Dec 15, 2017

This is so called Morocco [Part 2]

In the name of Allah. the Most Gracious the Most Merciful.
Assalamualaikum :)


Sepertimana teori-teori baru Generative Grammar dalam bidang linguistik yang didatangkan oleh Chomsky adalah untuk memperbaiki teori-teori sebelumnya, begitulah juga ditulis entri ini bertujuan untuk mengemas kini dan menambah maklumat renteran entri yang ditulis sebelumnya (boleh baca sini : This is so called Morocco :))
Disebabkan entri terdahulu mendapat sambutan yang agak memberangsangkan, boleh jadi penangan drama bersiri Khabar Dari Casablanca terlalu hangat, atau rakaman Program Syahadah di bumi Maghribi Ramadan 1439H/2017M yang lalu, juga Haramain Backpacker 2 yang telah disiarkan dengan jayanya di saluran Astro Oasis, juga bersempena penghapusan visa untuk ke Maghribi yang mula berkuatkuasa pada hujung tahun ini, in shaa Allah pada entri ini saya akan kembali menyajikan anda  tempat-tempat menarik berikutnya buat anda yang ingin menjelajah Maghribi.

Jika entri sebelumnya anda sudah disajikan dengan kawasan pesisir pantai, entri ini lebih berfokus pada kawasan 'tengah' Negara Gerbang Andalus ini pula, kebanyakannya sesuai dikunjungi pada musim sejuk (Disember-Februari). Secara ringkas sahaja ya, nak cerita panjang-panjang nanti tak surprise pula,



6. FES Kota Warisan
Bandar kedua terbesar di Maghribi selepas Casablanca. Berdurasi kurang lebih 3 jam dari Rabat. Fes dahulunya pernah menjadi ibu negara Maghribi. Teksinya berwarna merah, persis Casablanca, bezanya meter teksi di Fes lebih murah :)
Jika di Tetouan ada za'za', di Fes pula jangan ketinggalan untuk menikmati keenakan Salad Fruit di kota warisan ini!

(i) Madinah Qadimah/ Fes el Bali
Bandar lama Fes yang di setiap ceruk dan lorong yang unik dan klasik dijadikan tempat menjemput rezeki bagi penduduk tempatan. Pakaian dan barangan kulit boleh didapati di sini dengan harga yang sangat berpatutan!
Di sini juga terletaknya;-
-Universiti Qarawiyyin, universiti tertua di dunia yang ditubuhkan yang masih mengekalkan sistem pengajian talaqqi.
- Madrasa Bou Inania: diasas oleh Abu Inan Faris pada dinasti Marini
- Tannery: Tempat pemprosesan barangan kulit secara manual (menggunakan tenaga manusia)

|MDiNA QADIMAH, JUN 2015 : Bab Joloud, sebuah permulaan|


|AL-QARAWIYYIN, JUN 2015|



Tannery
| MDINA QADIMAH, JUN 2015 : Bab Rassif, sebuah kejayaan|

Tudiaaa. Salad Fruit special in Fes! #sebabbahagia




7. MEKNES
Juga antara kota warisan yang bersejarah di bumi Maghribi, berjarak kurang lebih 60km dari kota Fes. Teksi di wilayah ini berwarna turqoise, rare!

(i) Oualili/Volubilis - Sisa reruntuhan kota Romawi kuno yang ditemukan sekitar 1915.
Kebiasaannya, pengunjung yang ingin ke sini menggunakan kenderaan sendiri (kereta yang disewa) memandangkan teksi kabeer sangat jarang dan sukar didapati di kawasan tersebut, juga seandainya anda berjaya mendapatkannya, tambang yang dikenakan ke atas anda sangatlah tidak berbaloi.
Pesanan penaja : elakkan ke sini pada musim panas lebih-lebih lagi di bulan ramadan yang mulia, kelak akan teruji kesabaranmu, machallah
(ii) Maqam Moulay Idris Akbar - berhampiran dengan Kota Oualili terletaknya maqam Moulay Idris Akbar; susur galur keturunan Rasulullah SAW; Moulay Idris merupakan cicit kepada Sayyidina Al-Hasan bin Ali.


| VOLUBILIS, JUN 2016|

|MAQAM MOULAY IDRIS AKBAR, JUN 2016, Kesempatan yang tidak terbandingkan||
Yang nampak hanya bunga matahari, rupa-rupanya kami di tengah-tengah ladang kuaci!
Route to Oualili, minta khouya berhentikan kereta tepi jalan tengah panas terik semata-mata terpesona dengan yang ini.
Jadi, mahu pilih bunga yang mana? Ahaks.





