Google | Youtube | Al-Ahkam | IslamGRID | Islamic Research Foundation | Palestinkini | Dunia Muslim | Ilmu Sunnah |

Dec 23, 2012

Graduated , UCR :)

Assalamualaikum .
A huge appreciation to all of you , for being supporting me, 
near or far , in or out , it doesnt matter at all.


Hows life , readers ?
Apa cerita orang Pantai Timur ?
Hujan tak berhenti seharian signal kepada Musim Tengkujuh yang baru nak ucap ahlan wasahlanSo , kepada sesiapa yang ada ura2 nak jenjalan kat area kami ni , mohon dipertimbangkan . Bukan apa , demi keselamatan dah kesejahteraan anda semua jugak . :)
Dan cadangan saya kepada rakyat jelata khususnya orang2 sekampung , kalau nak buat majlis kenduri ke apa ke pada tahun2 yang akan datang tu , elok lah sekiranya dilaksanakan lebih awal , kebahagiaan dan ketenteraman akan lebih terjamin . ^^"
* pesanan penaja yang tak bertauliah

Well , back to the future topic ! Err , sebenarnya taktahu nak letak tajuk entri apa .
Setelah hampir dua bulan cuti akhir tahun ni , dalam jangka masa tu jugaklah UCR menjadi rumah kedua saya . UCR ??? * ouhh , patutla semua tercengang
UCR stands for Universiti Cikgu Razak ! *err , nama tu Cikgu Razak sendiri yang declare ehh !
Actually , the official name is Pusat Tutorial Durian Burung ,
 nama glamour 'Pusat Tusyen Cikgu Razak' . Sebabnya , pusat tusyen ni terletak dalam kawasan rumah Cikgu Razak dan memang dah berpuluh tahun pusat tusyen ni beroperasi . Ada harapan jadi 'Pusat Tusyen Berprestasi Tinggi' ni ! ehh , ada ke ?

Selama hampir 2 bulan jadi 'mahasiswi' kat sini , terlalu banyak benda yang saya dapat .
Jumpa member2 sekolah lama dulu , budak SHAMS yang dah memang anggap pusat tusyen tu sekolah kedua diorang disebabkan student SHAMS sangat ramai menuntut kat sini .
Budak Imtiaz pun boleh tahan ramai jugak , but most of them from KOSPINT .

sekilas pandang , cewahh !

First time dapat jadual tusyen kat sini , woahh , memang melopong habis .
Full ! Dah lah almost setiap hari ada kelas , sehari tu pagi sampai petang (kalau break pun  tengah hari) tu pun tak campur lagi hari tertentu yang ada kelas malam , setiap kelas tu pulak dekat 3 jam ! Memang pergghhhh !
Tapi tu persepsi awal semata-mata . Bila dah menjalani apa semua tu barulah timbul rasa happy , fun datang kelas . Langsung tk rasa terbeban dengan jadual yang compact , macam apa , bahagia je :)  Sampai satu tahap sanggup tak ikut family pergi KL sebab sayang nak miss kelas . Aww ! Yeah , thats da fact .

Sungguh , walaupun kat sini saya just ambik 4 subjects , seolah-olah ada satu lagi subjek tambahan . Tau subjek apa ? Subjek kehidupan . Life .
Tak pernah satu kelas pun berlangsung tanpa silibus kehidupan tu .
Life is subjective . Boleh kait dengan macam2 benda .
Family . Future . Religion . Personality . etc etc .  Sungguh tak rugi masuk tusyen kat sana .

