In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful.
Perkhabaran yang tak asing lagi.
Result SPM 2014 yang tersebar seluruh Malaysia bahkan hangat dibicarakan dalam kalangan kaum kerabat alumni,
tidak ketinggalan pelajar2 obersi semestinya.
Haruman kejayaan itu semerbak bertiup ke seratanya,
juga negara tanah argan ini tidak terkecuali.
Tahniah GT-6.
Tahniah Ibest.
Tahniah semua :D
Alhamdulillah.
Adik-adik GT-6,
Terima kasih,
Anda semua telah melebarkan kembali kuntum-kuntum senyuman pada wajah yang sarat harapan para murabbi dan murabbiah.
Teruskan melangkah, jangan menyerah.
Simpanlah manisnya kejayaan itu, jadikan ia bekalan semangat di sepanjang perjalanan yang masih panjang ini buat pengubat lelah.
Dan tentu sahaja kejayaan ini ingin dipertahan dan dilihat berterusan.
Adik-adik Jilul Mansyud,
jangan takut, jangan gentar.
Gigihlah pada detik-detik yang tersisa.
Kami sentiasa mendoakan :)
Dan di celah-celah aura kegemilangan yang terserlah,
diri turut berbalas-balas ucapan syukur dan tahniah.
Mencari peluang untuk mengutip percikan semangat dan ibrah.
Menukil rindu, mendakap hati-hati dalam keindahan ukhuwah.
Whatsapp demi whatsapp mendapat balasan daripada sang murabbi yang kian dirindui saban hari,
me'refill' kembali tangki semangat yang kontang.
Dan antaranya, kata seorang Teacher yang ku kagumi ketabahan beliau ;
" Alhamdulillah. Syukur.
Allah berikan ujian kesenangan tahun ni.
Allah sedang uji warga Ibest dengan kecemerlangan ini.
Nak tengok, kita ni semakin dekat dengan Dia atau sebaliknya.
Jangan sesekali kita sangka,
kejayaan ini, kita adalah penyebabnya.
Sebab kita tak hebat apa-apa.
Semuanya dengan izin Allah belaka.
Sama-sama kita rapatkan hubungan kita dengan Allah.
Moga-moga Dia permudahkan perjalanan hidup kita sebagaimana yang Dia mahukan.
Dia Maha Baik. Dia Maha Dekat dengan kita, hambaNya. "
AstaghfiruLlah.
Allahu Allah.
Sungguh.
Sungguh, aku hampir sahaja terlupa.
Kerana sesuatu kesenangan itu membuatkan kita bahagia,
maka sering kita lupa, kesenangan itu juga adalah ujian.
Jadi, semua ni nikmat ke ujian ?
Nikmat, ya.
Bila kita rasa bahagia, memanjatkan syukur padaNya.
Ujian, ya.
Bila kita terlupa.
Untuk ingatkan hati bahawa kita ini tiada apa-apa,
hanya dengan pertolongan dan izinNya segala impian jadi nyata.
Berusahalah.
Akademik perlu diutamakan tapi tak bermakna AlQuran dijadikan yang kedua.
Tugas kita, positifkan diri dari segala segi.
Singkirkan anasir-anasir yang melemahkan,
kuatkan diri, ingat, kita ada Ar-Rahman.
Dengan Allah, segalanya mungkin.
Yakinlah, nothing impossible.
Nothing.
Baik sangka dengan Allah itu perlu.
Sedang dengan manusia sekalipun perlu berbaik sangka,
dengan Yang Maha Mencipta, masakan tidak ?
Duhai diri, bangkitlah !
Semangatlah !
Jangan belajar sebab semangat semata-mata,
sebab semangat tu kejap ada, kejap tak ada.
Tapi, belajar lah kita sebab Allah.
Allah sentiasa ada, untuk hambaNya.
No matter what,
Ibest is always the best.
Salam tahniah berbalut kesyukuran dari negara tanah argan :)
La Colline, Mohammedia.
07032015
17:44
No comments:
Post a Comment