Showing posts with label Anekdot & Travelog. Show all posts
Showing posts with label Anekdot & Travelog. Show all posts

Jan 14, 2019

Selepas Dua Dekad Lebih Satu

Selepas Dua Dekad Lebih Satu - Kisah Dua Puluh Dua


BismiLlah.


Satu angka sudah terlewatkan hari ini. Usia dua puluh dua yang bermakna, meninggalkan ibrah dan hikmah untuk dijadikan bekal episod-episod kehidupan selepasnya.
Perjalanan hidup manusia itu panjang dan berliku, apa mungkin disingkat menjadi cerita pendek?
Sedangkan pada kebanyakan cerita yang ditulis, kita sering diperlihatkan bahagian-bahagian yang terbaiknya sahaja, kerana manusia itu berjuang dalam hidupnya untuk menyembunyikan kelemahan diri. Sembunyi untuk diperbaiki.

Dari Januari tahun lalu hingga ke Januari ini, telah saya rasakan banyak kejutan dalam kronologi hidup. Salah satunya, lebih banyak air mata dari gelak tawa. Anehkah, atau biasa?
Bukan itu persoalan utama. 
Cukuplah dengannya, saya menjadi lebih faham bahawa signifikasi air mata tidak mutlak menggambarkan derita semata. Bahkan ia lebih dari sempadan jajahan nestapa. Pada tangisan itu terselit kekuatan, sebenarnya. Biar tangisnya bertempat. Menangis, mengemis, agar kemudiannya kita lebih tegar bermanis.
Ma shaa Allah, begini rupanya menjadi dewasa, sentiasa menemukan falsafah di sebalik kejadian manis, sadis, mahupun tragis!


En route to Ifrane


Fasa I
Dua puluh dua mengajak saya berdamai dengan banyak situasi, bermula dengan plot yang menemukan seorang saya melunaskan perjuangan di daerah tenang. Ah, rupanya ia sudahpun menjadi sesuatu untuk dikenang. Begitu pantasnya!
Betapa Makcik Najat ialah sosok yang terlalu saya terhutang budi. Dia, pada tarikh yang sama tahun lalu telah menghadiahkan sepasang anting-anting sebaik menerima khabar gembira saya lulus semester 5, juga bersempena hari jadi. Oh, hari itu juga ada Kak Hu yang menemani. Singgah semalaman pulang dari bermesyuarat sebelum meneruskan perjalanan ke Eljadida. 

Kak Hu bawakan sekotak pizza, satu kilo pisang tanda meraikan. Riangnya saya bukan kepalang. Ditunggunya kek keladi yang saya bersungguh-sungguh siapkan malamnya. 
Sebiji kek terlalu banyak untuk saya yang tinggal sendiri, memandangkan Makcik Najat tersangatlah menjaga pola pemakanannya dengan tidak mengambil manisan dalam menu makanan seharian, jadi awal-awal lagi sudah saya niatkan mahu bekalkan Kak Hu, biar disantap bersama Kak Hu yang lagi satu. Itu baru satu per empat bahagian, selebihnya lagi, dengan senang saya bahagikan kepada anak-anak jiran yang riang bermain bola di padang pasir berdebu, juga menitipkan sebahagiannya kepada Khuya Khalid pemilik hanut(kedai runcit) yang budiman. Dan, tentulah saya tidak lupa mengetuk pintu teratak 456, jiran susah senang.



Fasa II


Kalau ada rezeki jejak Maroc lagi (semoga ada! Aamiin!), antara yang saya hajatkan ialah saya masih ingat selok belok Mdinah 9adimah dari awal masuk Babl Hadd sampailah keluar ke Bab Rsif :)

Februari menjadi penanda aras terakhir saya tinggal sendiri. 
Selepas berhijrah dari Mohammedia, saya hidup nomad, tumpang menghuni di Villa Mahabbah, wilayah Sale. Di sana komunitinya ramai, meriah. Kembali belajar menyantuni banyak orang, banyak ragam dan pandangan yang harus dirai, skill memasak juga harus ditingkatkan prestasi dan kualiti untuk menjamu banyak orang dan tidak lagi hanya untuk diri sendiri. Ironinya diwartakan sahaja begitu, hakikatnya setiap Khamis saya tetap kembali ke daerah tenang, menghadiri kelas Al-Quran di Masjid Redouane. Gigih, bukan? 
Ulang-alik perjalanan kan ada renyahnya, biarlah jasad penat sekejap, tapi jiwa saya lebih tenang begitu. 


Unicorn Crown for Kakak Miza; made by Dana Sufiya, with love.
I miss you my sweety pumpkin yummy yumm :)

Mac mampir dengan pakej nikmat dan ujiannya tersendiri. Marathon - Kembara #LEuroTrip menghadiahkan banyak ibrah, juga menemukan saya dengan insan-insan yang tulus hatinya, kenangan yang terlalu berharga walau seketika cuma. Setelahnya, Majlis Graduasi MMG yang mengharukan memasuki plot. Walau sejak tahun-tahun sudah, saya tidak pernah lagi mengharapkan sebarang sambutan graduasi. Maha Suci Tuhan yang menggerakkan hati-hati sekalian orang yang gigih menjayakan. Sungguh, begitu istimewanya Jumaat, tanggal dua puluh tiga, semoga ada barakahnya juga.


