tahu, tiada yang mengingatkan.

Perempuan, auratmu itu perhiasan, tinggi harganya tiada ternilaikan.
Hatimu jangan mudah luluh dengan manis tutur kata yang singgah dengan pandangan yang teduh, yang tidak lain hanya akan membawamu kepada hal-hal yang sia-sia, yang lalai lagi melalaikan semata! Jiwa kelam, hati hitam, dan iman pun terbungkam.
Kerana yang belum bersungguh, mana mungkin berani berlabuh untuk mengambil sebuah perjanjian teguh?

Biarkan si solehah terus solehah. Bantu si solehah jadi muslehah.
Semoga Allah memberkati mujahadah mereka yang sedang bertempur dengan nafsu dan diri sendiri demi mempertahankan 'iffah.


"Siapakah kamu perempuan?
Perempuan, jika jadi anak, dia ialah bidadari kecil ayah bonda, permata yang siang malam dijaga oleh kedua-duanya.Perempuan, jika jadi pasangan, dia ialah kenangan terindah, syurga untuk pasangannya di dunia.Jika dia menjadi bonda, wah, syurga telah berpindah di telapak kakinya! Dia bawa syurga itu ke mana-mana.Nabi bersabda; perbaikilah tiang, tatkala kehidupan adalah bangunan.Wahai perempuan, di rumahmu, kamu jantung keluarga. Gembiramu adalah gembira keluargamu. Maka sebagai tiang, wahai perempuan, kamu harus kuat tak tergoyahkan. Sebagai sandaran, tegarmu adalah ibarat karang di lautan."-Nukilan Ustazah Norhafizah Musa


Dan perempuan itu siapa? 
Perempuan itu adalah kita.

Eh, kencangnya!
Moga lebih kencang kejar cinta Tuhan. <3 font="">


"Lapis-Lapis Keberkahan? Atau, Dalam Dekapan Ukhuwah..?"

Ya, boleh kedua-duanya. Bahkan ada satu lagi tambahan,


"Biar Bidadari Mencemburui Dirimu."

Sama-sama senyum.
Demikian kesudahan sebuah bicara judul buku. (Tapi, bukan 'review')




A memory; end of spring, somewhere in 2016.
Belum cukup 'segar' buah fikiran untuk tulisan-tulisan baru.
Semakin masa berganti, semakin banyak yang teruji.
Hal-hal yang baik tidak akan terlepas dari ujian, begitu katanya.

Feb 22, 2013

Your hijab . Your dignity :)


I'm on the net . Reminiscing . Inspiring myself .

Bismillah . 
Peace be upon you :)

So , lately there's so much fashion of tudung , you just say it shawl, tudung bawal,
 tudung awning, tudung syria, pashmina etc etc , 
and tutorial pun can be easily viewed kat youtube tu ha .

I found so many people keep asking those and that bout covering the aurat .

" Kat skolah je pakai tudung labuh, alih2 tudung syria jugak ..."

"Budak skola agama mana boleh pakai pashmina ..."

" Eh, dia ni kat skola pakai tudung labuh, kat luar boleh pulak pakai shawl belit belit ... "

Eh ?
Adakah Islam agama yang ekstrim ?
Come on guys , Islam tu fleksibel ok .



In Islam , there's no ayat in the Quran stated that tudung labuh is the best, tudung syria is the best, or pashmina is the best . Tade pun kan ?
It depends on you girls !
if pashmina comfort you, so wear it, if syria does, then syria will be the one,
if you think youre happy with shawl, lilit lah nak lilit 44 pun, 
nak pakai tuala pun tak jadi masalah
it doesn't matter as long as it follows the syariat .

Fitrah manusia untuk menyenangi keindahan. Islam menghormati fitrah tersebut. 
Jadi berfesyenlah sepuas-puasnya selagi tidak melampaui batas syarak.

But the problem is, bila pakai pashmina, belit punya belit sampai exceed limit;
means singkat -.-"
no matter how many belitan or lilitan you make,
dont forget to cover your chest part, that's the guideline .

Fakta kes kedua, your hijab must not from transparent (lutsinar) or translucent (lut cahaya) nearly jarang jugak .
The hijab must be legap (tidak membenarkan cahaya menembusi langsung) ,
tak jarang ok .

And the third is 'longgar' .
There's a different between covering and wrapping .
Pakai tudung tapi pakai baju t-shirt fit dengan jeans saiz S tak jadi jugak .

