Jun 8, 2011

Mujahadah Penggerak Ummah

Salamun 'Alayk

Masih berpeluang menulis di cuti sekolah yang kian tiba di penghujungnya.
Alhamdulillah.
Kebiasaannya, bila da nak bukak sekolah, mindset pun turut sama berkisar ke arah itu.
Jom sama2 kita tajdeedkan niat kita dalam melayari bahtera kehidupan yang akan datang dengan cahaya Islam yang bergemerlapan.

Hidup ni penuh dengan persoalan.
Ada yang jawapannya mudah ditemukan dan ada pula yang sebaliknya.
Bukankah setiap hari juga kita diasak dengan pelbagai persoalan
yang memerlukan kita untuk membuat pilihan?

Jam menunjukkan5.00 pagi ;
soalan pertama di permulaan hari -
A. bangun
B. sambung tidur balik

Jika pilih untuk bangun, muncul pula soalan kedua ~ sejukla pagi ni ;
A. mandi
B. menung atas katil sambil tunggu sejuk tu berkurangan



2 soalan di atas ini sudah cukup untuk menunjukkan betapa kita perlu membuat pilihan yang tepat. Dan untuk membuat jawapan yang tepat kita perlu lawan nafsu.
Dan untuk lawan nafsu semestinya perlukan MUJAHADAH.

Itu mungkin semasa berada di sekolah. Jika di rumah.....?

Al-Quran atau Novel ...???

Ulang kaji atau Facebook ...???

(Bila mp3 disumbat di telinga ...)

dengar Quran atau lagu2 hip ...???

Jawapannya ada pada anda.

Mujahadah bukan sekadar sinonim di medan perang semata-mata,
malah mujahadah yang sebanar adalah mujahadah melawan nafsu.

Adakah anda fikir mereka yang berperang di medan perang itu tidak punya nafsu?
Mereka juga manusia. Sama seperti kita.
Perbezaan antara kita dan mereka hanyalah keteguhan iman mereka dalam mujahadah melawan nafsu demi menegakkan agama Allah.

Jadi, jika mereka mampu mujahadah di medan perang,
tidakkah kita juga mampu sebenarnya mujahadah dalam kehidupan seharian kita..?
Persoalannya ialah mahu atau tidak..??

Tidak cukup hanya dengan mengatakan mahu bahkan memerlukan ISTIQAMAH (berterusan).
Sekali lagi mujahadah diperlukan untuk membantu anda istiqamah!

Terbukti dengan sendirinya bahawa mujahadah itu penting dalam menggerak ummah ke arah masa hadapan yang lebih gemilang.

Apa lagi yang dinanti?
Mari bersama-sama mengislah diri.
Teguhkan iman dengan sepenuh kebergantungan hanya padaNya
dan mujahadahlah.

Saya yakin dan percaya
kita mampu mengubahnya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Transparent Teal Star