Because everyone made sooo many efforts for my day, i made this simple memento for all of you as a token of appreciation from me, ordinary me. Nothing much.



Fasa 3



Favourite pic - April, Spring Break Camp :)

Bila April.
Menyertai AGM terakhir, itu satu kemestian. Penghujung April juga diisi dengan jaulah wida' yang sudah saya muatkan dalam entri khusus. Terlalu banyak yang ingin diperinci tentangnya, (untuk yang masih menantikan sambungannya, mohon maaf belum mampu tulis lengkap, mohon didoakan berkah waktu dan urusannya).
Lalu ia pun berlabuh, dan Mei tidak mampu menunggu lagi. Saya akur apabila waktu untuk saya tinggalkan Bumi Senja tiba jua akhirnya, antara hal yang terperit di usia dua puluh dua. Berdikit-dikit menjentik, menyedarkan bahawa rupa-rupanya yang meninggalkan itu sama peritnya dengan yang ditinggal. Saya tahu, sejak hari itu ada bahagian dalam diri saya yang hilang. Patutlah banyak orang tidak berani memanggil-manggil kenangan. Meninggalkan, kemudian merindukan. 

Thank you Allah for sending them to me.

Menyesal? 
Tidak.
Berharap? 
Ya.
Dan, masih.

Saya lalikan dengan PBAKL. Menjadi, tetapi tidak berpanjangan rupanya.
Keterbatasan saya adalah menjadi seorang yang meninggalkan kenangan serta merta.
Betapa saya masih saya yang sama dalam hal menangani kenangan dan sangkar perasaan. Kerumunilah berapa banyak orang sekalipun, jika diri sendiri masih menggendong sekarung memori silam, waktu yang sekarang yang terlihat hanya bayang-bayang, tidak akan berjaya dimaknakan secara maksimum. Tahu berat, masih lagi mahu diangkat, teragak-agak bertindak. Saya ralat sendirian, jeda yang agak lama; kaku diamuk kenangan dan pilihan, juga terlalu resahkan masa hadapan. Sedangkan saya tahu benar, bukti dan beraksi, itu kata lain untuk sebuah janji. Berbaki lagi urusan diri dengan Tuhan. Lepaskan, dan simpan. Benarlah, penawarnya hanyalah doa-doa yang nyaman. Begitulah diharap tulisan-tulisan ini menjadi khazanah buat diri.


Antara yang menjadi 'ubat pelali', kenangan indah lagi; menang cabutan bertuah tempat kedua Jejak Tarbiah.
Satu permulaan yang menjemput saya ke plot-plot seterusnya dalam dunia buku dan penerbitan.

Kadang-kadang, saya silap dalam memahami konsep sesuatu perkara.
Banyak pilihan yang harus dibuat setiap hari. Ada yang sudah menunggu lama. Ada yang datang menuntut secara tiba-tiba. Fasa keliru, bukan mudah untuk saya tempuh laju. Tidak seperti menggantikan santan dengan susu ke dalam masakan. Walau harus meniti dengan perlahan dan ragu-ragu, hingga ke saat ini, berpaling dan berundur ke belakang tiada disenarai sebagai pilihan. Justeru berkali-kali saya pasakkan bahawa setiap jerih perih, itu ujian. Sedangkan yang indah begitu mudahnya kita terima. Belajarlah. Redalah. Dari situ kita akan raih kekuatan.


Ramadan di Aceh.

I'm back with my Qatrunnada, joined a Raya trip.
 Blessed. Bliss. :)

Berdamai dengan suasana dan beradaptasi dengannya benar memerlukan ruang dan masa. (Ruang, bukan peluang. Apa bezanya? Hah, cari sendiri) 
Kerana menukar arah itu tidak mudah. Barangkali itu yang akan membuatkan kita lebih lelah, walhal belum tentu juga ia jalan penyudah. 
Jujur sahaja, kita memulakan sebuah pilihan dengan pembandingan, benar kan?

Kalaulah kita tidak berani mengambil keputusan untuk diri sendiri,maka bersiaplah untuk menjalani keputusan-keputusan yang dipilih orang untuk diri. Takdir harus kita jalani dengan terbaik, jangan dibiar sampai kita hilang kendali. Maka, setelah berteraburannya pilihan-pilihan yang ada, akhirnya saya didiamkan dengan keputusan sendiri.
Dan benarlah, hikmah sentiasa 'on time', terkesan dengan salah satu dialog Tabrizi dalam The Forty Rules of Love; 

"Afraid not where the road will take you. Instead concentrate on the first step. That's the hardest part and that's what you are responsible for. Once you take that step let everything do what it naturally does and the rest will follow. Do not go with the flow. Be the flow."

Malu bertanya, sesat jalan.
Malu bertanya juga, tiada kepastian.
Malu pada diri sendiri, ke mana hilangnya wawasan dan prinsip yang menjadi paksi?


