Aug 29, 2014

Jalan ini

In the name of Allah, the Most Gracious the Most Meriful.
Assalamualaikum :)

" Maksudnya, saya tak pergi sekali dengan diorang ?"

" Ye. Awak pergi asing. Mungkin lambat sikit.
 Apaper pun kena tunggu KPM dulu, baru kami boleh buat visa untuk awak. "

" Jadi, saya pergi sorang2 lah ni ? "

Kak Da angguk.

Hati sebak.
Mata pun dah macam masuk habuk.

Semua pakat duk isi borang visa.
Sekejap ke sana sekejap ke sini.

Seketika menyepi.
Bawa diri melangkah pergi.

Terjumpa pulak Ustaz Wafee.

" Eh, awak dah siap isi borang visa ke ?"

Geleng kepala.
" Borang visa saya tak ada lagi untuk saya isi, ustaz. 
Kena tunggu keputusan KPT dulu, katanya awal September, in shaa Allah "

" Oh, tak lama dah tu. 
Saya ingatkan awak sekali ngan Jordan jugak. Kira awak gi asing lah ni ? "

" Kemungkinan besar gitu lah ustaz. Dokleh bayang gane kekgi. Takut pulok rase "

" In shaa Allah, takdok mende eh. Doa banyak-banyak.
Kita dalam urusan menuntut ilmu ni kena kuat semangat ! "

Terkedu seketika.
.... and the rest was history ....


Betul lah tu.
Betul semuanya.

Dulu lagi Kak Hannan dah bagitau,
untuk pilih jalan ni,
menangis tu dah jadi rutin biasa.
Kenapa harus ditunjuk sisi yang lemah sedang kita punya sisi yang kuat ?

Mengharapkan sesuatu yang 'rare' ,
maka semestinya menuntut usaha yang 'rare' jugak.

Kerana jalan ini yang aku pilih.
Maka segala risikonya harus aku tempuh.

Kerana jalan ini yang Allah bentangkan.
Maka Dia Yang Maha Bijaksana lebih tahu apa yang ada di hadapan.

Cabaran di permulaan jalan,
sedang masih banyak cabaran yang perlu ditempuhi akan datang.

Qawiyy Lillah.
Thabat fi sabiliLlah.
Doakan.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Transparent Teal Star