Malam itu,
aku melihatmu di kerumunan sebegitu banyak manusia
di celah-celah keramaian rakan rakan sebaya.
Aku melihatmu seakan masih sama,
masih dengan gayamu yang bersahaja
Tapi, iya.
Kini kita bertemu
dalam suasana hati yang berbeza
Hati yang seolah beribu batu jauhnya
walau jasad sudah di hadapan mata
Kita sekadar bertemu tanpa sepatah kata
tiada yang beralah, menyapa
seperti amnesia melanda keduanya.
Aneh sekali.
Atau barangkali pertemuan ini
cukup untuk mengkhabarkan aku
bahawa kamu baik baik saja
Sudah sejauh ini kita rakam jejak kita,
dengan wujudnya ingatan-ingatan
pada sesuatu yang dipanggil kenangan.
Kenangan yang dipinggirkan.
Lalu,
untuk apa lagi kita menjaga sesuatu yang kita pinggirkan ?
Yang sudah jauh ke belakang ?
Ini bukan tentang siapa yang kenal paling lama,
yang pertama datang atau yang datang kemudian.
Yang sejalan atau yang paling perhatian.
Tapi tentang siapa yang datang
dan tetap bertahan.
TGG, MYS
26082016
22:45
No comments:
Post a Comment