Fasa 4
Antara plot yang sarat ibrah; memori menjadi seorang pendidik secara rasmi buat kali pertama, walau hanya berstatus sementara, tercorak pada kanvas dua puluh dua. Sekejap yang bermakna. 
Cabaran modenisasi dan teknologi dunia kita berhajatkan pendidik yang tulus, mendidik dengan hikmah, menanam benih akhlak mahmudah, membangun minda bersih dari zulmat kenistaan. Hal yang ingin diwujudkan ini bukan sekadar mengambil masa sehari-dua. Kalau tidak sabar, tewas. Kalau tidak ikhlas, tumpas. Belajar dan mengajar itu tidak semborono caranya, ada tertib dan etikanya. Apatah lagi Islam sudah berkurun lamanya diwartakan sebagai jalan hidup satu-satunya. Akan terlihat indahlah dari segenap arah jika setiap satunya saling terkait.
Pondasinya, keyakinan. Seorang mukmin harus punya kepercayaan.
Alhamdulillah untuk pengalamiannya.


"Cikgu Mira Filzah.." Pun boleh ya anak-anak XD



Fasa 5
Zulhijjah melabuhi tirai 1439H. 
Selayaknya Aidiladha dirai pada nilai sebuah pengorbanan agung tercatat dalam lembar sirah. Begitu pula saya renungkan, sudah banyak saya terima dan saksikan pengorbanan orang. Tapi saya? Apa yang selama ini telah saya korbankan?
Terasa berat hati memutuskan. The first step. The very first step, because the beginning is always the hardest part.

Never I imagined of being here.

Fasa mengajar diteruskan, tapi untuk yang ini; mengajar diri sendiri.

Hijrah lagi ke pinggir ibu kota, mendiami kampus balik bukit, menemukan kembali kesayangan-kesayangan yang berpetualang ke sini. Bangkit, dan beradaptasi.


Berpeluang menghadiri wacana dan berdiskusi dengan begitu dekat, bahkan secara langsung dengan figura-figura yang dikagumi dari jauh. Juga melebarkan sayap ukhuwah fiLlah dengan insan-insan hebat yang baru sahaja berpapasan di titik temu tertentu.

Alhamdulillah tsummal hamduLillah.
Barangkali kerana doa mama abah yang terus menerus menjadi ufuk pada setiap persimpangan takdir, juga doa-doa sepi yang entahkan siapa setulusnya, melantun ke arah diri ini. Mudah-mudahan segala yang baik berbalik kepada kalian kembali.


Mungkin dek banyaknya perpidahan fasa dan hijrah makaniy, dua puluh dua terasa panjang perjalanannya, banyak pengalamiannya yang bermakna.
Hari ini dua puluh dua sudah ditinggalkan, bertambah satu angka,
dua dekad lebih tiga.
Begitu dihitung usia. 
Manusia tiada kuasa menghentikannya.


Penghujung dua puluh dua. A meaningful trip with favourite people
KT - Cameron Highland - Batu Gajah

Hari ini, 
suku abad kurang dua.
Untuk setiap keberadaan dan semua rasa;
الحمدلله الذي بنعمته تتمّ الصالحات

Dimensi keyakinan harus kuat dibangunkan.
Dalam segala apa kejadian dalam hidup, asbabnya pelbagai, tapi musabbabnya hanya satu; Allah.
Begitu. Dan selamanya akan kekal begitu.

Dewasakan hati. 
Mizah masih perlu latih diri untuk sabar, dan sabar. 
Tidak semua perkara harus diperjuangkan hingga ke akhirnya. Ada yang cukup sebahagiannya sahaja, sementara sebahagian lagi barangkali menjadi perjuangan orang lain. Murnikan niat, moga lebih bijaksanalah dalam menilai.

Satu-satunya insan yang panggil adik. Thankyou Kakak :)

Gigih nak siapkan. Kalau kat kedai ada sampai RM6/piece.
Tapi tak kisahlah, janji lepas harap nak buat rainbow cake untuk birthday sendiri.

Kadang-kadang, kita rasa kita begitu perlukan sesuatu keperluan/kelebihan itu, sedangkan Allah yang lebih tahu apa benar kita perlukannya at that moment, atau lebih kita perlukannya setahun lagi? Sepuluh tahun lagi? We never know. 
Semoga apa yang Allah lebihkan dalam kehidupan kita ini sentiasa terjaga dan terpelihara, juga dibentengi dari hasad dan dengki manusia dan makhluk selainnya.
Semoga kewujudan seorang saya mendatangkan manfaat untuk insan-insan di sekeliling dan yang mengenali. Aamiin!




Di celah jemari, terhimpun kemudi.
Sesuatu yang saya teruskan
untuk akhirnya, saya tinggalkan.
TGG, MYS.

Jun 13, 2016

I'm Muslimah & I'm NOT Cheating in Exam [Part 2]

بسم الله الرحمن الرحيم

Ramadan Kareem everyone.
Ramadan yang sama, natijah yang berbeza, semakin membaik hendaknya.

Ramadan ini, kita jadikan titik motivasi, untuk mengislah diri, memperbaiki peribadi,
meng’high class’kan mutu ibadah  kita di hadapan Rabbul ‘Izzati.

Menyentuh perihal mutu, sudah tentu merujuk kepada kualiti, bukan kuantiti.
Biar sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Jangan sampai bertimbun-timbun, tapi hilang sekelip mata bak debu yang berterbangan. Na’uzubiLlahi min zaalik.

Dan tidaklah dinisbahkan peribahasa ‘sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit’ ni untuk benda baik semata, hatta benda buruk pun boleh juga nak diqiyaskan sebenarnya.
Hmm, macam mana tu ya ?
Ha, den ada cerita nak kongsi, sekadar cerita untuk kita sama-sama cakna tanpa sebarang niat untuk mengaibkan mana-mana pihak.

