Dec 17, 2013

Foreign Land

In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful.
Assalamualaikum :)

Its holiday. Its leisure.
No offense.
Does holiday means travel ?
Yes and No.

Alhamdulillah.

Allah bagi peluang untuk lawat negara orang.
Dan bila peluang tu datang,
 tak bermakna jalanjalan shopping itu ini sambil posing apa semua tu, its not like that.
Banyak ilmu yang kita dapat sebenarnya.
Sama ada dapat dengan mata kasar atau dengan mata hati.

Secara umumnya, aku bukanlah spesis yang layan cerita Korea.
Setakat Winter Sonata tu aku tengoklah.
Layan K-Pop apa semua tu pun bukan akulah orangnya.
Artis Korea lalu depan mata pun tak cam dia tu artis.
Kalau orang tak reti membaca dipanggil buta huruf,
Then aku ni kira buta korea la kut, hahaa .
Ive made it clean and clear already.
The foreign land is KOREA.

Memang nak cerita pasal Korea. Or spesifiknya South Korea.

*practiseuntukjaditravelagent*
and bolehlah korang bukak link youtube search winter sonata punya instrumental ke full house ke hape ke sebagai soundtrack sambil baca post ni, hehee

Untuk peminat2 tegar Korea confirmlah sangat teringin untuk ke sini.

So, aku nasihatkan korang yang nak datang sini,
survey dulu manamana tempat yang memang nak pegi and make a target untuk pegi musim apa.
Winter ? Spring ?? Summer ??? Or Autumn ????
Sebab setiap musim ada specialnya yang tersendiri. 
But summer mungkin takyah lah kut.

First option, stay kat Seoul mesti kena pegi Itaewon.

Itaewon ni satu area muslim. Restoran2 kat situ majoritinya halalan toyyiba.
Makanan India, Pakistan, Arab semua boleh dapat kat sini.

1. ITAEWON, SEOUL



 *Foreign Restaurant*
kat sini disajikan makanan ala2 Indian.
Tandoori , Masala, Roti nan, sup telur etcetc.
Tapi tetap air skyjuice, hehee





 First mosque in Seoul.


*first and second day of snow*

Kat Restoran Salam ni boleh dapat bermacam-macam jenis kebab.
Restoran ni ala2 arabian jugak lah.
Kofta here is the best ! Rasa macam kofta kat Dubai pun ada.
Memang kenyang sampai ke malam.


2. THE FOOD


5 jenis bubur untuk breakfast dimakan dengan roti berbentuk pau.
These are all mushrooms !



Setiap hidangan kat mana2 restoran (yang betulbetul Korean punya) 
mesti akan ada kimchi.
Kimchi is like sayur jeruk la kut, ala2 belacan pun ada yang ada ramuan khas dia untuk buat.
Ryan our travel agent there; an AlpineTeam oppa with messy hair said that setiap rumah orang Korea mesti akan ada 2 buah peti n salah satunya memang khas untuk letak stok kimchi !
Kalau nak belaja or beli stok kimchi, boleh pegi ke Kimchi School,
 takjauh dari pusat bandar Seoul.


3. SEOUL TOWER





Untuk sampai ke bangunan menara kena naik bukit dulu more or less memakan masa 5 minit.
Bukit dia cerun sikit dari Bukit Besar. So, pakai lah kasut  dan jangan gegedik pakai high heels. :)


4. NATIONAL OLD FOLKS MUSEUM OF KOREA, SEOUL




Discover the history here :)
Sebelah museum ni ada palace, such a nice place to visit .


5. NAMI ISLAND [WINTER SONATA]







 The best place to visit.
Memang kalau boleh kat setiap ceruk tempat ni nak snap.
So this is Nami Island pada musim winter a day before snow.
Kat sinilah lokasi shooting Winter Sonata tu.
Sebab tu banyak jugak artifak2 tinggalan filem tu kat sini.
Untuk sampai ke pulau ni kena naik feri dalam 10 minit dari jeti Seorak.
Dari Seoul ke Seorak pulak memakan masa lebih kurang 1 jam setengah.
Walaupun badan dah naik lenguh apa semua duk dalam bus lamalama 
tapi tetap cool sebab scenery dia memang cantik sangat !
*Sangat rugi kalau tidur*


6. MOUNT SEORAK

 *first day of snow, tempat mula2 salji turun*

*yippo!*

Well, kat Mount Seorak ni ada cable car.
Pemandangan yang sangat cantik kalau tengok dari atas gunung ni.


 6. KIMYAMPUU
Kimyampuu means omiyagei(japanese) or souvenirs la kan ?
Ada certain tempat2 best untuk memborong buahtangan buahkaki buahpinggang buahhati ni.


 This is Myeongdong.
Tempatnya ala2 Chowkit Road , terletak sebelah Duty Free Shop floor 9, 10, 11.
Barang2 berkali kali ganda murah kat sini compare to Duty Free Shop.





p/s : These are only 25% of the pictures yang aku snap !

 5 hari bertapa di ceruk Korea ni dah macam2 pengalaman dan ilmu yang aku dapat.
Belajar la 3 perkataan sehari dengan Ryan, haha !
Dekat 2 jam perjalanan dengan bas dari Incheon ke Seoul.
Dari satu tempat ke satu tempat kat Seoul ni punyalah jauh.
Jenuh jugak duduk dalam bas.
Kedudukan Seoul ni macam Singapore n Johor. Tasik keliling, banyak jambatan,
 bangunan2 dia semua moderate, persis.

Kat sana just an hour earlier than Malaysia.

Tapi disebabkan winter, siang pendek, malam panjang.
Kul 5 petang kat sana dah gelap macam kul 7 kita kat sini.
Subuh kul 7 something, Zuhur kul 12, asar kul 2 something.
Pukul 5 dah kira maghrib n isyak kul 7 lebih.
Kalau tidur malam pun, dah berapa kali jaga pun aku taktau tapi still tak subuh2 jugak.
Untung jugaklah winter ni untuk orang Islam,
sebab boleh untuk tahajjud lama dari biasa untuk siapa yang nak.


Oh ! Kat sana tak ada lori ke motosikal ke, tapi penuh dengan kereta dan bus !
 Basikal pun ada jugaklah.
Kalau kira bus macam dah nak dekat sama banyak dengan kereta dah !
Majoriti Korean jalan cepat, sama macam Japanese jugak.
Tandas walau tak ada paip tapi memang bersih .

Pengalaman menyaksikan salji turun memang best !
Tenang je tengok snow, putih je.
Snow kat jalan yang asalnya putih lama kelamaan dah bertukar keruh
 bila ramai orang berjalan, dengan kereta lalu lalang
Macam hati kita jugak, kan ?
Bila dah dicemari dosa, keruh jugak jadinya.
Sama2 snowkan balik hati kita dengan Istighfar :)
Semoga winter berpanjangan dalam hati ^^

Alhamdulillah :)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Transparent Teal Star