In the name of Allah, the Most Graciuos the Most Merciful.
Assalamualaikum :)
Merantau ke tanah orang,
Matlamat harus jauh ke depan,
harus jelas pokok pangkal tujuan permusafiran.
Duhai diri,
jangan kau rasa kau cukup hebat
andai nanti tiada manfaat
yang dapat kau sumbang untuk umat sejagat.
Hakikatnya,
menuntut ilmu itu sepanjang hayat
Ambik Medic katanya kena sabar dan kuat semangat,
Ambik Engineering katanya susah,
Ambik Islamic Studies katanya kena tough.
Setiap bidang ada cabaran masing-masing.
Mungkin pengalaman kita sama,
tapi masih sahaja pengalamian kita berbeza.
أخي لن تنال العلم إلا بستةٍ
Saudaraku, kamu tidak akan mendapat ilmu melainkan dengan 6 syarat
سأنييك عن تفاصيلها ببيـان
Akan aku ceritakan satu persatu dengan terperinci
ذكاء
Kepandaian
وحرص
Kerakusan (terhadap ilmu)
واجتهاد
Kesungguhan
وبلغه
Kemampuan sara diri (survival)
وصحبة استاذٍ
Mendampingi guru
وطول زمان
Masa yang panjang (berterusan)
Jangan kita terlalu selesa dengan nikmat dunia.
Berada dalam 'comfort zone' belum tentu menjamin bahagia.
Kita sama.
Hamba Dia,
yang sama-sama bertatih menjadi mulia.
Jadi hamba yang sifar dosa.
141014
23 : 35
No comments:
Post a Comment