- - - - - - - - - -

Hari last Final Exam Sem 4
Subjek : Masrah

Seperti hari-hari peperiksaan yang sudah, universiti kami tidak menggunakan sistem angka giliran bagi menentukan tempat duduk untuk menjawab peperiksaan. Kami hanya dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut susunan abjad nama masing-masing. Contoh ;
Kumpulan 1 : A – E
Kumpulan 2 : F – Z

Musim panas sekarang ni, memang tak adalah kami ni nak masuk dewan dan duduk diam-diam dari awal, semua pun dah main belek nota depan balkoni sambil menantikan kedatangan pak ostad. Dan saat telah kelihatan kelibat Ustaz di hujung koridor barulah semua  serbu masuk dewan, aku tidak terkecuali bab ni. Macam biasa, tempat duduk jajahan febret aku tak lain tak bukan mestilah sebelah tingkap (best, udara masuk ikut tingkap aku ambik dulu hee), dan adalah satu keberuntungan bila dapat pula tempat yang betulbetul straight depan meja Ustaz.
Ramai kawan Arab aku tanya kenapa aku suka duduk barisan paling depan, tak terpsycho dengan Ustaz ke ? *Well aku lebih rela terpsycho dengan Ustaz berbanding khouyas dan khetis yang sama-sama menjawab exam ni. Serious talk.

Masuk dewan, ternyata tempat duduk jajahan febret dah diambil orang. Chill Miz, no worries, kena move on lah kan, kemon ! 
Maka berjalanlah aku menuju tempat pilihan seterusnya, still tepi tingkap, row paling belakang sekali, belakang tak belakang kita redah je, last ni last !
Selamat je beg dilanding ke atas kerusi datang seorang kheti *baca : ukhty/sister ni mengaku dia dah cop tempat tu lebih dulu. 
Baiklah, silakanlah, alang-alang aku pun tak duduk lagi baru letak beg je kan, beredarlah aku ke tempat lain dan Alhamdulillah selang 2 tempat duduk di bahagian hadapan tu kosong, yeay !

Dah duduk elok, dah letak beg kat tepi, dah keluarkan student card hujung sebelah kanan meja, dah sedia untuk scan nota berangkai untuk waktu kecemasan dan tak semena-mena datang seorang khetiy ni, ajak tukar tempat duduk dengan dia.
Aku tanya, "tempat kau kat mana ?"

Dia tunjuk ke arah bahagian tengah dewan, approximately 4 row dari belakang. 
Uih, suramnya tempat.
Khetiy ni pun gelisah betul aku tengok, keputusan masih aku cuba pertimbangkan, nak juga tahu kenapa beriya-iya ajak tukar tempat dan aku pun tanyalah dia, kenapa ?

Sekali dia jawab jujur sejujurnya,
“Cuba kau tengok kawan aku yang duduk paling depan tu, ha, nanti dia akan passing jawapan dia untuk tolong aku, aku banyak tak datang kelas, nota aku tak lengkap, sebab tu aku nak duduk tempat ni, senanglah kawan aku tu nak passing nanti…”

Patutlah dari tadi khouya paling depan tu tertoleh-toleh ke belakang ni, amboi, ada konspirasi terpimpin rupanya ya?
Salah orang cik kak. Sudah terang tang tang lah aku
memutuskan secara langsung talian hayat pertimbangan.
BismiLlah, “Maaf, aku taknak tukar. Aku nak duduk sini.”


اللهم فاشهد
Maka, saksikanlah bahawasanya hambaMu ini tidak rela bersubahat.



Padahal, untuk sem ni bukan main lagi universiti kami telah melakukan anjakan paradigma dengan mengcompilekan kertas conteng dengan kertas jawapan sekali gus *tak sempat nak ambik gambarnya* yang pada perkiraan aku sangat membantu untuk mencegah kes-kes spesies ni, sebab diorang dah tak boleh bertukar-tukar kertas conteng. Ah, meleset sama sekali. Ibarat tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas, aktiviti ini masih berleluasa.

Bila dengar cerita daripada kak Y berkenaan universiti diorang yang susunan dalam dewan exam ikut sistem angka giliran, kertas contengnya pun warna ikut row, dan siap dipasang CCTV lagi ma shaa Allah, baru tahu syadid tak syadid Kuliah Syariah.




CCTV Allah sentiasa berfungsi, tak pernah kehabisan bateri.
Hak ni kita lupa agaknya.
Kita mahasiswa/wi universiti, tapi ke mana pergi nilai integriti ?
Ini bukan kisah bangsa Arab, bangsa Melayu, orang M, orang Malaysia semata-mata,
Ini tentang keimanan dan jati diri, kita ini umat Islam, kan ?

I'm Malaysian and I'm not cheating in exam. Aku bawa nama Malaysia, akanku jaga segenap jiwa raga semampu kudrat hamba.
But the most important thing is, I'm Muslimah and I'm not cheating in exam.
Kerana aku khalifah Allah, siswa harapan ummah, aku beriman sesungguhnya Allah itu Maha Melihat, Maha Mengetahui yang nyata mahupun yang tersembunyi.
Sungguh, iman itu lah paksi.