8. MARRAKECH 
Terletak di bahagian selatan tengah Maghribi. Digelar 'Bandar Merah' kerana rata-rata bangunan di wilayah ini berwarna merah. Selain itu, ia juga dikenali sebagai 'Kota 7 Wali' yakni merujuk kepada 7 orang wali yang berperanan besar dalam usaha menyebarkan Islam di tanah argan ini. Walaupun wilayah ini digelar Bandar Merah, teksi di wilayah ini bukan merah ya, tapi berwarna kuning+coklat cair.

(i) Masjid Koutoubia antara masjid yang tertua di bumi ini, mengetengahkan seni bina Moorish yang kemudiannya turut menginspirasikan konsep yang sama pada binaan La Giralda, Seville.
(ii) Jami3 El Fnna

(iii) Medressa Ben Youssef; madrasah tertua di Marrakech yang dipercayai dibina sekitar abad ke-15. 
(iv) Bahia Palace/Palais Bahia dibina sekitar tahun 1984-1990
(v) Badia Palace/Palais Badia



| Masjid Koutoubia, FEB 2015|
| Masjid Koutoubia, OGOS 2017 - interior |
|JAMI3 EL FNNA, JAN 2017|

|JAMI3 EL FNNA, JAN 2017|


| Medressa Ben Youssef, JAN 2017: siapa yang boleh baca statement atas entrance door tu kita geng! |
| Medressa Ben Youssef, JAN 2017 : walaupun gambar cliche tapi berbeza nilainya dengan yang disnap sendiri|




9. JABAL ATLAS 
(i) Atlas Tinggi :OUKAIMEDEN - Marrakech 
Oukaimeden terletak di Atlas Tinggi. Jaraknya 80km dari bandar Marrakech. Kebiasaannya untuk ke sini pada musim sejuk, banyak teksi kabeer yang menawarkan perkhidmatan dengan harga yang boleh nego. Kami, student Malaysia lebih gemar menaiki kereta sewa dan dipandu oleh pelajar lelaki yang berkemampuan dan berani untuk menggalas tugas ini. Nak main salji, main ski, naik cable chair, sila datang sini ya!


Ke kanan Oukaimeden (winter), ke kiri Ourika Valley (summer). Make a choice :)
| Oukaimeden, JAN 2017 : at the peak|


'Cable chair' to the peak of Oukaimeden. Naik okay lagi, turun tu seriau dia boleh tahan!
Cara untuk memastikan 'driver' dan pemanduan stabil. Sila contohi ;) Credits to all adikberadik #jaulahsekejaptapiindah JAN 2017

(ii) Atlas Tengah ; Michlifen, IFRANE
Juga mendapat jolokan 'Mini Switzerland'.
Gambar belum ada sebab admin belum pernah ke sana. In shaa Allah masih dalam perancangan semasa. So, sila google ya :)


10. MERZOUGA, Part of WESTERN SAHARA 
Antara keunikan geografi bumi Maghribi ialah terdapatnya Atlas-atlas (Oukaimaiden, Ifrane) di kawasan tengahnya yang bersalji ketika musim sejuk, juga adanya kawasan padang pasir tandus (Merzouga), yang menimbulkan kekeliruan kepada kami winter ni nak main salji atau naik unta di sahara? XD
Tentang padang pasir. Tentang unta yang bukan mudah untuk dikawal selia.
Tentang penduduk tempatan (warga Berber), bermalam di khemah, unggun api, tayammum, sunset, sunrise, ah, terlalu banyak untuk dikisahkan.
Pendek kata, sempatkanlah diri anda ke Sahara. Pemandangan, pengalaman dan ibrahnya sungguh berharga. 

