Jul 30, 2014

Eid Mubarak :)

In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful.
Assalamualaikum :)


Ehem ehem.


Tahu kenapa kita merayakan Hari Raya ?

Tahu kenapa Hari Raya dikatakan hari kemenangan ?

Tahu ?

kerana hari ini hari kemenangan kita setelah berpuasa sebulan di bulan Ramadhan.
Kerana sebulan itu nafsu dalam diri berjaya ditundukkan.

Hari merapatkan tali silaturahim sesama insan.
Panjatkan kesyukuran atas segala nikmat yang dikurniakan.

Tapi,

Pada hari kemenangan itu telah kau cemarkan 
tewas dengan nafsu setelah sebulan bertahan.

Lantas,

fitrah itu bertukar menjadi fitnah
sabar itu luput ditelan api amarah

Wajarkah lagi hari kemenangan itu kita raikan ?

Di sini masih aman,
Moga2 di sana terus menerus diberi kekuatan untuk terus berjuang.
Pada aku, tiada salahnya mengadakan 'open house',
dengan niat untuk menjamu dan memberi makan,
berkongsi sedikit rezeki yg Allah berikan,
bukan saja2 bergelumang dengan hiburan.

Masih belum terlambat untuk kembali ke zon selamat.
Selamat kembali kepada fitrah. :)


Jika ada sebarang hutang yang belum dilangsaikan,
Ada janji yang belum ditunaikan,
Mohon maklumkan as soon as possible.

If not,

Mohon ampun. Mohon halal.

Bukan senang nak jadi manusia yang Allah redha, manusia lain pun suka.
Tetaplah berusaha dan mencuba.

Ombak menghempas pantai menaburi pasir berselerakan, meleraikan ikatan dan menghakiskan pantai.
Apabila istana pasir dibina, saat itu ombak mengganas.
Jika keimanan tidak seutuh dan kukuh nescaya nasib seusai papasan pasir.

Jangan lupa puasa 6 :)

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin
buat anda,
di Malaysia,
juga buat anda,
di luar Malaysia.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Transparent Teal Star