Here is the fire guys.
Nampak macam kecik ja benda ni, bukan semua orang tahu pun, begitulah mentality para pelaku agaknya. Di sinilah permainan ‘sikit-sikit lama-lama jadi bukit’ dari sudut pandang berlawanan. Sedangkan batu yang kecil itu lah yang akan menghasilkan gunung yang besar.
Sekecil-kecil nyamuk pun mampu ganggu sistem tubuh badan manusia berbulan-bulan bahkan. Tak hairanlah Namrud mati hanya kerana seekor nyamuk.

Kalam Ustazah Fatimah Syarha dalam salah satu tulisan beliau ;"Rasulullah SAW tidak mengajar kita meremehkan dosa kecil. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Baginda yang maksum banyak beristighfar.”


Ada benarnya, sensitivity kian berkurang. Benda kecil semakin diremehkan.


Wahai sahabat-sahabat seperjuangan,
jangan putus asa dari rahmat Tuhan.
Usaha dan terus usaha.
Kerana seringkali kita menyalahkan takdir, sedang yang kita sering tersilap adalah bagaimana kita mengurus tadbir.

Allah ajarkan kita, hambanya untuk terlebih dahulu berusaha dan ikhtiar sehabis daya, bukan sekadar meminta-minta dan mendapatkan apa yang dihajatkan sewenangnya.

Dan Yaakub berkata; 'wahai anak-anakku! Janganlah kamu (bersama-sama) masuk dari satu pintu gerbang dan masuklah dari beberapa buah pintu gerbang yang berlainan; namun demikian aku tidak dapat menyelamatkan kamu barang sedikitpun daripada (takdir) Allah. Keputusan menetapkan (sesuatu) hanyalah hak Allah; kepadaNyalah aku bertawakkal dan kepadaNya sahaja orang bertawakkal berserah diri.' (1)

Dan ingatlah akan hamba Kami Ayub ketika dia menyeru kepada Tuhannya; 'Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan penderitaan dan bencana.'
(Allah berfirman): 'Hentakkan kakimu; inilah air yang sejuk untuk mandi dan untuk minum.' (2)


Kembalikan urusan-urusan kita kepada Dia dalam keadaan kita berusaha. Berusaha membersihkan diri dan jiwa dari zulmat dosa.
Lazimi istiighfar, moga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang bertawakkal.


...والمستغفرين بالأسحار 
Dan orang-orang yang memohon ampun di waktu sahur. (3)

Selamat memaknakan waktu sahur di sepanjang Ramadan yang berbaki. Moga kita sama-sama tergolong dalam golongan awwabiin lagi muttaqin.
Misi kita : Piala TAQWA

لعلكم تتقون


 
Semoga dikuatkan, kita.



Villa Chellah, Kenitra.
7 Ramadan 1437H
 - - - - - - - - - - - - - - - -
(1) Surah Yusuf, 12 ; 67
(2) Surah Sad, 38; 41 & 42
(3) Surah Ali Imran, 3: 17


Jun 25, 2015

Ramadan di 3 Fasa

In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful,
Assalamualaikum.





Ramadan Mubaarak :)
10 hari fasa pertama dah berlalu.
Fasa rahmat, apakah sudah berjaya kita tangkap ?

Dan fasa yang akan dibicarakan dalam entri ini adalah fasa perubahan zaman.

Versi campakbelakang dan realiti sekarang.


Fasa 1 : Ramadan di Imtiaz


Bila dah tinggalkan suasana tu, rasa rindu-rinduan,
5 tahun berada di Bumi Ulul Albab, 5 kali Ramadan sebagi 'budak asrama'.
Bermula dari sahur, pukul 4 siren dah bunyi, kejut orang sahur. 
Tak cukup siren biasa ditambah bonus teriakan suara Mat Jen legend Ibest dari kejauhan.
"Sahabat ! Bangun Sahabat !!"
Tapi biasanya, waktu meriah di kantin bermula 4.30 macam tu.
Disebabkan tak suka beratur panjang dan berlama-lama di kantin, maka selalunya aku akan ke kantin lebih awal. Bila jemaah ramai-ramai tu nak start aku dah pun berjalan balik bilik dengan senang hati :) 

Waktu qailullah (tidur sekejap sebelum zuhur) di bulan Ramadan adalah waktu paling sesak di Surau Al-Ajyad, sebab kami malas nak naik dorm, maka untuk menjimatkan masa kami berjemaah qailullah di surau. Suasana dalam surau tu adalah ala-ala pelarian, 
jasad manusia bergelimpangan di segenap penjuru. 
Masa tu, kalau lambat keluar kelas dan lambat sampai surau, alamat berhimpit di celah-celah jelah. 

Untuk iftor, pukul 6.30 tu memang kami dah siap ambil makanan dah.