Teksi di sini berwarna... jeng jeng jeng...
Tiada teksi yang dapat dikesan, kerana pengunjung akan menaiki unta untuk ke kawasan perkhemahan (kawasan bermalam)



Terima kasih untuk ibrahnya!

| Merzouga, JAN 2015 : heading to campsite. An unforgettable moment|



(i) Ait Ben Haddou ak.a. Hollywood of Morocco -
merupakan sebuah perkampungan sejak berkurun lamanya yang didiami oleh bangsa yahudi dan kaum Berber yang mana rata-rata mereka terdiri daripada golongan pedagang yang kaya raya. Perkampungan ini dikekelilingi sungai yang dikenali sebagai 'Salt River' disebabkan didalamnya terkandung komposisi garam. Dan apa yang menarik ialah nilai garam pada zaman tersebut setanding dengan nilai emas! Sah-sahlah mereka kaya raya!
Kawasan ini juga dijadikan lokasi penggambaran filem-filem tersohor seperti; 
- Gladiator (1999)
- Kingdom og Heaven (2004)
- The Games of Thrones (2012)
(ii)Ourzazate - berjarak selama kurang lebih 3-4 jam menaiki van dari/ke kawasan padang pasir. Antara lokasi-lokasi menarik berhampiran (tidaklah terlalu hampir juga)
- Todra Gorges: memang gojes baq hang!
- Toudgha El Oulia: sebuah perkampungan kaum Berber
- Atlas Corporation Studio


| Toudgha El Oulia |


|Atlas Corporation Studio : one of my fav pics|

Freestyle!


Seperti biasa, untuk ke wilayah-wilayah yang disebutkan di atas anda boleh memilih untuk menggunakan perkhidmatan keretapi ONCF kecuali untuk ke Merzouga, sebaiknya anda ke Fes/Marrakech terlebih dahulu dan baki perjalanan haruslah diteruskan dengan menggunakan van (yang diuruskan oleh agensi yang menawarkan pakej khas untuk ke sana).
Sekali lagi, In shaa Allah, bermula 27 Disember 2017 tiada lagi visa dikenakan ke atas warganegara Malaysia yang ingin ke Maghribi (dengan syarat kurang dari 90 hari). 
Jom ke Maghribi berjemaah!


Pesisir pantai sudah, Syamal (utara) Maghreb sudah, kawasan tengah pun sudah.
Entri seterusnya akan memfokuskan kawasan Selatan yang sesuai untuk dikunjungi pada musim panas, kembali menghadap lautan Atlantik, in shaa Allah. Nantikan! :)



Doakan semoga sekuel hidup admin yang berbaki di bumi ini dimanfaatkan sebaiknya :)


p/s   : Sengaja banyakkan gambar, duk terperap dalam galeri je selama ni.
p/s 2: Untuk sebarang pertanyaan lanjut, anda bolehlah terus menulis di ruangan komentar/menghantar emel/pm facebook messenger cik admin
In shaa Allah, sedia membantu anda :)
p/s 3: Musafir nanti, jangan upa doakan admin ya! Choukran bizzaf :)



Sekian,
dari gadis melayu terakhir di Mohammedia :)

Previous entry : This is so called Morocco :)


5 comments:

saifullah muhamad said...

sepertinya setiap destinasi memakan masa perjalanan. ada cadangan agensi ke kak mizah ?

M I Z A H L E E said...

Jarak antara wilayah-wilayah agak jauh dan makan masa jugaklah kalau tak plan elok-elok. Kalau tanya kak mizah, kak mizah cadangkan hire students Malaysia kat sini, memudahkan kita jugak untuk berurusan.

Anonymous said...

You've made some good points there. I checked on the net
for more information about the issue and found most individuals will go along with your views on this web site.

Hanif said...

Slm.. Boleh sy berhub direct dgn tuan empunya blog, sy bercadang menuntut ilmu satu fmly di Morocco ini, ingin dptkan perkongsian selaku empunya blog punyai pengalaman bljr disini.. Jd boleh wasap wife sy tak 0134619949

Syukfan atas bantuan nya.

Mizah Lee said...

Wsalam wbt. Maaf agak lambat responnya. Saya dah whatsapp ke ombor yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Transparent Teal Star