Im grateful enough to see many of us started to wear their tudung .
Tapi yang pakai tudung tu jugak lah ada yang tengah duk dating ngan pakwe tepi pantai ,
karaoke sampai tengah malam tak ingat nak balik rumah .
Ada je yang bertudung litup tapi bila kat rumah, 
nak pi jemur kain kat luaq pun free hair buat macam rumah dia tengah hutan .
Eh ? Nak jemur kain kat rumah sendiri je pun kena pakai tudung segala bagai ?
Tak payah pakai lah kalau setakat jemur kain dalam rumah ,
 dah kalau jemur kain belakang rumah dengan jiran kanan kiri tu , kena alert la kan .
Bukan kena pakai tudung pin sana pin sini pun , 
as long as aurat terjaga pun dah cukup apa .

Berhijab not only pakai tudung semata-mata .
Kena selari dengan banyak benda , modesty yang merangkumi semua .
The way you laugh , the way you talk , the way you eat , 
semua tu dipakejkan skali . Take note :)

As for that , you have to renew your intention all over again .
Always remind yourself 'I wear hijab because of Allah' , not because people say i am prettier with hijab or because everyone is wearing hijab so that i wanna wear a hijab too .
Just, I wear hijab because of Allah, that's it .

If youre sincere in covering your aurah , it'll never burden you , yet you'll feel happy and safe with your hijab  because you know Allah loves you and He cares for you .

In a nutshell , tak salah untuk budak skolah agama ke skolah pondok ke skola harian biasa ke untuk berpashmina atau up to date segala bagai asalkan syariat Allah tak diketepikan .

Sebab itu dalam Islam adanya konsep "Murunah"
Murunah ialah anjal atau fleksibel iaitu boleh berubah mengikut kesesuaian, 
namun masih tetap kepada prinsip asasnya. Murunah merupakan satu kelonggaran dan kemudahan yang diberi kepada semua muslimin muslimat tetapi tetap pada thabatnya,
 iaitu menutup aurat, tidak berlebih-lebihan (tabarruj) dan menepati syariat.

Lebih baik memilih pilihan yang sedikit kemudharatannya

footnote : tudung biasa dan tudung labuh , both saya pernah rasa .
Rasa yang berbeza . Kedamaian yang berbeza .


Dec 12, 2012

Seindah Haura'

Bagaikan baru semalam
 aku dilahirkan ke dunia
persis bidadari kecil
berada dalam angan anganku sendiri
suci , tiada dosa .
Unik . Hebat . Ceria .
Fantasi bidadari kecil lebih hebat
daripada mereka yang dewasa .
Punya kronologi tersendiri .

Retrospeksi itu berlegar
di ruang minda .
Dan sekarang , 
aku sudah besar (hmm ?)
punya harapan besar .
Dan Dia mempertemukan pula 
dengan ujian yang besar .

Menyusuri detik demi detik sebuah kehidupan ,
kadang tersilap langkah ,
tersungkur di lurah .
Bangkit lagi buat kesekian kali ,
akanku tajdidkan kembali .
Dalam lubuk hati terpasang niat ,
ingin sekali menjadi sepertinya .
Seindah Haura' di syurga .

(model : Zainah a.k.a. Zuzu yg chumill )

    Al-Imam Ath Thabrani meriwayatkan sebuah hadis dari Ummu Salamah,
 bahawa dia berkata, "Ya Rasulullah, jelaskanlah padaku firman Allah tentang bidadari-bidadari yang bermata indah ."
 (Ad Dukhan; 51-54)
    Baginda menjawab, "Bidadari yang kulitnya bersih, matanya indah dan lebar, rambut berkilau bak sayap burung Nasar.”

    Ummu Salamah berkata lagi, ”Jelaskanlah padaku Ya Rasulullah, tentang firman-Nya: Laksana mutiara yang tersimpan baik .”
 (Al Waqi’ah; 23)
    Baginda menjawab, ”Kebeningannya seperti kebeningan mutiara di kedalaman lautan, 
tak pernah tersentuh tangan manusia...”

    Aku bertanya, "Ya Rasulullah, jelaskanlah kepadaku tentang firman Allah:
 Di dalam surga itu ada bidadari yang baik dan jelita .”
(Ar Rahman; 70)
    Rasulullah menjawab, "Akhlaknya baik dan wajahnya cantik jelita.”