Ada yang suka datang ambik makanan awal dan cop tempat untuk kawan-kawan depa, 
ada yang memang jenis suka turun kantin lewat and suka ambik makanan last2,
ada yang lepas ambik makanan tu merayap ke kaki lima.
Kalau di Kampung Raja dulu suka duduk random, makan sepatas mungkin sebab nak solat sunat dulu sebelum imam masjid start solat maghrib. 
Masa form 1 memang selalu buat macam tu dengan Aisyah, then ada satu peristiwa ni, seorang senior tegur sebab cepat sangat makan. Heh. 
Hari lepas kena tegur tu kami jadi orang yang paling last letak tray dalam bakul. Amekau. 
Dia tercabar sebenarnya sebab perempuan habis makan dulu :p 

Kalau kat Pelagat ni, kadang-kadang kami berkumpul ikut dorm, usrah serta batch masing-masing.
tapi, ada satu benda yang paling dirindui, di kedua-dua tempat ;
bacaan Al-Quran  yang bergema dalam dewan makan, sama ada bacaan tilawah dalam usrah mahupun yang mengulang hafazan sendirian. Depan makanan, masih sempat kami mengulang hafazan sementara menanti MPA yang bertugas datang untuk memimpin bacaan matsurat beramai-ramai. 
Barisan jubah-jubah dan kopiah putih, tudung labuh aneka warna.
Rindu sungguh ! 

Di Kompleks Bukit Keluang macam mana pulak ya ?
Tak sempat hamba merasa, moga baik-baik saja ^^


Fasa 2 : Ramadan di UNiSZA 

Bila dah masuk U ni, cara pembawaan diri pun dah lain dah. 
Kalau time jadi budak hostel dulu pun dah kena pandai urus diri ikut masa, 
jadi budak U ni sebenarnya lagi lah memerlukan itu semua. Oh, tambah kena urus kewangan sendiri jugak. 
Nak iftor tu lepas Asar sebelum pukul 6 dah kena turun cafe sebab nanti lagi ramai, lagi kena berebut sekali dengan sep Nigeria sekali tambah-tambah kalau nak order masakan panas di Nara Cafe yang kuey tiow goreng nya super sedap,
sedang tuan punya badan memang anti-berebut. 

Biasanya makanan tu beli lebih sikit sebab nak sekali kan untuk sahur.

Almuhimnya sahur dan suka je sahur dengan lauk je tanpa nasi.
Maklumlah, cafe tak bukak dah time sahur nanti, makcik-makcik pun nak masak untuk suami dan anak-anak kat rumah tu jugak.
Dan aku pun memang tak rajin nak terjah turun dari tingkat 4 Blok I, melintasi blok F yang sepi ke cafe tu. 



Pengalaman bermuamalat di gerai jualan course Sejati; buat murtabak maggie dengan senior yang memang senior, yang mulanya aku, Nad dan Nana tercegat macam patung tak laku tak tau nak buat apa sehingga akhirnya kami terbawak balik plastik minuman iftor milik salah seorang senior. Memang lawak habis dan malu yang amat.
Bab tarawih di Unisza aku memang geng tetap Surau Saodah. Ada lah jugak pergi surau lain, Surau Farabi pernah lah sekali, pastu surau yang dekat foyer tu *dah tak ingat nama surau apa dah* the balik tarawih mesti akan gathering dengan member group Sketch BI sebab nak praktis lakonan :D

Pernah iftor di coursemates' punya Blok sebab housemates semua suka iftor kat cafe, dan macam biasalah, aku bukan jenis yang suka bersesak dengan hingar bingar cafe tu. 
Dan pernah jugak bawak housemates (pinjam kereta mama) pergi iftor di Pantai Batu Burok before keluar dari Unisza memandangkan aku ni jarang iftor dengan depa. 
Masa tu depa baru tahu kereta yang depa duk nampak dari tingkap bilik tu adalah kepunyaan si housemate sendiri aherherher XD 
Dah rumah dekat dengan kampus, apa salahnya dimanfaatkan.
Pernah jugak tetiba rasa nak iftor kat rumah lepas mama whatsapp gambar masak Ayam Masak Merah then terus turun bawah start enjin kereta  balik rumah. Hehe.
Zaman di Unisza memang zaman berani lagi legend. 


Fasa 3 : Ramadan di Morocco 

Well, bila dah duduk jauh ni, mula lah mencari yang tak ada.
Nak Kuey Tiow Goreng Montona lah, Nasi Goreng USA kedai Che Ngah, Akok Kedut yang Rais duk sebut dalam kereta otw balik rumah bila sampai traffic light Bukit Tunggal, Coconut Shake pasar malam depan rumah, Air Keladi cafe Unisza pun teringat, tu tak masuk lagi list menu makcik kantin kat Imtiaz dulu, especially lauk Daging Black Pepper with Air Bandung. 
Perhhhh. Marbelles baq hang! 

Ni nak story apa sebenarnya ni ?

Ok, back to the topic,
Suasana Ramadan kat sini tersangatlah berbeza kut. 
Hari first puasa tak rasa macam puasa pun, nasiblah ingat diri sendiri puasa. 
Depa kat sini tak adanya nak jumpa bazar Ramadan petang-petang, adalah jualan chabakia, msemman, baghrir and so on makanan depa tapi tak lah meriah sangat, 
mungkin di certain tempat. 
Kalau di madinah qadimah biasa banyak jugaklah dan sangat murah. 
Mungkin disebabkan faktor musim panas jugak, buah-buahan juicy dijual dengan harga yang sangat rendah. Tembikai di Fes boleh dapat 2DH = 1kg ! *kasi nampak skit*
Memang terbaik. 
Tembikai depa dahlah besar gedabak berkilo-kilo, untung weh!


