Astaghfirullah..
Astaghfirullah..
Astaghfirullah..
Salamullahi 'alaikum . 
Kadang2 , masa itu bagai sahabat , tapi kita sentiasa mengkhianatinya , kan ?
Bukan ke masa tu berharga ?
Masa oh masa . Cepat sungguh masa berlalu . 
This is already second week cuti semester 1 2012 . 
How many days to go huh ?
Sebelum cuti :
Wah . Banyaknya planning . Revise silibus lepas2 . Ta'aruf chapter baru . 
Murajaah paling kurang pun 2 juz/day . 
Habiskan itu , siapkan ini, kurangkan novel,  etc etc ..
Semasa cuti :
Kejap2 habiskan novel tu dulu.. keluar ngan member , jap lagi ar, online lu 10 minit ..
best la pulak movie ni , haih , nak buatpa ni ?
Selepas cuti :
Allahu Akbar . Menyesalnya x guna masa cuti betul2 . 
Bukak skola , time cuti masa banyak, banyak juga yang terbuang ..
Astaghfirullah .
Selalu kes seperti ini terjadi , kan?
Selalu itu bermakna kita tak ambik langsung ibrah dari kesilapan kita yang lepas2 .
Yang kita tau cuma menyalahkan masa yang cepat berlalu 
sedangkan kita x cuba be friendly pun ngan masa ...?
(haih , terkena atas batang idung sendiri )
"Dua nikmat yang sering dilupakan ialah kesihatan dan masa lapang "
[Sayyidina Ali]
Masa lalu insan berkait rapat dengan kehidupan,
 sepantas kilat berlari tetap lolos dari gapaian tangan . 
Pandanglah ia dengan mengambil pengajaran . 
Jangan sekadar muhasabah tapi tak berubah . 
Renung diri , islah nafsi . 
 
 

 
No comments:
Post a Comment