In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful.
Assalamualaikum :)
Buat awak-awak semua,
yang hadir dalam hidup saya,
atas indahnya susunan takdirNya.
Awak,
saya nak pergi dah.
Berangkat ke bumi asing yang saya tak punya siapa,
bukan juga tanah ibunda,
namun ada sesuatu di sana yang buat saya jatuh cinta,
setelah sekian lama hati dan jiwa ini meronta
untuk ke sana.
Dan hari selepas esok bakal jadi saksi jejak kasih
dan rindu yang bertapa,
antara bumi asing itu
dan saya.
Awak,
saya nak pergi dah.
Bukan mudah untuk saya sampai ke tahap ini.
Banyak cabaran yang harus dilalui.
Berbekalkan semangat dan kecekalan hati,
tiada apa yang mustahil dengan izin Rabbi.
Berbekalkan doa dan sokongan yang tak pernah henti,
daripada insan-insan yang jiwanya suci murni,
dan saya pasti,
inilah jawapan dari Ilahi.
Awak,
saya nak pergi dah.
Doakan saya kuat di sana nanti.
Sebab di sana tiada lagi awak yang sedia menanti,
untuk saya luahkan segala simpang-siur cerita hati.
Mohon awak jaga diri,
dan saat ini telah saya titipkan
moga awak sentiasa dalam dakapan cinta Yang Maha Mengasihani.
Moga masih ada lagi pertemuan yang menyusul
antara kita selepas ini.
Awak,
meski bumi itu tempat kaki bakal berdiri,
mana mungkin saya lupakan tanah air sendiri,
apatah lagi penghuni tanah air yang menanti di sini.
Kelak pabila terlunas segala janji,
tertunai segala impian yang terpasak di hati,
saya akan kembali.
Awak,
saya nak pergi dah.
Walaupun bukan pergi untuk selama-lamanya,
sungguh detik hujung nyawa itu
di luar kuasa kita untuk menduga.
Mohon,
maafkan segala khilaf yang ada,
sama ada tersembunyi mahupun nyata,
maafkan segala salah silap yang sengaja atau sebaliknya.
Till we meet again.
In shaa Allah.
[Saya]
21092014
Bakal pengembara ilmu
di bumi gerbang Andalusia.
No comments:
Post a Comment