Musim panas, makanya malam sangat pendek dan siang sangat panjang ditambah bonus teriknya sang matahari yang hanya kadang-kadang ditemani angin.
Orang arab kat sini tak tidur malam musim panas ni, malam-malam depa merayap, 
jalan sana sini, lepak di cafe-cafe jalanan tapi tetap pergi qiam berjemaah di masjid-masjid.
Maghrib pukul 7.45 petang. Isyak pukul 9.15 malam, disambung tarawih sampai lebih kurang pukul 10.30 lebih. Itupun bergantung kepada imam la, ada je yang sampai dekat pukul 11 baru habis solat tarawih 8 rakaat tidak termasuk witir. 
Pukul 2.30 dah start bangun, prepare untuk sahur khususnya untuk orang yang bertugas masak hari sekian. Azan subuh lebih kurang 3.30 pagi.
Begitulah sehari-hari.

5 hari menjalani Ramadan di kota Fes yang tersangatlah mempesonakan.
Disebabkan akhowat Malaysia di sana hanyalah 2 orang, maka depa menyewa bersama-sama pelajar perempuan Thailand.


Iftor di Tunis Mosque, Fes.

Masjid-masjid di sini menyediakan tamar, segelas halib (susu sejuk) dan segelas air untuk iftor sesiapa sahaja yang berada di masjid tersebut. 
5 minit lepas azan terus iqamat untuk solat Maghrib berjemaah.
Selepas solat Maghrib baru depa akan keluar mencari juadah tambahan untuk mengisi perut. Tapi kebiasaannya, depa akan memilih untuk makan berat selepas selesai tarawih *depa kan tak tidur malam*
Makanan Maghribi yang boleh dikatakan femes emes untuk iftor salah satunya adalah harira; ermm, macam sup tomato versi lagi sedap mungkin? *kalau nak tahu rasa exactly harira ni kena try sendiri la! pi cari resepi dalam page PMMM XD



Harira

Lain pulak cerita kami di Mohammedia ni, masuk Ramadan memang jimat habis.
Sebab setiap petang akan ada van Kotoubia *syarikat yang mengusahakan produk tenusu dan kasheer(adik beradik angkat sosej)* yang pemiliknya murah hati mengagihkan set makanan iftor berupa nasi di atasnya terdapat ala-ala daging cincang, harira, beberapa biji kurma dan chabakia, roti baugette, croissant, kasheer serta sebiji telur rebus.
*Ini tak payah beli telur lain dah nak buat biskut telur rebus nanti
Setiap rumah akan diketuk pintu dan ditanya berapa orang yang nak makanan Kotoubia ni sebab depa akan bagi ikut bilangan yang dinyatakan. Best kan setiap hai dapat macam ni ?
Alhamdulillah.
Tak semua tempat tau, van Kotoubia ni buat agihan. Brada'a, tempat tinggal kami pelajar Malaysia di Mohammedia salah satu tempat terpilih tu or mungkin satu-satunya tempat yang dibuat agihan, who knows? Tak pernah tanya pulak brother yang hantar makanan tu, ahaks.
Mungkin jugak disebabkan tempat tinggal kami area kampung dan kurang mampu.
Makanan tu pun memang dah boleh buat sahur terus.
Semoga Allah membalas kebaikan dengan berlipat kali ganda buat warga Kotoubia :)

Dan tarawih kami di sahah (kawasan lapang) di hujung jalan menghadap simpang empat.
Best sebab tak panas, dapat nikmat angin original lagi. Alhamdulillah.


So begitulah kisahnya Ramadan di 3 fasa,
dari bermastautin di tempat yang sangat dekat dengan rumah, yang boleh ulang alik sesuka hati even jalan kaki pun hingga lah tempat yang sangat jauh, yang naik kapal terbang pun ambik masa lebih sehari untuk sampai.
masing-masing punya keistimewaan yang tersendiri untuk dikenang.
Moga-moga tak luput di ingatan.

Selamat berpuasa bersahur bertarawih beribadah dan mengeksploit sebanyak mungkin pahala yang dipromosikan ArRahman.
TaqabbalaLlahu minna wa minkum.





Mont Fleuri, Fes.
9 Ramadan 1436H
25062015

Aug 16, 2014

B - T - N !

In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful.
Assalamualaikum 
and Salam 1 MALAYSIA to all readers :)

Ambik semangat bulan Ogos, bulan kemerdekaan negara.
Lagu-lagu patriotik pun dah banyak berkumandang di corong2 radio.
Dan bersempena dengan itu juga, ingin saya kongsikan pengalaman dan pengalamian saya
 sepanjang 5 hari 4 malam di BTN.
Kepada semua adik abang kakak yang bakal ke BTN, 
bolehlah grab da point apa adanya.

Nak baca ?
Sila ^.^

Tak nak baca ?
Tak paksa -.-

Theres too many rumours spread widely bout this BTN issue.

" Masa kat BTN nanti siap sedia tau, kena basuh dengan softener clorox habis ... "

Erk ?

Because all of these are too mainstream.
And my OWN experience was differ.

Ohh, sebelum tu, do you know what BTN is ?
*angkatkeningsebelah*

BTN stands for
Biro Tatanegara.
Fungsi utama BTN adalah untuk
Memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara serta nilai-nilai murni dan aspirasi bangsa Malaysia untuk mempersiapkan diri mencapai hasrat Malaysia 
menjadi negara maju pada tahun 2020.

