Feb 3, 2014

Kisah Surah Al-Ikhas




Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda ;

" Ketika aku berisrak ke langit, maka aku telah melihat 'Arsy di atas 360,000 sendi 
dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan,
pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.
Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. "

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi ;

" Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka, 'Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan. "

Apabila para sahabat mendengar keterangan daripada Rasulullah s.a.w., maka mereka sangat kagum.

Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda lagi ;

" Wahai para sahabatku, apakah kamu semua kagum ?"

Berkata para sahabat, " Ya, kami sungguh kagum Ya Rasululallah. "

Baginda bersabda ;

" Demi Allah yang jiwaku di tanganNya, sesungguhnya 'Qul huwallahu ahadun' itu tertulis pada sayap malaikat Jibril a.s.
'Allahu Ssomad' itu tertulis pada sayap maiaikat Mikail a.s.
'Lam yalid walam yuulad' tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s.
'Walam yakun lahu kufuwan ahadun' tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
Oleh itu barangsiapa dari umatku membaca surah Al-Ikhlas maka akan diberi pahala membaca kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran yang agung. "

Setelah Rasulullah s.a.w. bersabda demikian, baginda bersabda lagi ;

" Wahai para sahabatku, apakah kamu semua kagum ?"

Maka berkata para sahabat ; " Ya Rasulallah, kami semua kagum. "

Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda ;

" Demi ALlah yang jiwaku di tanganNya, sungguh 'Qul huwallahu ahadun' itu tertulis di dahi Abu Bakar As-Siddiq, 'Allahu ssomad' itu tertulis di dahi Umar Al-Faruq,
'Lam yalid walam yuulad' tertulis di dahi Uthman Zun Nuurain dan  'Walam yakun lahu kufuan ahadun' itu tertulis di dahi Ali Assakhiyyi r.a.
Oleh itu, sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas maka akan diberi oleh Allah SWT pahala Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali. "


-C/P-
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Transparent Teal Star