Mar 25, 2014

Kisah Itu


Terkedu
Imbasan maya itu membuatku kaku.





Kisah itu
kisah aku dan kamu suatu masa dahulu
yang sebaiknya disimpan sahaja di kalbu
atau padamkan semua seiring putaran waktu

Apa perlu kau ungkit kisah itu ?
Sedang kisah esok dan hari-hari mendatang
masih tiada siapa yang tahu
jaminannya belum tentu

Apa kau peduli
Pedih yang menikam sanubari
Saat kau tersenyum gagah berdiri
dan aku terpinggir dengan bicara terkunci

Biar,
biarkan ia kelam, suram,
jangan terus dihukum masa silam
kerana ia sekadar coretan semalam


Haluan kita berbeza
Sambutlah tangan-tangan mereka 
sedang kau punya mahligai impian nun di seberang sana
Usah terus bertapak di teratak usang ku di lubuk ini

Hati manusia itu berbeza
Dan bukan kerja kita untuk menilik apa ada di dalamnya
Tak mampu untuk diselami setiap satunya
Yang pasti terbentang antara dua ;
dosa atau pahala
syurga atau neraka ?

Pesanku,
kita lupakan kisah itu
kerana aku punya kisah baru
yang bisa ku lakarkan tanpa kamu

Kerana diri manusia biasa
kadang hanya indah pada bicara
sedang diri tak pernah mampu sempurna 
yang tak pernah bisa memuaskan hati semua






16:47
25/03/2014

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Transparent Teal Star