Cikgu Razak ajar Chemistry
Sungguh tak dinafikan beliau seorang yang garang . Kalau marah , mesti marah straight + pedas pulak tu . Haru sungguh . Tapi , garang2 pun , kalau time buat lawak , memang bergegar jugak kelas tu . Memang beliau selalu akan syarah kiteorang terutama bab personaliti n confident level . Pernah satu hari tu , ex-student kat situ (sekarang ni in progress utk further study ke Rochester , USA ) dijemput masuk ke kelas kiteorang utk sharing pengalaman dia . Fuhh ! Memang menjentik sanubari lah , speaking kalah mat saleh !
Andusually , time2 kiteorang duk jawab soalan , ada je music background , 
Wali Band - Doaku Untukmu Sayang , memang lagu tu jelah yang jadi soundtrack nya memandangkan Cikgu Razak suka sangat lagu tu . Dan setiap kali lagu tu dipasang , setiap kali tu jugaklah beliau akan keluarkan statement , "lagu ni khas untuk isteri saya...."  
Students dah pun tersengih-sengih .

Addmath , Cikgu Ali Hassan .
Cikgu Ali ni cikgu paling senior lah kira . Cikgu Ali ni jugak cikgu kepada Cikgu Razak suatu ketika dahulu . Belajar addmath ngan Cikgu Ali memang best *walaupun diri sendiri tak berapa nak jatuh cinta lagi ngan addmath ni . Masa kelas addmath rasa macam klasik habis .
Cikgu Ali sangat suka bercerita kisah2 lama , zaman Jepun , zaman British and relate dengan zaman sekarang . Differentiate lah kata kan ! Hee :)  Tapi , semua tu ada nilainya , nilai kesyukuran .

Kalau Fizik pulak , we have our Cikgu Mad .
Alhamdulillah , boleh ikut walaupun memang express . Sebab bila kita nak kejar train , train tu takkan jadi makin perlahan dah , kita yang perlu speedkan langkah , kan ?
* still need improvementYang special nya , Cikgu Mad ni secara natural nya boleh buat orang gelak dengan aksi selamba dia tu . Memang tak kering gusi lah kiteorang ni . And Cikgu Mad ni biasanya bagi balik awal :)  

And last , Bio . Cikgu Apih .
First class tusyen kat sini kelas Bio and the last one pun Bio jugak . Cikgu Apih ni sebenarnya mengajar kat one of the sekolah cina kat Miri , Sarawak . Siap bukak pusat tusyen lagi kat sana . Dan sekarang sedang menanti kekosongan peluang pekerjaan di negeri Terengganu yang dicintai . Memang nak suruh Cikgu Apih ngajar kat skolah saya je rasanya untuk mengganti kekosongan taun depan tapi dia refuse , sebab katanya Imtiaz busy , nanti dia tak sempat pulak nak gi ngail . Oh , tak habis2 dengan ikan !  Ouhh , tertinggal satu fakta , Cikgu Apih ni anak kedua Cikgu Razak .
 LIke father like son la , kan ? Memang cara diorang sama tapi tak serupa .
Sekali dia ajar Bio , habis subjek dia relate kan skali , Addmath , Chemistry , Physic, even Arab pun masuk sama !


hadiah graduasi from Egypt , thanks Cikgu Apih !
"Sesiapa yang tak dapat hadiah di atas maknanya belum graduated dengan saya.. "
-Cikgu Apih-

Terima kasih cikgu !

Kalau boleh , nak stay tusyen kat sana sepanjang taun depan .
Boleh ke ?
Aha , boleh je tapi kena tukar skolah la , masuk SHAMS , nak ?
T__________T


So , story panjang lebar ni just nak kongsi pengalaman yang tersirat berbagai-bagai pengajaran di dalamnya .
Kita boleh belajar banyak perkara dari satu benda .
Tambah2 benda yang langsung tak disangka .
Sebabnya , dalam setiap amal , ada janji Allah .

Live your life and never give up !

* off *
Alaykum As-salam .


1 comment:

faramir said...

aq memang suka baca blog nei . entri nei 2012 punya dah lama , tapi based on celoteh yang dilontarkan mengenai mereka , masih lagi sama . nak2 cikgu razak bial kita orang buat latihan beliau akan pasang lagu haha . one of different kalau menuntut ilmu di sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Transparent Teal Star