Jun 6, 2013

Antara percaya dan tidak


Ternyata , tahun ini juga seperti tahun-tahun yang sebelumnya .
Status dan gambar yang diupload di facebook , tweeter , instagram etc etc 
yang memenuhi notification sudah cukup sebagai buktinya .
Ramai sahabat sahabiah , kaum kerabat yang dijemput untuk menjadi tetamu-Nya .
Peluang mengerjakan ibadah di Tanah Suci yang semua muslimin muslimat nantikan.
Cemburu memenuhi ruang hati .

Astaghfirullah .
Allah itu Maha Adil . Rezeki kita telah Dia tetapkan .
Dijemput ke tanah haramain merupakan satu anugerah bagi menyucikan hati , mentajdid diri , agar taqarrub pada Ilahi .
Namun , yang punya kuasa itu Allah Yang Maha Besar .
Jika Dia berkehendakkan sedemikian , tiada seseuatu apapun yang mampu menghalang .
Jika tidak hari ini , mungkin sahaja hari esok , jika tidak , mungkin pada masa terindah yang tidak dapat kita jangkakan . Dia Maha Mengetahui yang terbaik buat hambanya .
Dan kita ? 
Teruskan berdoa dan berdoa , kerana ia senjata yang luar biasa .




Menyelusuri tabir indah hari ini , 27 Rejab 1434H . 
Tarikh berlakunya peristiwa Isra' Mikraj .
Perjalanan Rasulullah yang telah diabadikan oleh Allah dalam awal surah Al-Isra' .
Perjalanan Rasulullah yang ditemani malaikat Jibril yang keseluruhannya hanya berlangsung semalaman , peristiwa ini adalah untuk menguji umat Islam apakah mereka percaya atau tidak .

Sukar untuk dipercaya , dan hanya keimanan yang membenarkannya .

Percaya atau tidak ?
Semua bersaksi bahawa tiadalah yang paling benar dalam percakapannya selain Muhammad s.a.w. sehinggakan digelar As-Siddiq .
Sayang sekali , tidak semua daripada mereka yang masih mempertahankan kesaksian setelah diceritakan Baginda akan peristiwa tersebut serta turunnya perintah untuk mendirikan solat lima waktu sehari semalam .

Ada yang percaya , iaitu mereka yang tinggi keimanannya , membenarkan apa yang disampaikan Baginda .
Namun . tetap sahaja ada yang sebaliknya sehinggakanada antara umat Islam yang kembali murtad . Kerana percaya mereka tiada .

Dan percaya itu lahirnya daripada iman di hati .
Keimanan kepada Allah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu , tiada yang mustahil bagi-Nya jika Dia berkehendakkan sedemikian .
Masihkah mereka yang tidak percaya ini dikatakan mempunyai iman ?

Keimanan telah menyatukan mereka-mereka yang beriman untuk percaya .
Beriman dengan kekuasaan Allah , beriman dengan sifat Iradat Allah yakni kehendak Allah untuk membenarkan sesuatu perkara itu terjadi . Kerana sesungguhnya setiap perkara yang terjadi adalah berlandaskan kehendak-Nya . Kun fayakun .
Maka atas dasar itulah , kepercayaan mereka terbina .

Setiap sirah Rasulullah terselit 1001 malah lebih dari itu ibrah untuk manusia hayati .
Dan sudah cukup dengan satu persoalan umum dari peristiwa ini , mampu mendidik hati , hanya jika kita hayati .

Perjuangan dalam bentuk apa sekalipun memerlukan kepercayaan dalam diri .
Percaya bahawa takdir Alah itu letaknya di hujung usaha manusia .
Usaha yang harus diseiringkan dengan doa dan dihujungnya ada tawakkal .
Kerana natijahnya Allah tentukan . 
Dan kita ?
Kita ialah hamba yang harus sentiasa berusaha .

Ya Allah , izinkan kami mengulangi sejarah yang telah kami ciptakan dahulu .
izinkanlah kejayaan itu menjadi milik kami hanya jika ia mampu mendekatkan kami pada-Mu . Jika sebaliknya Ya Allah , engkau tabahkanlah hati-hati kami untuk redha denganketentuan-Mu . Ameen , ya Rabb .


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Transparent Teal Star