    Aku bertanya lagi, "Jelaskanlah padaku firman Allah:
 Seakan-akan mereka adalah telur (burung unta) yang tersimpan baik.”
 (Ash-Shaffat; 49)
    Baginda menjawab, "Kelembutannya seperti kelembutan kulit yang ada pada bagian dalam telur dan terlindung dari kulit bagian luarnya, atau yang biasa disebut putih telur.”

    Aku bertanya lagi, "Ya Rasulullah, jelaskan padaku firman Allah: 
Penuh cinta lagi sebaya umurnya .”
 (Al Waqi’ah; 37)
    Baginda menjawab, "Mereka adalah wanita-wanita yang meninggal di dunia dalam usia lanjut dalam keadaan rabun dan beruban. Itulah yang dijadikan Allah tatkala mereka sudah tahu, lalu Allah menjadikan mereka sebagai wanita-wanita gadis, penuh cinta, bergairah, mengasihi, dan umurnya sebaya.”

    Aku bertanya, “Ya Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata indah?”
    Baginda menjawab, “Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari seperti kelebihan apa yang nampak dari apa yang tidak terlihat.”

    Aku bertanya, “Mengapa wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari?”

    Baginda menjawab, “Karena solat mereka, puasa dan ibadah mereka pada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuningan, sanggulnya mutiara, dan sisirnya terbuat dari emas. Mereka berkata, ’Kami hidup abadi dan tidak mati. Kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali. Kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali. Kami redha dan tak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya’.”

AllahuRabbi .
Thabbit qulubana 'ala diinik .
Bidadari di mata keluarga , sudah dikira salah satu bukti cinta :)

Dec 1, 2012

You're Special !

Venue ; 
Food Court Mid Valley KL

" Abah....."

Abah yang tengah makan berpaling .
Kiteorang adik beradik , yang tak terlibat ni pun berpaling sama .

"Bakpe ye pakai tudung kecik ?
 Ye kan orang besor , kena pakai tudung besor lah op ?"
(versi pelat sikit , budak 4 taun kan , x reti weh nak eja sutir2)

..........

Jujur je Raudhah ni , haha .
Mata masih melirik ke arah dua manusia yang makan di meja depan .

Abah senyum .
" Hmm , pandai Raudhah . Bakpe Raudhah kate ye kena pakai tudung besor ?"
Abah nak test . Jeng jeng jeng .
*hak lain duk perati , as watak sampingan .

" Doh orang besor kena lah pakai tudung besor .
 Tudung kecik tu Acik ngan Raudhah la pakai....."

Ha. Ha . Ha . Amekaw .

See ?
Budak 4 taun pun dah pandai beza .
Alhamdulillah , semoga Raudhah akan membesar dengan baik , malah lebih baik .
High Class Muslimah to-be , in shaa Allah .


Nak tau satu benda ?
Secret makes woman special .

AllahuRabbi .
Istimewa nya kita !
Wanita penuh dengan rahsia . Aurat tu pun rahsia tau .
Bila kita tunjukkan aurat kita pada ajnabi ,
kat mana special nya lagi untuk Mr. Suami ?

Pakai tudung dan menutup aurat .
DUA perkara yang berbeza .

Kita pakai tudung untuk tutup aurat . 
Bila faham statement ni , baru boleh beza sebab apa ramai sahabat kita kat luar sana yang 'bertudung' nya masih belum menutup aurat .

Islam mempersempitkan yang haram dan meluaskan yang halal .
Kalau tamau pakai tudung , nak pakai selimut ke kain langsir sekalipun , 
kalau kena caranya , ma fi musykilah !
*Nak buat sesuatu kena FAHAM dengan ilmu dan hujah .

One more , kita tutup aurat , bukan balut aurat .
Ada bezanya .
Tambah2 zaman sekarang ni , fesyen berkembang dengan sangat maju .
Main pakai tudung belit2 la , hana tajima la  apa la .
Tak kisah la apa semua tu as long as cukup syarat menutup aurat .
Dalam surah An-Nur , takpun boleh tengok video Ustaz Don dalam youtube :)

Boleh rujuk sini ;

Wanita yang menutup aurat tak semestinya solehah
tapi ,
wanita yang solehah pasti menutup aurat !

Nov 25, 2012

Jangan ...!

Assalamualaikum .
Peace be upon you , my beloved sisters and brothers out there .

" Tidak payah bersentuhan tangan  
kerana mereka sudah bersentuhan hati .
Tak payah berbalas kerlingan mata
kerana mereka sudah pun berbalas-balas doa ."
[Ustaz Pahrol Mohd Juoi]

 
Sekilas pandang , terbaca quote ni kat post sahabat fillah .
Bila dah baca tu , rasa setuju dengan apa yang dipost .


