Nov 5, 2011

Erti Sebuah Pengorbanan

Salamun 'alaik.
Alhamdulillah, sekali lagi umat Islam seluruh dunia berhari raya Aidiladha atau dikenali dengan Hari Raya Haji atau Hari Raya Qurban bagi masyarakat Malaysia sangat sinonim dengan kisah Nabi Ibrahim yang diperintahkan Allah untuk mengorbankan anaknya Ismail sebagai bukti ketaatan.
Semua maklum, susur galur kisah sirah yang hebat ini tanpa perlu saya huraikan panjang lebar. Tidak dapat dinafikan, hanya dengan keimanan yang tertinggi, mampu membawa kepada pengorbanan yang agung ini. Selain Nabi Ibrahim sebagai seorang ayah, Nabi Ismail
sebagai seorang anak, pastinya seorang lagi watak utama yang yang sangat saya hormati ialah Siti Hajar; Ibu kepada Nabi Ismail, Isteri kepada Nabi Ibrahim.
Realitinya, tidak akan berlaku pengorbanan agung ini tanpa seorang wanita seteguh Siti Hajar. Beliau telah terlebih dahulu melakukan pengorbanan untuk memungkinkan berlakunya peritiwa besar yang terus menjadi simbol ketaatan seorang hamba kepada Penciptanya yang kisah mereka diabadikan hingga ke hari ini.
Sejurus kelahiran Nabi Ismail, turunlah perintah Allah agar Nabi Ibrahim membawa Siti Hajar ke tanah Hijjaz. Ditinggalkan sehelai sepinggang bersama seorang anak yang masih bayi di tanah gurun yang tandus lagi tidak berpenghuni, Siti Hajar reda dengan ketentuan Allah, yakin akan hikmah yang tersembunyi yang dijanjikan-Nya.
Adakah mudah membesarkan anak sebagai seorang ibu tunggal, dalam masa yang sama berjaya memadamkan kebencian seorang anak kepada ayah kerana meninggalkan mereka tanpa perlindungan selain perlindungan Allah?
Adakah mudah membuang perasaan sedih dan kecewa apabila berlaku sesuatu di luar keinginan kita, dan reda sepenuhnya dengan ketentuan Allah serta meletakkan pergntungan hanya kepada Allah?
Berkorban.
Satu manifestasi keimanan yang sangat tinggi kedudukannya dalam diri seorang mukmin. Hakikatnya, setiap insan akan melakukan pengorbanan. Persoalannya adakah pengorbanan itu adalah bukti keimanan atau pengorbanan yang menjurus kepada kemungkaran dan maksiat kepada Allah Ta'ala?
Masakan demi mengejar syurga Allah yang mulia itu kita hanhya mengharapkan amal kerdil yang tidak menuntut sebarang pengorbanan? Mengapa begitu sukar berkorban untuk kebaikan?
Fakta. Lagi sudah nak ajak orang mengahdiri majlis ilmu dan program2 ilmiah berbanding nak ajak diorang makan2 or jalan2 cuci mata. Sedangkan makan2 or jalan2 juga menuntut kita mengeluarkan modal. Jadi kenapa?
Kerana untuk melangkah setapak menuju kebaikan, adanya tarikan nafsu, bisikan syaitan dan kecenderungan peribadi yang perlu dilepaskan. Sedangkan, banyak ajakan-ajakan di luar sana yang selari dengan keinginan kita, lantas pengorbanan material bukanlah penghalang. Ternyata, mengorbankan al hawa’ adalah pertarungan yang jauh lebih sukar.
Belenggu utama umat islam hari ini adalah masalah dalam meletakkan prioriti amal. Bukanlah salah untuk meraikan diri sendiri dengan melakukan apa yang kita suka. Namun, mengapa begitu sukar memberikan masa, tenaga, wang dan mengorbankan kecenderungan peribadi demi melakukan sesuatu yang kita yakini manfaatnya lebih besar untuk kehidupan akhirat, yang jauh lebih kekal. Semoga Hari Raya Qurban pada kali ini bukan sekadar menjadi satu titik dalam kalendar umat Islam, malah hakikat pengorbanan itu benar-benar kita hayati dan tegakkan di dalam diri.
Korbankanlah nafsumu kerana di situlah terletaknya kemanisan iman.
Belajarlah berfikir untuk umat kerana itulah bukti keimanan.
Tinggalkanlah segala keraguan dalam memilih kebaikan.
Your life. Your choice.
Salam Aidiladha 1432H.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Transparent Teal Star