Booom sana . Booom sini .
Letup sana . Letup sini . Hailaa ...
Assalamualaikum warahmatullah .
Dah jadi adat agaknya asal malam raya je , mesti susah nak tidur .
Yelah, bebudak keliling kampung duk main mercun je kerjanya .
Entah berapa banyak lagi stok yang diorang ada ?
Cakap pasal malam raya ni , biasanya semua orang pakat sibuk dengan aktiviti masing2 .
Kalau mak2 ni sibuk duk kemas rumah , sedia itu ini,
intai sana sini tengok da cukup balang kuih ke belum .
Ayah2 pulak di masjid , takbir raya, balik tu sembang ngan jiran dan selanjutnya .
Para kanak2 riang nilah yang happy duk tawaf sambil main mercun .
Malam raya bukan hanya malam untuk tunggu keesokan hari untuk pergi beraya .
Berakhirnya Ramadhan , diganti dengan 1 Syawal
dan malam 1 Syawal nilah dinamakan Lailatul Jaizah . Dah tau ke belum ?
Kalau tatau , sekarang korang tau . :)
Lailatul Jaizah ni Allah jadikan sebagai salah satu antara malam yang hebat yang bermaksud malam pengurniaan hadiah .
Dengan perginya madrasah Ramadhan , Allah Maha Bijaksana mengurniakan Lailatul Jaizah untuk hamba-hambaNya tetap berada hampir denganNya .
Bila datangnya Hari Raya , manusia2 pakat duk mintak maaf , kan ?
Fenomena yang dah pun menjadi satu ritual .
Hari lain pun mintak maaf jugak tapi tadelah bersungguh sangat pun . Main aci redah je .
Bermaaf-maafan bukan sekadar ikut adat je tapi perlu ikhlaskan niat ,
insyaAllah dapat berkat .
1 Syawal hari kemenangan .
Graduasi untuk sesiapa yang berjaya di University of Tarbiyyah Ramadhan Kareem .
So , jangan kita mufliskan graduasi kita dengan perkara2 yang sia2 .
Hari Raya SUNAT pakai baju baru bukan WAJIB pakai beli baju baru .
Sebabnya , manusia sibuk berasak-asak kat shopping complex/bazar/pasaraya untuk mendapatkan baju baru , nak buat raya la katakan !
Sedangkan kat dalam almari tu ada je baju yang belum pun dipakai lagi atau sangat jarang dipakai . Apa salahnya dibuat raya ? Tak berdosa pun .
Pun menjadi ritual, di ambang akhir Ramadhan menginjak 1 Syawal ,
manusia lebih cenderung untuk shopping raya bukan shopping pahala .
Betulkan yang BIASA dan biasakan yang BETUL .
Maaf dari hujung tudung sampailah hujung sarung kaki .
" Taqabbalahhu minna wa minkum "
footnote : To all my family , friends , teachers , juniors , seniors n
anda2 semua yang mengenali hamba yang dhaif lagi hina ini,
silalah berkunjung ke rumah
And kepada yang tak kenal tu pun kalau nak datang dialu-alukan ,
bina ukhuwah pada setip pertemuan :)
Open house-->Raya ke-3 (21 Ogos)
No comments:
Post a Comment