Pesanan penting untuk lelaki ;

Ada pesanan penting buat kaum lelaki .
Tolong jangan puji kecantikan seseorang wanita itu dihadapannya .
Jangan puji kebijaksanaannya dalam menuntut ilmu .
Jangan puji ke'faqih'annya dalam mendalami ilmu agama .
Hatta , jangan puji apaper pun berkaitan dengan diri seorang wanita di hadapannya .
Tambah-tambah , jangan puji jika kamu menyukainya .

Kecuali dengan satu syarat , 
jika wanita itu isteri kamu , maka pujilah dia tanpa henti .

Tapi jika tidak , JANGAN .

Kenapa ?

Kerana hati wanita itu sangat rapuh dan lemah dengan pujian .

Wahai lelaki yang budiman ,
 jangan rapuhkan hati seorang wanita dengan pujian .
Pujian itu menghancurkan .
Membunuh kekentalan hati seorang wanita .

Kalau tak tahan sangat nak puji , 
pujilah di hadapan orang lain atau cuma di dalam hati .
Jangan sampai dia tahu kamu sedang memujinya .

Tolong, ya ?

Wanita itu halus hatinya . Percikan pujian  mampu membunga rasa ,
 jiwa makin terjentik kala syaitan turut berbisik .

Kasihanilah kami . :'(


 
p/s : ada beza antara puji dan sindir . So, beware !

source : click here


 


Mar 13, 2012

Lets Change !




Untuk mendapatkan yang terbaik ,
terlebih dahulu kita mestilah berusaha menjadi yang terbaik !

Salam Mujahadah .

Dec 16, 2010

'Mimosa Pudica'

.بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum :)

Kisahnya, petang tadi saya mengikut bapa saudara berkunjung ke Muzium Negeri Terengganu yang terletak di Kg. Losong Feri. Kami ke sana untuk melihat Pameran Haiwan Berbisa. *apesal skema sangat ni?*
Kepelbagaian diversiti dipamerkan di sini, i thought it was a worth vacation.

First impression was like, apa je yang menarik bagi budak sekolah yang kurang menyantuni alam ?

But then ada sesuatu yang berjaya mencuri perhatian saya di sana.
Atas pokok semalu tu ada caption yang menarik minat saya.


"Pokok Semalu juga mampu menjadi penawar kepada sengatan tebuan........."

...yang tu je yang saya ingat. Asif!! 
Tapi saya nk kongsi satu kisah yg memang saya ingat pasal pokok semalu ni, in shaa Allah.

Pokok semalu atau juga dikenali sebagai mimosa pudica..

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w. berjalan-jalan bersama puteri Baginda, Fatimah Az-Zahra. Setibanya mereka berdua di sebatang pokok tamar, kaki Fatimah berdarah kerana terpijak pohon semalu.

Fatimah menanyakan kpd bapanya apalah gunanya pokok semalu itu berada di situ dengan nada suaranya sedikit marah. Lalu Rasulullah s.a.w. dengan tenang berkata kpd puteri kesayangan baginda itu bahawa pokok semalu itu amat berkait rapat dengan peribadi seorang wanita.
Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kembali kata2 baginda.
Para wanita haruslah mengambil iktibar drpd pokok semalu ini dari segi 4 aspek.....

Pertama
Pokok semalu akan kuncup apabila disentuh.
~Ini diibaratkan seorang wanita yang harus memiliki perasaan malu dalam dirinya yang kena pd tempatnya.

Kedua
Pokok semalu mempunyai duri yang tajam utk mempertahankan dirinya.
~Justeru, wanita perlu mempertahankan diri dan maruahnya sebagai sorang muslimah.

Ketiga
Pokok semalu mempunyai akar tunjang yg sangat kuat dan mencengkam bumi.
~Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah, Rabbul 'Alamin..

Keempat
Pokok semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang.
~Oleh itu, akhowat yg ana kasihi sekalian termasuk diri ini, kembali berada di rumah apabila menjelang waktu senja kerana tempat yg paling baik bg wanita itu adalah berada di rumahnya sendiri.

Kesimpulannya, marilah kita sama2 mengambil pengajaran daripada pokok semalu.
Nilai yang sangat besar walaupun didapati drpd sumber yg kecil..

Selamat beramal :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Transparent Teal Star