BTN ni kira saudara mara PLKN lah jugak.
Tapi tak pasti pulak sepupu ke dua pupu ke kupu-kupu ke. =.='
This programme is not only for mahasiswa yang akan ke luar negara,
but untuk semua lapisan masyarakat start dengan student sekolah menengah lagi 
dah ada yang involve sampai lah ke penjawat2 awam yang taktahu limit umurnya berapa --'
Tapi kebiasaannya BTN untuk mahasiswa yang akan ke luar negara akan diadakan serentak di semua Kem Bina Negara yang ada kat Malaysia ni.



#YTjordanmorocco

The latest BTN was the one yang diadakan di Kem Bina Negara Besut and di Kem2 Bina Negara yang lainnya
pada 11 - 15 Ogos 2014 dan disertai oleh mahasiswa mahasiswi yang akan ke luar negara under Yayasan Islam Kelantan (YiK) dan Yayasan Terengganu (YT)
seramai lebih kurang 200++ penuntut lelaki dan wanita.
Divided into 2 ;- Kem A and Kem B.
Dan saya antara salah seorang peserta Kem B sebab semua yang under YT ditempatkan di Kem B.

Nama program kami :-
Program Transformasi Mahasiswa Ke Luar Negara.

Pada awalnya, serius memang malas nak pergi.
Malas yang amat. 
Dalam kepala ni dah ada pop-out window membayangkan suasana kat BTN nanti.
Bila ditanya antara sukarela / paksarela,
maka kedua-duanya bukan pilihan saya.
Ehh ? Macam mana pulak tu ?
Nak kata suka, memang tak, tapi taklah sampai level paksa kut.
Just RELA.
Sebab bila rela ni, suka ke tak ke, you'll have to face it jugak.
Maka dengan ini, saya rela ke BTN.

The first 2 days of BTN rata-rata hanya untuk menghabiskan 4 slot Wacana Minda *lebih kepada ceramah* 
Semua peserta memang kena fokus n take note untuk semua keempat-empat slot Wacana Minda ni sebabnya in the end of da camp ada exam menanti uolls.
And the questions are based on the talk.
So, kalau rasa diri cepat mengantuk bolehlah bawak air mineral berapa banyak botol sekalipun or bawak bekal sweets banyak2, at least nanti kalau kawan sebelah mengantuk jugak boleh lah bagi dia sekali XD

Sebelah petang aktiviti kami cuma praktis Gerak Wira.
Tu je. Instead of kawad kaki tu biasalah, mesti ada jugak sikit2.
Gerak Wira ni memerlukan fokus yang tinggi sebab kena buat 2 benda dalam satu masa.
Gerakan dan nyanyian.
Memang kena praktis sebab kami bertanding antara kumpulan.
Mula-mula tu macam annoying jugak la kena buat gerak segala bagai ni tapi lama kelamaan jadi excited lebih pulak :D

2 hari berikutnya diisi dengan 9 slot PKPK *ala-ala LDK gitu*
Untuk kem kami kali ni, kami dibahagikan kepada 8 kumpulan yang setiap satunya dikelolai oleh seorang fasilitator yang berpengalaman.
For the rest of da day in BTN, group tulah family uolls.
Sebab mereka lah yang akan uolls hadap dari pagi sampai malam,
semua aktiviti memerlukan uolls berkerjasama dengan group members
and even setiap kali makan pun uolls akan makan semeja dengan group.
Kalau dah macam ni, mana tak rapat ?


#Group1 #KelopakJantung

Setiap slot PKPK ni berkonsepkan diskusi,
lotaran idea, sharing etcetc.
Kena banyak bersuara, nyatakan pendapat dalam konteks kenegaraan, politik negara dan dunia.
Skop dia sangat luas so jangan sesekali menyempitkan fikrah kita dengan typical point yang kita sendiri taktahu akar umbinya.
Alhamdulillah, sekarang saya nampak fungsi subjek Kenegaraan & Kemasyarakatan *KnK* 
yang sempat belajar di Unisza.
Ohh, thanks Ayah Wan :'-)

" Kita kena tahu dulu sesuatu perkara atau isu tu sebelum kita menilai atau bagi pandangan berkenaan perkara tersebut. "
- Ustaz Wan Sulaiman *fasi kami* -

Barulah 'actions speak louder that words'.

Malam last tu pulak, setiap group kena buat persembahan which is nyanyian lagu patriotik yang telah ditetapkan.
1 group = 1 lagu patriotik
And my group kena nyanyi lagu 'Malaysiaku Gemilang'.
Memang havoc.


-  -  -  -  -  -  -  -  -  -  -  -  -  -  -  -  -  -  -  -  -  -  -  -  -  -  -  -  -  -  -  -  -

BTN sangat best.
Serius. Tak tipu.

Program ni dah naikkan skala pengetahuan am bagi insan macam saya yg terlalu miskin dengan ilmu sejarah dan kenegaraan tanah air sendiri.

Ukhuwah.
Mahabbah.
Sepakat.
Kerjasama.
Semangat.
Yakin.
Toleransi.

Terlau banyak untuk diperincikan satu persatu ibrah yang saya dapat,
 and hopefully dapat jugak saya amalkan dalam kehidupan seharian.

Last ,
" Tertutup jangan terlalu jumud, terbuka jangan sampai hanyut. "


Moga kita bertemu kembali.
Jika bukan sekrang, mungkin suatu hari nanti.
Jika bukan di dunia, moga2 di syurga abadi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Transparent Teal Star